Nama-nama Ulama & Sahabat Nabi SAW

Nama-nama Ulama Kenamaan dan

Kitab Karangan Mereka Mengenai Imam Mahdi

Sejak zaman awal Islam lagi, telah ramai ulama muktabar yang berusaha menerangkan kepada

umat Islam seluruhnya mengenai peribadi Imam Mahdi. Kitab-kitab karangan mereka dapat dibaca

hingga ke hari ini oleh seluruh umat Islam. Di sini dinyatakan beberapa orang ulama kenamaan itu

dan kitab-kitab termasyhur mereka yang ada di dalamnya kisah-kisah mengenai Imam Mahdi. Semoga

dengan ini dapatlah kita mengambil iktibar, ilmu dan manfaat daripadanya.

1 Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’ ul-Khalq wa Nuzul Isa, Jilid 4.

2 Imam Muslim, Sahih Muslim, Jilid 1, Jilid 2, Bab Nuzul Isa, Bab 18.

3 Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud, Jilid 2, Jilid 3 & Jilid 5.

4 Imam at-Tarmizi, Sahih at-Tarmizi, Jilid 2, Jilid 9.

5 Imam Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, Jilid 2.

6 Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad Imam Ahmad, Jilid 1 & Jilid 3.

7 Imam an-Nasaie, Sunan an-Nasaie.

8 Imam Al-Hakim, Mustadrak as-Sahihain, Jilid 4.

9 Imam Ibnu Hajar al-Haitami, As-Sawa’iqul Muhriqah.

10 Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Al-Qaulul Mukhtasar fi Alamatil Mahdiyul Muntazar.

11 Imam Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan.

12 Imam at-Tabrani, Al-Majma’.

13 Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, Jilid 7.

14 Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Tahzibus Sabit, Jilid 9.

15 Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, Jilid 7.

16 Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Nuzhatun Nazar.

17 Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Lisanul Mizan, Jilid 1.

18 Ibnu Sabbagh al-Maliki, Al-Fusulul Muhimmah, Jilid 12.

19 Imam Mahyuddin Ibnu Arabi al-Hatimi, Al-Futuhatul Makkiyah.

20 Fathul Muhimmah (edisi kedua).

21 Futuhatul Islamiyah, (edisi Makkah) Jilid 2.

22 Imam As-Suyuti, Kitab Al-Hawi Lil Fatawa, Jilid 2.

23 Imam As-Suyuti, Al-Urful Wardi.

24 Imam As-Suyuti, Alamat Qiyamat.

25 Imam As-Suyuti, Al-Jami’us Saghir.

26 Imam As-Syakrani, Tanbihul Mughtarrin.

27 Ibnu Asir, Kamilut Tawarikh, Jilid 1.

28 Al-Yaaqubi, Tarikh, Jilid 3.

29 Imam Syamsuddin Abu Abdillah al-Ansari Al-Qurtubi, At-Tazkirah Fi Ahwalul Mauta wa

Ahwalul Akhirah.

30 Imam Al-Baihaqi, Sunanul Kubra.

31 Ibnu Asakir, Tarikh, Jilid 4.

32 Imam at-Tabari, Tarikhul Umam Wal Muluk (Tarikh at-Tabari), Jilid 7.

33 Imam Ibnu Kasir, Alamat Yaumul Qiyamah.

34 Imam As-Sakhawi, Fathul Mughith, Jilid 3.

35 Imam Az-Zurqani, Syarhul Mawahibul Ladunniyyah, Jilid 5.

36 Imam Ali bin Abu Bakar al-Haitami, Majma’ul Zawaid (ed. Kaherah), Jilid 7.

37 Said Muhammad Hasan, Al-Mahdiyah fil Islam (Kaherah, 1373H).

38 Kanzul Ummal, Jilid 7.

39 Al-Hafiz Abu Nuaim, Aqdud Durar Fi Akhbaril Mahdiyul Muntazar, Jilid 12, Bab 1.

40 Kanji As-Syafie, Al-Bayan fi Akhbar Sahibuz Zaman, Bab 12.

41 Ubaidallah Hindi Hanafi, Arjahul Matalib.

42 Imam Abu Bakar al-Iskafi, Fawa’idul Akhbar.

43 Imam Abu Bakar al-Iskafi, ‘Aqdud Durar fi Akhbaril Muntazar.

44 Muhammad Taisir Zibyan, Ahlul Kahfi.

45 Abul Fadhal Abdullah bin as-Siddiq al-Husaini al-Idrisi al-Maliki, Ph.D., Al-Mahdiyul

Muntazar.

46 Syeikh Osman Jalaluddin, Ad-Durratun Nafi’ah fi Isyaratus Sa’ah, Bahagian 1 & 2.

47 Pehin Datu Seri Maharaja Dato’ Seri Utama Sahibul Fadhilah Haji Ismail bin Omar Abdul

Aziz, Ringkasan Akidah Ahli Sunnah wal Jemaah.

48 Yusuf bin Yahya bin Ali bin Abdul Aziz al-Maqdisi asy-Syafie as-Sullami, Aqdud Durar fi

Akhbaril Muntazar.

49 Mustaffa Suhaimi, Al Mahdi Nama Yang Paling Dipartikai dan Sering Dieksploit Sepanjang Sejarah

Umat Islam.

50 Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Siapa Mujaddid Kurun Kelima Belas?

51 Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam, Sekali gus

Menjawab Tuduhan.

52 Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Berhati-hati Membuat Tuduhan.

53 HM Thalib Lubis, Imam Mahadi.

54 Muhammad Labib Ahmad, Siapa Imam Mahadi?

55 Ibnu Khaldun, al-Muqaddimah (edisi Kaherah).

56 Ahmad Thompson, Dajjal, The King Who Has No Clothes.

57 Muhammad As-Saban, As’afur Raghibin.

58 Shablanji, Nurul Absar.

59 Allamah Ahmad bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Husni, Abrazul Waham al-

Maknun.

60 Imam Nuaim bin Hammad, Al-Fitan.

61 Ahmad bin Jaafar bin Al-Munadi, Kitabul Malahim.

62 Hamud bin Abdullah at-Tuwaijiri, Al-Ihtijaj bil Asar ‘Ala Man Ankaral Mahdiyul Muntazar

Selain dari yang disebutkan di atas, terdapat banyak lagi buku dan kitab yang boleh ditemui

dengan mudah yang menceritakan mengenai Imam Mahdi, sama ada secara khusus maupun secara

tidak langsung yaitu sebahagian daripada isi buku mereka. Senarai yang diberikan di atas adalah antara

kitab yang mudah dan banyak didapati di pasaran hari ini. Sebahagian besarnya adalah kitab yang

sudah sangat masyhur di kalangan kita, umat Islam yang Ahlus Sunnah wal Jamaah. Yang lain-lain itu, maka carilah sendiri.

 

Sahabat Nabi SAW yang Meriwayatkan Hadits Mengenai Mahdi

Berdasarkan hadits-hadits yang telah diriwayatkan, terdapat empat puluh empat nama para

sahabat RA yang pernah menyampaikan kepada kita hadits-hadits mengenai Imam Mahdi, separti yang

mereka pernah dengar daripada Nabi SAW sendiri. Sebahagian mereka adalah merupakan sahabat

utama Baginda SAW, yaitu orang-orang yang sudah mendapat jaminan syurga daripada Rasulullah

SAW. Ada yang meriwayatkan sebuah hadits dan ramai pula yang meriwayatkan beberapa buah hadits

mengenai Imam Mahdi daripada Rasulullah SAW.

Ada yang meriwayatkan sebuah hadits daripada Rasulullah SAW mengenai Imam Mahdi, ada

yang banyak, dan selain dari itu, ada yang bercerita mengenai Imam Mahdi berdasarkan kasyaf yang

mereka terima daripada sisi Allah. Kasyaf ini jelas dapat dilihat jika kita rajin meneliti dan menghalusi

kata-kata para sahabat RA ini, tanpa terburu-buru menolaknya. Perkhabaran ini adalah sokongan atau

tambahan daripada apa yang telah diberitakan oleh Rasulullah SAW kepada mereka sebelumnya. Hal

ini tidak sekali-kali boleh dikatakan bahwa mereka itu separti memandai-mandai atau berlebih-lebih

dalam penerangan mereka. Hal ini dikarenakan mereka memang mendapat ilmu separti yang

demikian itu lalu mereka sampaikan pula kepada generasi tabiin, dan seterusnya sampai kepada kita

hari ini.

Jumlah mereka yang seramai ini, memang jika dilihat dari segi rawi dan syarat untuk menjadi

mutawatir, memang sudah lebih daripada mencukupi untuk kita mengisytiharkannya sebagai

mutawatir mutlak. Hanya mengenangkan soal ini adalah soal furuk dalam ilmu tauhid, maka tidaklah

dirasakan perlu berbuat demikian. Namun jika ada pihak yang mau berbuat demikian,

dipersilakanlah. Berikut adalah sahabat RA yang namanya dimasukkan sebagai periwayat hadits

mengenai Imam Mahdi:

1. Sayidatina Aisyah, Ummul Mukminin RA.

2. Sayidatina Ummu Salamah, Ummul Mukminin RA.

3. Sayidatina Maimunah, Ummul Mukminin RA.

4. Sayidatina Ummu Habibah RA, Ummul Mukminin RA.

5. Sayidina Ali bin Abi Talib KMW.

6. Sayidina Ali al-Hilali RA.

7. Sayidina Abdullah ibnul Abbas RA.

8. Sayidina Abdullah ibnu Umar RA.

9. Sayidina Abdullah ibnu Mas’ud RA.

10. Sayidina Abdullah bin Amru bin al-As RA.

11. Sayidina Abdullah bin Busri RA.

12. Sayidina Abdullah bin Al-Haris RA.

13. Sayidina Abdul Rahman bin Auf RA.

14. Sayidina Al-Abbas bin Abdul Muttalib RA.

15. Sayidina Amru bin Al-As RA.

16. Sayidina Amru bin Murrah al-Juhani RA.

17. Sayidina Amru bin Taghlib RA.

18. Sayidina Ammar bin Yasir RA.

19. Sayidina Abi at-Tufail RA.

20. Sayidina Abu Said al-Khudri RA.

21. Sayidina Abu Hurairah RA.

22. Sayidina Abu Ayub al-Ansari RA.

23. Sayidina Abu Umamah al-Bahili RA.

24. Sayidina Anas bin Malik RA.

25. Sayidina Auf bin Malik RA.

26. Sayidina Buraidah RA.

27. Sayidina Husain bin Ali bin Abi Talib RA.

28. Sayidina Huzaifah bin Al-Yaman RA.

29. Sayidina Imran bin Husain RA.

30. Sayidina Jabir bin Abdullah RA.

31. Sayidina Jabir bin Samurah RA.

32. Sayidina Jabir bin Majid as-Sadafi RA.

33. Sayidina Jubair bin Nufair RA.

34. Sayidina Kirrah al-Muzani RA.

35. Sayidina Mustaurid al-Qurasyi RA.

36. Sayidina Muaz bin Jabal RA.

37. Sayidina Nafik bin Uqbah bin Abi Waqqas RA.

38. Sayidina Osman bin Affan RA.

39. Sayidina Qais bin Jabir RA.

40. Sayidina Salman Al-Farisi RA.

41. Sayidina Sauban RA.

42. Sayidina Talhah bin Ubaidillah RA.

43. Sayidina Tamim ad-Dari RA.

44. Sayidina Zubair bin Al-Awwam RA.

Riwayat mengenai Imam Mahdi turut disebut oleh lima orang tabiin melalui hadits-hadits

mursal. Mereka yang berlima itu adalah;

1 Said bin Al-Musayyab RH.

2 Imam Al-Hasan Al-Basri RH.

3 Qatadah RH.

4 Syahar bin Haushab RH.

5 Mumar RH.

Seluruh nama sahabat RA yang meriwayatkan hadits mengenai Imam Mahdi ini dikumpulkan

daripada hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Imam as-Suyuti RH, Imam Ibnu Hajar al-Haitami RH,

Imam Abu Nuaim RH dan Grand Muhaddith Syeikh Abdullah bin Sadek, Ph.D. Oleh karena mereka

semuanya adalah ahli hadits yang pakar-pakar pada zaman masing-masing serta diakui pula oleh

seluruh umat Islam akan kealiman mereka, maka hadits-hadits yang mereka riwayatkan dan nama-nama

sahabat RA yang dibawakan itu kita terima, kita susun dan disenaraikan.

Maka hasilnya adalah separti yang telah disenaraikan di atas. Jika para pembaca maukan

lebih keyakinan, dan jika masa mengizinkan, eloklah membuat rujukan dan semakan semula kepada

kitab-kitab yang dikarang oleh keempat-empat orang ulama yang penulis jadikan sandaran rujukan itu.

Hal ini adalah baik juga sebagai suatu usaha untuk memantapkan lagi ilmu kita yang sebenarnya masih

amat cetek ini.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

5 Tanggapan to “Nama-nama Ulama & Sahabat Nabi SAW”

RSS Feed for Bumi Mataram Comments RSS Feed

Mas… apapun kitab dan materi rujukannya, Imam Mahdi itu ya.. saya rasa : ada di dalam diri kita semuanya sebagai “khalifutallah fi ardh”.

suwun pencerahannya ki

sae,,,,

besok katanya imam mahdi akan lahir ke bumi apa benar.

Ahaa, its nice discussion concerning this article
at this place at this website, I have read all that, so now me also commenting at this place.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 26 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: