TANDA-TANDA KEMUNCULANNYA

1. Pembunuhan Besar-besaran dan Keluar Panji-panji Hitam

A. Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW,

“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah

anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang

dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah

Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat)

yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan

sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua

melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun

terpaksa merangkak di atas salji karena di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.”

(Ibnu Majah)

Berbunuh-bunuhan yang dimaksudkan di sini adalah Perang Teluk. Ini adalah peperangan

yang besar yang menelan korban yang cukup ramai. Tujuan peperangan itu ialah sengaja mahu

membunuh orang ramai yang sepatutnya tidak terlibat dalam peperangan. Lebih ramai lagi ialah

orang-orang yang menderita akibat peperangan tersebut. Tempat simpanan Kaabah yang

dimaksudkan adalah kawasan Teluk Parsi (Al-Khalij) karena di situ terletaknya salah satu telaga

simpanan minyak yang terbanyak di dunia. Tiga beradik yang dimaksudkan ialah tiga negara yang asalusulnya

dahulu dari satu orang khalifah Allah (Nabi Ibrahim AS) iaitu Amerika Syarikat, Eropah dan

Iraq.

Ketiga-tiga pihak itu tidak satu pun yang boleh dikatakan menang atau mendapat minyak

tersebut. Tiada juga yang dapat dianggap sebagai pemimpin. Tidak lama selepas itu, maka Pemuda

Bani Tamim mendapat kuasa pemerintahan di Timur, iaitu di Asia Tenggara. Kuasa pemerintahannya

semakin besar dan merebak karena semua umat Islam menjadi bersatu hati apabila melihat seorang

yang benar-benar layak memimpin mereka telah muncul di depan mata. Semua umat Islam menjadi

bersatu semula di bawah pimpinan beliau. Seterusnya beliau memerangi semua pihak yang

menentangnya dan membunuh semua musuhnya dan musuh Allah.

Jumlah orang yang mati karena menentang pimpinan beliau sangatlah ramai di seluruh dunia.

Yang ramai mati itu kebanyakannya bukan di medan perang tetapi di rumah atau di hospital. Zaman

ini Tuhan jadikan orang yang berpenyakit kronik, terutamanya jantung dan darah tinggi sangat ramai.

Maka semua musuh Islam yang ada penyakit jantung dan darah tinggi akan segera mati, karena terlalu

sakit hati dan marah terhadap naiknya semula Islam sebagai kuasa baru menggantikan kuasa Barat,

selain penyakit-penyakit itu memang mudah menyebabkan kematian.

Ramai pula yang mati di medan perang saraf dan mati di medan perbahasan. Mereka tiada

kata-kata untuk dihujahkan terhadap kepemimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Kekeramatan

Pemuda Bani Tamim itu terlalu hebat untuk ditentang oleh sesiapa pun jua yang cuba memusuhinya.

Bagi seluruh umat Islam, apabila mereka melihat Pemuda Bani Tamim telah mendapat kuasa

di Timur itu, mereka akan segera berpusu-pusu ke Timur untuk menemuinya dan segera

membaiatnya sebagai pemimpin mereka. Mereka sanggup bersusah payah mencari jalan menemuinya

sekali pun terpaksa menjual seluruh harta bendanya, malah jika terpaksa, sanggup menjual anak

isterinya, semata-mata agar dapat menemui Pemuda Bani Tamim di Timur itu. Itulah ciri-ciri

pemimpin sejati, iaitu dia dicari oleh pengikut, bukan dia mencari pengikut. Dia tidak perlu bersusah

payah berkempen ke sana ke mari mencari pengaruh, apatah lagi terpaksa memburuk-burukkan pihak

lawan.

Mereka sanggup menemui Pemuda Bani Tamim Syuaib bin Saleh karena apabila beliau

muncul mendapat kuasa di Timur, maka yakinlah seluruh umat Islam bahwa Imam Mahdi tidak syak

lagi akan segera muncul pula ke dunia ini. Maka, munculnya Pemuda Bani Tamim adalah menjadi

tanda terbesar dan teryakin bahwa Imam Mahdi akan benar-benar muncul. Dan muqaddimah daulah

Islamiah sudahpun terbangun ketika itu.

2. Panji-panji Hitam Keluar dari Khurasan

A. Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hitam itu) tidak dapat

ditolak oleh sesuatu apa pun sehinggalah ditancapkan di Ilya’.

(At-Tarmizi)

B. Sabda Nabi SAW,

“Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia

walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu

ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi.

(Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)

Pemuda Bani Tamim itu akan mendatangi Khurasan iaitu dalam perjalanannya menuju ke

Makkah atau Syam. Di sana beliau akan mendapat Panji-panji Hitam yang sebenar, bukan lagi panjipanji

hitam yang dibuat sebelumnya. Panji-panji Hitam itu adalah panji-panji yang pernah digunakan

oleh Rasulullah SAW dahulu, sewaktu peperangan menghadapi kaum kafir dan Yahudi.

Dari Khurasan, mereka menuju pula ke Ilya’ iaitu satu bandar tidak jauh dari Baitulmaqdis.

Sepanjang perjalanan yang jauh itu, mereka sentiasa diberi kemenangan oleh Allah SWT terhadap

siapa jua penentangnya, yang sangat risau terhadap kemaraan tentara Allah itu. Kuasa baru yang amat

hebat ini amat menggerunkan hati setiap musuh Allah sehingga hati mereka terasa sangat-sangat

sempit, bagaikan sempitnya dada orang yang sedang mendaki ke atas langit. Ketakutan dan kegerunan

yang mereka rasakan ketika itu akan segera dibalas oleh Allah dengan dijatuhkan mereka di hadapan

umat Islam yang dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim.

Pemergian mereka ke Ilya’ itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari Imam Mahdi,

iaitu orang yang paling berhak ke atas pemerintahan seluruh dunia ini, sebab Pemuda Bani Tamim

hanyalah penyedia tapak untuk pemerintahan Imam Mahdi, bukan dia yang memerintah dunia ini.

Namun beliau adalah pembantu kanan Imam Mahdi dan kedudukan ini tidak dapat disangkal lagi,

karena telah dijelaskan oleh hadits-hadits.

3. Pemuda Bani Tamim Tidak Pernah Kalah

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana

pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”

(Ibnu Majah)

Sesiapa yang membaiat Pemuda Bani Tamim sebagai pemimpinnya, maka bererti dia telah

menjalankan perintah Rasulullah SAW seperti yang disabdakan oleh baginda SAW dalam banyak

hadits. Satu perkara lagi yang perlu diketahui, sebagai satu cara menaikkan semangat kita dalam

berjuang pada akhir zaman ini ialah bahwa pasukan Pemuda Bani Tamim tidak akan pernah

dikalahkan oleh mana-mana pasukan pun.

Ini adalah satu kelebihan yang tidak mampu dimiliki oleh sebarang pemimpin. Namun,

Rasulullah SAW sudah menyatakan demikian, dan dengan itu, wajiblah pula kita mempercayai dan

meyakininya sebagai mana sepatutnya. Bagi yang memang berhati pejuang, ini adalah peluang terbaik

dan terbesar sepanjang sejarah umat Islam untuk kita menabur bakti dan menyumbang jasa terhadap

perkembangan Islam ke seluruh dunia buat kali kedua. Zaman Ummah Kedua diasaskan oleh

Pemuda Bani Tamim dan disempurnakan oleh Imam Mahdi, seterusnya disambung lagi oleh Nabi Isa

AS.

4. Wajib Membaiat Pemuda Bani Tamim

A. Dari Abdullah bin Umar RA katanya,

“Adalah Rasulullah SAW bersama-sama dengan sekumpulan Muhajirin dan Ansar. Ali bin

Abi Talib KMW di sebelah kirinya dan Abbas di sebelah kanannya, ketika Abbas dan seorang

lelaki dari kalangan Ansar bertelagah. Sahabat Ansar itu bercakap dengan agak kasar kepada

Abbas. Maka Rasulullah SAW memegang tangan Abbas dan tangan Ali lalu bersabda,

“Daripada keturunannya (sambil menunjukkan Abbas) akan datang seorang pemuda yang akan

memenuhkan dunia ini dengan penindasan dan kezaliman, dan daripada keturunannya (sambil

menunjuk Ali) muncul seorang lelaki yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan

kesaksamaan. Jika kamu semua melihat yang demikian, berbaiatlah kepada Pemuda dari Bani

Tamim itu yang datang dari arah Timur. Dialah pemilik Panji-panji Al-Mahdi.”

(At-Tabrani, Abu Nuaim, Al-Khatib & Al-Kidji)

B. Kata Sauban RA,

“Kemudian baginda SAW menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa ingat, kemudian

bersabda, “Kalau kamu semua melihatnya, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di

atas salji karena padanya ada Khalifah Allah, iaitu Al-Mahdi.”

(Ibnu Majah)

C. Dari Sauban RA katanya Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, bersegeralah mendatangi

mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji karena padanya ada Khalifah Allah, Al-

Mahdi.”

D. Dari Sauban RA katanya Rasulullah SAW bersabda,

“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi.

Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di

atas salji.”

E. Sabda Nabi SAW,

“Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KMW) seorang pemuda yang akan memenuhkan

dunia ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu

turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan

dialah pemegang Panji-panji Al-Mahdi.”

(At-Tabrani)

Apabila Pemuda Bani Tamim mendapat kuasa di Timur, naiknya sebagai pemerintah tidaklah

sama seperti naiknya pemerintah hari ini. Pemuda Bani Tamim mendapat kuasa lalu segera

menjalankan pemerintahannya menurut cara yang diasaskan oleh Islam iaitu pemimpin dibaiat,

bukannya diundi seperti sistem Barat yang digunakan pada hari ini. Karena itu, setiap orang Islam

wajib mendatangi dan membaiat Pemuda Bani Tamim sebagai pemimpin mereka zahir dan batin, dari

dunia hinggalah ke akhirat.

Sistem politik dari Barat yang sedang digunakan pada hari ini akan dimansuhkan sama sekali,

melibatkan semua bentuk dan semua perkara, bermula dari yang sebesar-besarnya hinggalah kepada

yang sekecil-kecilnya. Politik akan berubah warna sama sekali. Hari ini kita tidak dapat memikirkan

bentuknya lagi, dan hanya akan kita ketahui apabila masanya tiba nanti. Hanya Pemuda Bani Tamim

saja yang tahu benar bentuk dan selok-belok sistem politik yang diasaskan oleh Rasulullah SAW

dan telah dilaksanakan oleh baginda SAW dengan jayanya di Madinah dahulu.

Dan diulang sekali lagi oleh hadits ini bahwa apabila Pemuda Bani Tamim muncul dan

mendapat daulah di Timur, bererti kemunculan Imam Mahdi sudah menjadi suatu keyakinan, tidak

dapat dipolemik atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak pun. Kemunculan Imam Mahdi ditandai

oleh kemunculan Pemuda Bani Tamim.

5. Pemuda Bani Tamim Berasal Dari Syam

A. Kata tabiin RH,

“Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa

Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat

mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan

dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

Perkara ini banyak diperbincangkan terutamanya oleh kalangan penduduk Syam yang

berketurunan dari Bani Tamim. Jumlah mereka memang sedikit dan masing-masing saling mengenali,

serta tahu pula susur galur keturunan setiap orang dari mereka. Setiap suku dari kalangan mereka

menyangka dan berharap Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan itu datang dari kalangan suku

masing-masing.

Namun, jika ucapan tabiin ini diperhatikan sungguh-sungguh, nyatalah bahwa Pemuda Bani

Tamim itu bukan lahir dari kalangan mereka, tetapi lahir dan dewasa di Timur. Tapak perjuangannya

juga bermula dan berkembang di Timur. Malah, tapak daulah yang didirikannya itu pun bermula di

Timur juga. Syam adalah tempat terakhir yang akan ditujunya. Dan bangsa Syam yang dimaksudkan

itu hanya asal-usul nenek moyangnya saja, bukan lagi tempat dia dilahir dan dibesarkan.

Dari Syam, sebahagian daripada mereka ini turun ke Yaman dan tinggal di sana beberapa

lama untuk membentuk sebuah komuniti yang minoriti, kemudian sebahagian keturunannya

berpindah lagi ke Kepulauan Melayu ini. Sebahagiannya masih tinggal di Yaman dan masih ada

hingga ke hari ini. Sebahagian yang lain berpindah ke benua kecil India dan menyerap masuk sebagai

sebahagian penduduk Islam di sana pula. Di Kepulauan Melayu inilah mereka bergaul dengan

penduduk tempatan sehingga keturunan mereka pun akhirnya menjadi sama dengan, atau sebahagian

daripada penduduk tempatan. Sebutan Arabnya hilang dan yang tinggal adalah sebutan Melayunya

saja. Arabnya hanyalah pada keturunannya saja, atau asal-usulnya.

6. Pemuda Bani Tamim Berperanan Besar

A. Sabda Nabi SAW,

“Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan para pengikutnya benar-benar) akan

muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

B. Daripada Abdullah bin Umar RA katanya, bersabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan keluar di bawah panji-panjinya dan ada suara yang menyerukan: “Inilah Al-

Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia.” (At-

Tabrani, Abu Nuaim & Al-Khatib)

Orang ramai yang dimaksudkan itu adalah kumpulan Ikhwan yang dipimpin oleh Syuaib bin

Saleh. Mereka akan mendirikan tapak daulah Islamiah yang sebenar. Setelah tapak daulah itu siap dan

hanya menanti Imam sebenar untuk mendudukinya, mereka akan mencari Imam Mahdi untuk

diserahkan tapak daulah berkenaan. Ikhwan ini sifat-sifatnya sama dengan para sahabat pada awal

Islam. Istilah Ikhwan itu adalah untuk membedakan antara mereka dengan para sahabat RA. Jika pada

zaman awal Islam dahulu, istilah Sahabat digunakan untuk menunjukkan orang yang rapat dengan

Rasulullah SAW, maka pada akhir zaman ini istilah Ikhwan digunakan. Kedua-dua istilah Sahabat

dan Ikhwan ini bukan reka-rekaan Imam Mahdi atau Pemuda Bani Tamim, tetapi ditunjukkan sendiri

oleh Rasulullah SAW melalui hadits-hadits sahih. Mahu tidak mahu, setiap kumpulan orang ramai pasti

ada ketuanya, atau pemimpinnya. Dan bagi Ikhwan ini, tidak syak lagi pemimpinnya adalah Pemuda

Bani Tamim sendiri. Peranan besarnya adalah membentuk pasukan Ikhwan ini, mendidik dan

mengasuh mereka sehingga menjadi tepat seperti yang dinyatakan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

7. Pemuda Bani Tamim Berasal dan Keluar Dari Timur

A. Sabda Nabi SAW,

“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari

Timur.”

B. Ammar bin Yasir RA berkata,

“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Kedua-dua penyataan ini menjelaskan dan membuat penegasan bahwa pembawa Panji-panji

Imam Mahdi itu adalah Syuaib bin Saleh, berasal dari keturunan Bani Tamim dan tempat

kelahirannya adalah di Timur. Jelaslah bahwa memang muktamad bahwa Pemuda Bani Tamim

yang digelar Syuaib bin Saleh itu adalah orang yang datang dari kalangan bangsawan Quraisy, dari

Bani Tamim, tetapi nenek moyangnya telah berhijrah ke Timur, bercampur dengan orang-orang

Timur, dan akhirnya melahirkan pembantu kanan Imam Mahdi itu. Penyataan mengenai hal ini sudah

pun disebutkan pada bahagian sebelum ini.

Panji-panji yang dimaksudkan itu adalah tapak daulah Imam Mahdi, selain maksud sebenar

panji-panji hitam itu. Sesiapa yang mendapat daulah di Timur, maka tidak syak lagi bahwa dialah

Pemuda Bani Tamim yang dimaksud oleh hadits-hadits, dan keperibadian yang cukup rahsia itu

terbongkar pada hari itu. Susur galur keturunannya tidak perlu lagi diselongkar, karena memang telah

muktamad dia itu Pemuda Bani Tamim karena hadits sudah mengesahkannya berkali-kali, bukan

setakat sekali saja.

8. Pemuda Bani Tamim Memerangi as-Sufyani

A. Sabda Nabi SAW,

“Sebelum al-Mahdi (muncul), as-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian

dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani

kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di

Zaura’ iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu

muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, “Wahai Rasulullah,

bagaimana kami dapat mengenalinya?” Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku,

perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang,

pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan

didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur

dan para pengikutnya…”

B. Dari Said bin Musayyab RH katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Panji-panji Hitam akan datang dari Timur untuk anak-anak keturunan Abbas. Kemudian

berlakulah apa yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian, sebuah Panji-panji Hitam yang

kecil akan memerangi seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan dari Timur. Mereka akan

membaiat Al-Mahdi.” (Abu Nuaim)

As-Sufyani yang dimaksudkan oleh hadits di atas adalah Amerika Syarikat karena negara itu

adalah negara yang paling lengkap pasukan tentaranya di dunia pada masa ini. Angka 360 pasukan

berkuda itu menunjukkan jumlah yang cukup besar dan sangat kuat. Perlu pula diingat, bahwa yang

dimaksudkan dengan as-Sufyani itu ada beberapa pasukan, antaranya as-Sufyani itu adalah Amerika

Syarikat, dan ada hadits lain yang memaksudkan as-Sufyani itu sebagai pasukan Syiah Iran.

Kalb yang dimaksudkan sebagai bapa saudaranya itu adalah anggota NATO iaitu kesatuan

ketentaraan negara-negara Eropah Barat. NATO dianggap sebagai bapa saudara Amerika Syarikat

karena kebanyakan rakyat Amerika Syarikat berasal-usul dari Eropah Barat itu, maka NATO itu

dianggap sebagai bapa saudara karena hubungan kekeluargaan yang sudah jauh sedikit. Jumlah tentara

yang dipimpin itu adalah ramai, digambarkan dalam hadits sebagai sebanyak tiga puluh ribu orang.

Bilangan itu hanyalah gambaran untuk menunjukkan ramai, bukan mesti tepat-tepat menurut jumlah

itu. Pemimpin peneraju NATO dalam menyerang Iraq itu adalah Britain dan Perancis.

Tentara yang besar ini menuju ke Iraq. Dalam peperangan ini, seramai seratus ribu orang

terbunuh, iaitu dari kalangan orang awam, bukan bilangan tentara Iraq atau Amerika Syarikat.

Peristiwa penyerangan Amerika Syarikat dan sekutu NATOnya ini berlaku pada tahun 1990, dan

kesannya masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Zaura’ yang dimaksudkan adalah ibu kota Iraq iaitu

Baghdad dan kawasan-kawasan di utara Iraq, karena pada masa itu, Baghdad dan kawasan yang

dimaksudkan belum begitu dikenal lagi.

Yang dimaksudkan dengan Kufah ialah Asia Tenggara. Serangan kali ini bukan lagi

menggunakan kekuatan tentara tetapi dengan kekuatan ekonomi. Hadits tidak menyebutkan bentuk

serangan yang kedua ini dan berapa ramai yang terbunuh. Para kapitalis Amerika Syarikat dan Eropah

menyerang dan merosakkan ekonomi negara-negara di Asia. Selepas itu, iaitu dalam keadaan gawat

ekonomi itu, muncullah Pemuda Bani Tamim menjadi pemerintah, dan beliau menyediakan tapak

untuk pemerintahan Imam Mahdi di Timur. Disebutkan secara agak lengkap ciri-ciri Imam Mahdi

untuk dikenali dan diyakini.

Pemuda Bani Tamim itu berjuang mengembalikan kekuasaan kepada Ahlulbait, yang disebut

di dalam hadits mursal di atas sebagai anak-anak keturunan Abbas, karena Bani Abbas itu adalah wakil

kepada seluruh Ahlulbait. Pemuda Bani Tamim itu akan berperang dengan as-Sufyani, iaitu orangorang

Syiah di Iran pada hari ini. Orang-orang Syiah memerangi Pemuda Bani Tamim karena beliau

telah merosakkan Imam Mahdi mereka. Orang-orang Syiah meyakini Imam Mahdi mereka bernama

Muhammad bin Al-Hasan al-Askari, tetapi Imam Mahdi yang bakal muncul ini adalah Muhammad

bin Abdullah. Dan ini amat memarahkan mereka karena nyatalah kini bahwa ulama-ulama Syiah

telah berdusta kepada seluruh pengikutnya dan kepada seluruh dunia Islam sejak dahulu hingga ke

saat tersebut.

Pemuda Bani Tamim selain memerangi as-Sufyani kecil iaitu Syiah, juga akan memerangi As-

Sufyani besar iaitu Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya. Amerika Syarikat dan Eropah memerangi

Pemuda Bani Tamim karena beliau telah merosakkan sunnah mereka di atas dunia sekarang,

menghancurkan sistem ekonomi dan melemahkan cengkaman mereka ke atas seluruh dunia.

Sangatlah marahnya mereka kepada Pemuda Bani Tamim dan para Ikhwannya itu.

9. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim Tidak akan Kalah

A. Sabda Nabi SAW,

“Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran.

Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah

datang perintah Allah ( mati syahid atau tibanya hari kiamat).”

Ciri utama toifah yang dimaksudkan itu ialah mereka diberi keupayaan untuk menzahirkan

kebenaran, bukan setakat memperkatakannya saja. Kalau setakat memperkatakannya, orang-orang

Perancis yang bertaraf profesor pun lebih bijak bercakap daripada umat Islam sendiri. Jemaah-jemaah

lain lazimnya hanya diberi keupayaan untuk memperkatakannya, tetapi tidak diberi keupayaan untuk

mempraktikkannya. Jika mereka mempraktikkannya pun, hanyalah dalam satu dua perkara yang

terlalu remeh-temeh menurut pandangan hati ulama batin.

Ciri kedua yang dimiliki oleh toifah awal kurun ialah mereka tidak dapat dikalahkan oleh

mana-mana pihak pun yang menentangnya. Maksudnya, mereka ini sentiasa mendapat pertolongan

terus daripada Allah dalam segala bentuk, tempat dan masa. Pertolongan itu pula bukannya dalam

bentuk biasa, melainkan bertaraf keramat karena sudah menjadi kebiasaan di dalam setiap jemaah

kebenaran itu, terdapat orang yang bertaraf wali-wali yang doanya sangat mustajab. Melalui mereka

inilah Allah turunkan pertolongan-Nya sehingga mereka tidak terkalahkan.

Ciri ketiga yang dimiliki oleh toifah ini ialah pemimpinnya adalah orang yang bertaraf

mujaddid untuk sesuatu kurun itu, bukannya ulama biasa. Mujaddid adalah orang-orang yang sangat

istimewa pada sisi Allah karena mereka memang diutuskan kepada umat manusia untuk

mengembalikan mereka kepada agama mereka dan kepada Tuhan, setelah tersasar jauh sekian lama.

10. Pemuda Bani Tamim Menerima Ujian Paling Berat

A. Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya,

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari

kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW

dilinangi air mata dan air muka baginda kelihatan berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah

kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami

Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan

menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah

Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan

tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa

yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada

seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti

halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa di antara kamu yang sempat

menemuinya, maka datangilah mereka itu walaupun terpaksa merangkak di atas salji.

Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”

(Ibnu Majah)

Memang Pemuda Bani Tamim akan menerima ujian yang cukup berat dan besar. Jika tidak,

bagaimana pula Rasulullah SAW sendiri boleh menitiskan air mata mengenangkan apa yang bakal

dilalui oleh beliau. Baginda SAW masih boleh bersabar dan tidak menunjukkan reaksi yang nyata

apabila mengetahui (melalui ilham dan kasyaf) bahwa cucu kesayangannya akan syahid dibunuh oleh

tentara Bani Umaiyah suatu masa kelak. Tetapi apabila mengetahui ujian besar yang bakal dilalui oleh

Pemuda Bani Tamim dan Ahlulbaitnya pada akhir zaman, baginda SAW tidak dapat menahan

emosinya lalu menangis di hadapan para sahabat RA, sehingga menyebabkan para sahabat RA

sendiri turut menangis dan berasa marah kepada sesiapa yang menyusahkan Pemuda Bani Tamim itu.

Jelaslah di sini juga bahwa Rasulullah SAW sebenarnya amat sayangkan Pemuda Bani

Tamim itu, sehingga lebih disayanginya daripada cucu-cucu kesayangannya sendiri. Ini dikarenakan

Pemuda Bani Tamim itulah yang akan menaikkan semula Islam ke puncak kejayaan dan

kegemilangan, seperti mula-mula dahulu sedangkan sebelumnya Islam jatuh teruk, dipandang hina

dan diremeh-remehkan. Dan sanggup pula menderita menerima ujian yang sangat berat, demi

menegakkan semula Islam ke puncak kegemilangannya, yang ujian itu sebenarnya pada zaman dahulu,

hanya mampu diterima oleh para rasul yang muqarrabin saja, bukannya orang biasa seperti dia.

11. Wajib Mentaati Imam Mahdi

A. Ibnu Masud RA meriwayatkan bahwa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan

kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang

menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan

anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila

terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya,

“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda

menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum

kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panjipanji

Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka

pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang

hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di

atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan

menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan

nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan

kesaksamaan.”

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu

Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

Mereka yang dimaksudkan oleh hadits ini tidak lain dan tidak bukan adalah Ikhwan dan

Asoib, yang ketua mereka adalah Syuaib bin Saleh Pemuda Bani Tamim itu. Salah satu keramat

terbesar Pemuda Bani Tamim ialah membawa hidayah yang merata kepada seluruh umat Islam dan

semua manusia. Melaluinya, Allah SWT memberikan hidayah-Nya kepada semua manusia, sama

seperti yang diperbuat oleh Allah melalui Rasulullah SAW. Hanya bedanya Rasulullah SAW

membawa hidayah sebagai suatu mukjizat, sedangkan Pemuda Bani Tamim membawa hidayah

sebagai suatu keramat. Dan peranannya membawa hidayah ini sudah dinyatakan oleh baginda SAW

dalam hadits di atas.

Rasulullah SAW menyebutkan bahwa golongan Ahlulbait akan menerima dua ujian iaitu

pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah

disingkirkan dari tanah air mereka. Ujian pertama itu sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai

dengan terbunuhnya Sayidina al-Husain RA di Padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir

zaman pemerintahan Bani Abbasiah di Baghdad. Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka

telah juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian

besar Semenanjung Tanah Arab.

Pemuda Bani Tamim juga disebutkan menerima ujian yang sangat berat dan tugas yang

sangat besar, mengikut tahap yang telah disebutkan oleh hadits, berjumlah tujuh tahap. Kesukaran

antara setiap tahap itu adalah berbeda-beda. Tahap berikutnya adalah jauh lebih berat daripada tahaptahap

yang telah dilalui sebelumnya. Ketujuh-tujuh tahap yang disebutkan oleh hadits itu adalah;

1. Mereka meminta kebaikan. Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran

Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu (tauhid, fekah dan

tasawuf) sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Itulah yang dimaksudkan dengan

kebaikan di sini. Juga boleh dimaksudkan dengan beliau membina jemaah Islamnya sendiri

sehingga menjadi sebuah jemaah yang besar dan hebat, sebuah jemaah yang mampu

menzahirkan kebenaran, bukan semata-mata mampu memperkatakannya. Dari sini beliau

mendirikan sebuah kerajaan dalam kerajaan, iaitu kerajaan Islam bayangan. Apabila mendapat

kuasa kelak, bentuk itulah yang akan diperluaskan ke seluruh negara dan kawasan serantau,

seterusnya ke seluruh dunia. Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori.

Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau

Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat

batin, melalui rasa bertuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan

dunia dengan keutamaan akhirat. Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat,

tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat

menjadi keutamaan bagi mereka, dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan

sendirinya tanpa perlu bersusah-susah memikirkan mengenainya. Itulah sebahagian kecil erti

mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadits Nabi SAW.

2. Tidak diberikannya. Nya di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang, tidak

melibatkan orang lain atau pihak lain. Dan Nya yang dimaksudkan bukanlah orang atau

sekumpulan orang yang biasa, melainkan orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa

atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali. Jika orang biasa, mustahil mereka dapat

menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada

ajaran Islam sebenar itu.

Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah

Pemuda Bani Tamim, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya

sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya

demikian. Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdir-Nya.

Dan hal ini memang telah pun berlaku dan sekali gus membenarkan apa yang disabdakan

oleh baginda SAW.

Mereka ini pula datang dengan berbagai-bagai rupa dan cara. Ada yang berbentuk

pemerintah sebenar, yang menggunakan kaedah kuku besi untuk menindas perjuangan suci

ini. Ada yang berupa orang baik lagi bersih tetapi mendalangi perbuatannya pada orang lain,

iaitu berselindung di balik nama orang lain. Dialah dalang sebenar dan terbesar, karena ada

niat tersembunyi dan besar. Ada yang berupa orang alim dalam hal ehwal agama, iaitu

menggunakan agama sebagai alat untuk membunuh usaha dakwah berkenaan. Ada yang

berupa pihak penyampai, iaitu menggunakan media mereka sebagai alat untuk menabur

fitnah dan berita bohong mengenai keburukan Pemuda Bani Tamim dan perjuangannya itu.

3. Mereka pun berjuang. Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau

senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan

menggunakan senjata pedang semata-mata. Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran

Islam dapat ditegakkan semata-mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain

menerima Islam. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang

iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal. Maksud berjuang juga adalah berjuang

memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT sambil berusaha bersungguh-sungguh

meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara

mereka dengan Allah. Mereka takut dikarenakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak

dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh-musuh mereka.

4. Mereka memperoleh kejayaan. Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah dosa mereka itu,

Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan mereka itu berjaya. Berjaya di sini

dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka

dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah malah ada yang

menjadi wali Allah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina

tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat agar kembali kepada

Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar dalam diri masing-masing.

Pemimpinnya iaitu Syuaib bin Saleh berjaya menyiapkan seluruh jentera pentadbiran awal

yang bakal diserahkannya kepada Imam Mahdi kelak. Sebahagian jentera pentadbiran

awalnya ini akan dikekalkan di bawah pentadbirannya sendiri dan sebahagiannya lagi akan

berkhidmat untuk Imam Mahdi. Semuanya dipilih dan ditentukan oleh Allah SWT sendiri,

diilhamkan kepada Imam Mahdi dan Imam Mahdi pula menyampaikannya kepada Syuaib bin

Saleh. Melalui arahan itulah Syuaib bin Saleh memilih dan melantik barisan

kepemimpinannya. Kedudukan mereka dalam pentadbiran adalah berdasarkan taraf

takwanya kepada Allah SWT, bukan semata-mata ilmu yang tinggi atau amal yang banyak

siang malam, dan jauh sekali melalui pengalaman berpolitik sebelum ini. Semakin tinggi

takwa mereka kepada Allah, semakin tinggilah kedudukan yang akan Allah serah kepadanya

untuk membantu menguruskan seluruh umat Islam ini. Semua masalah yang selama ini amat

kronik, berjaya disembuhkan, karena adanya pertolongan terus daripada Allah yang

didatangkan melalui tangan-tangan mereka yang bertakwa ini. Mereka juga berjaya karena

pada masa inilah semua orang sudahpun mengetahui siapa sebenarnya peribadi yang

disebutkan sebagai Pemuda Bani Tamim atau Syuaib bin Saleh itu. Orang ramai juga

sudahpun mengetahui siapa peribadi sebenar yang bakal menjadi Imam Mahdi itu. Itulah

antara maksud hadits dengan memperoleh kejayaan.

5. Diberikanlah apa yang mereka minta itu. Mereka diserahkan urusan pemerintahan dan

pentadbiran umat Islam di Timur, dimulai di Malaysia, insya-Allah. Keadaan ini amat

menggemparkan seluruh dunia terutama Barat karena ternyata usaha-usaha mereka selama ini

untuk menyekat kebangkitan semula Islam di dunia ini telah gagal. Islam yang dibendungbendung

dengan pelbagai cara dan sekatan itu tetap bangkit juga. Jika dahulu oleh Nabi

Muhammad SAW, kini oleh Muhammad III iaitu Muhammad bin Abdullah al-Mahdi. Pada

waktu ini, seluruh sistem Barat yang sedang digunakan di Timur lumpuh terus. Perdagangan,

perekonomian, pendidikan, politik dan pemikiran Barat yang sedang asyik digunakan menjadi

lumpuh. Jalan-jalan dagang tersekat karena tidak dapat beroperasi dengan betul.

Selepas itu wilayah kekuasaannya meluas hingga ke Singapura, Brunei Darussalam, seluruh

Indonesia, Thailand selatan, Filipina selatan, Kampuchea dan Vietnam selatan. Kawasankawasan

ini adalah fasa pertama kebangkitan semula Islam kali kedua ini. Pada masa ini taraf

Ummah Kedua masih belum siap sepenuhnya, masih lagi dalam proses permulaan atau

pemulihan. Tugas Pemuda Bani Tamim hanyalah membuang seluruh sistem Barat dan

membersihkan saki-baki karatnya, kemudian menyediakan tapak hati yang telah dibersihkan

tadi supaya bersedia menerima suatu hidayah baru yang selama ini tertutup rapat sejak

kewafatan baginda SAW kira-kira seribu empat ratus tahun dahulu. Hidayah itu tidak dimiliki

oleh Pemuda Bani Tamim, atau Allah tidak memberikan kelebihan itu kepada beliau.

Kelebihan yang satu ini hanya dimiliki oleh Imam Mahdi saja, selain Rasulullah SAW

sendiri. Hidayah yang dibawa oleh Pemuda Bani Tamim adalah hidayah yang bersifat umum,

iaitu membawa manusia meninggalkan sistem jahiliyah Barat kepada sistem Islam. Yang

seterusnya adalah tugas Imam Mahdi pula.

Rasulullah SAW pula memiliki kedua-dua bentuk hidayah ini, dan hanya baginda SAW

seorang saja yang benar-benar diberikan hidayah jenis ini. Kedua-dua bentuk hidayah itu

adalah hidayah untuk membuang segala sistem jahiliyah sehingga hati dan fikiran mereka

menjadi bersih sebersih-bersihnya, kemudian menyediakan tapak hati yang telah dibersihkan

itu untuk menerima hidayah seterusnya. Hidayah yang seterusnya adalah hidayah untuk

menerima Pendidikan Rasulullah SAW, yang bersifat sangat suci dan amat tinggi, serta

amat halus sehingga mampu melahirkan orang-orang yang bersifat samikna wa ata’na

(kami mendengar dan kami taat akan segala perintah) dan menjadikan mereka orang-orang

yang bertaraf wali-wali Allah yang tinggi, sentiasa mengamalkan cara hidup ruhbanu fil lail

wa fursanu binnahar (umpama rahib pada malamnya dan umpama singa pada siangnya).

Kedua-dua hidayah ini, pada zaman ini hanya ada pada mereka berdua saja, tidak diberikan

kepada orang lain. Sesiapa yang menginginkan kedua-dua hidayah itu, mahu tidak mahu

hendaklah melalui mereka berdua ini saja, tidak didapat melalui orang lain lagi.

Sambil menghapuskan seluruh sistem Barat yang telah lama berkarat di seluruh negara,

Pemuda Bani Tamim mempunyai tugas yang cukup besar dan sangat berat iaitu

mengemaskan seluruh negara dengan iman yang tinggi, akhlak yang mulia, akidah yang

benar-benar mantap, mempersiapkan seluruhnya untuk menerima ketibaan Imam Mahdi

yang sangat ditunggu-tunggu, sangat dirindu, yang sangat disayangi dan sangat dicintai itu.

Seluruh hati yang beriman sudah berbunga, dengan bunga-bunga yang kembang biak

mewangi di seluruh negara. Yang kafir dan munafik, ketika itu sangat menderita, hatinya

terbakar hangus oleh kemarahan dirinya sendiri yang tidak terbendung-bendung lagi sehingga

membakar hangus akal dan pertimbangan warasnya. Sangatlah sakit hatinya ketika itu. Allah

sajalah yang tahu keadaan mereka ini. Wajah mereka berkerut seribu dan masam mencuka,

tanda tidak suka.

Selepas itu, wilayah-wilayah Islam semakin merebak dan meluas. Kini mula memasuki

seluruh Thailand, seluruh Filipina, seluruh Laos, seluruh Viertnam, seluruh Myanmar, mula

masuk ke wilayah-wilayah di China dan seterusnya sampai ke Khurasan. Penyebaran Islam

kali ini sudah memasuki tahap kedua, dengan sampainya Islam ke Khurasan, tempat yang

dijanjikan akan munculnya Panji-panji Hitam yang sebenar dan tempat seorang lelaki

menanti Pemuda Bani Tamim. Ketika ini, Panji-panji Hitam dan Pedang Zulfakar sudah pun

berada di tangan Pemuda Bani Tamim. Kedua-duanya ditancapkan tinggi-tinggi ke udara,

sebagai lambang tingginya kedudukan Islam dan tingginya cita-cita besar mereka.

6. Mereka tidak menerimanya. Maksud tidak menerimanya bukanlah dengan erti tidak

menerima terus urusan pemerintahan yang diserahkan kepada mereka. Maksud sebenarnya

ialah mereka menyatakan secara tegas dan tetap bahwa pemerintahan ini adalah hak mutlak

Imam Mahdi, dan mereka hanyalah bertindak sebagai pengurus atau pemegang sementara

saja, iaitu sementara pemilik sebenarnya muncul ke dunia ini. Apabila pemilik yang sebenar

berhak ke atas pemerintahan itu, mereka akan segera menyerahkannya kepada orang itu, yang

tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi al-Alawi. Oleh itu, pemerintahan mereka

adalah sebagai pemegang amanah atau pemangku saja, ketika pemimpinnya tiada di situ.

Penjelasannya sudah dibuat di atas tadi.

7. Mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahlulbait. Menurut hadits-hadits,

orang itu adalah Imam Mahdi sendiri, tidak lain dan tidak bukan. Tempat penyerahan itu

boleh saja berlaku di Makkah atau jika mereka terlambat sedikit, mereka akan terus saja

ke Baitulmaqdis. Di sanalah mereka akan menyerahkan Panji-panji Hitam itu kepada orang

yang paling berhak menerimanya. Beliau adalah waris terakhir dari kalangan Ahlulbait yang

akan diserahi tugas dan tanggungjawab memimpin seluruh manusia kepada Islam. Dengan

penyerahan ini, lengkaplah tugas Pemuda Bani Tamim. Tugas seterusnya adalah tertanggung

kepada Imam Mahdi. Namun, Imam Mahdi tetap memberikan Pemuda Bani Tamim tugas

yang sesuai dengan jasanya kepada Islam dan kedudukannya yang sangat tinggi pada sisi

Allah SWT dan beliau tetap terus menabur jasa yang tidak terhingga kepada seluruh umat

Islam dan dunia.

Ketika ini, tahap ketiga yang dikehendaki oleh Jadual Allah itu selesailah sudah iaitu dengan

tunduknya seluruh Tanah Arab di bawah pemerintahan Pemuda Bani Tamim dan Imam

Mahdi. Dan dengan ini, seluruh dunia Islam yang meliputi tiga tahap itu, dan nama baru bagi

seluruh dunia Islam yang meliputi ketiga-tiga tahap ialah Malaysia Raya! Ini adalah

mengambil sempena nama negara kita yang tercinta ini, disebabkan oleh faktor-faktor

berikut;

a. Di situlah tempat kelahiran Pemuda Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim yang

digelar sebagai Syuaib bin Saleh itu dilahir dan dibesarkan di Malaysia, tidak di

tempat lain.

b. Di situlah Pemuda Bani Tamim memulakan pendidikannya sehingga besar

dan dewasa. Beliau tidak belajar di tempat-tempat lain seperti yang lazim berlaku

pada ulama-ulama lain sejak dahulu hingga kini. Jika beliau pergi ke luar negara pun,

adalah untuk berdakwah sambil belajar, bukan semata-mata dengan tujuan belajar.

c. Di situlah Pemuda Bani Tamim memula dan mengasaskan perjuangannya

dari mula sehingga berkembang ke seluruh negara dan seterusnya berjaya pula di

peringkat antara bangsa. Kebangkitan semula Islam di seluruh negara dan kemudian

merebak ke seluruh dunia adalah bermula di Malaysia, tidak di tempat-tempat lain.

d. Di situlah mula-mula tapak daulah Islamiah didirikan dan seterusnya menjadi

tapak bagi pembentukan Ummah Kedua.

e. Di situlah tempat Imam Mahdi menetap sehinggalah beliau ghaib. Beliau

dikatakan ghaib di Malaysia dan sentiasa berada di sekitar Malaysia untuk melihatlihat

keadaan seluruh negara, di samping di tempat-tempat lain di Indonesia dan

Singapura.

f. Golongan Asoib paling ramai datang dari Malaysia. Golongan Asoib adalah

generasi yang sama taraf dengan golongan Sahabat RA, bedanya Asoib adalah untuk

akhir zaman dan Sahabat RA untuk zaman awal Islam. Dan di Malaysialah golongan

ini paling ramai muncul.

g. Di situlah pusat pemerintahan Imam Mahdi didirikan. Di Malaysia ada pusat

pentadbiran yang akan menjadi pusat pemerintahan seluruh dunia bagi Imam Mahdi.

Di pusat pentadbiran itulah Imam Mahdi akan mentadbir seluruh dunia, dalam

suasana pemerintahan Islam sebenar.

Dan seperti yang dijanjikan oleh baginda SAW sendiri, kemunculan Pemuda Bani Tamim

adalah menandakan akan segera pula munculnya Imam Mahdi. Ertinya, Imam Mahdi tidak akan

muncul sendirian, melainkan telah didahului oleh kemunculan orang kanannya yang setia itu.

12. Hadits Panji-panji Yang Amat Terkenal

A. Dari Abdullah RA katanya,

“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda

dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua-dua mata

Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya,

“Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab,

“Kami Ahlulbait, telah dipilih oleh Allah akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku

akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari

sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta

kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu

diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka

menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini

dengan keadilan sebagaimana halnya ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu

yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas

salji.”

(Ibnu Majah)

Jika diperhatikan ketiga-tiga buah hadits di atas (hadits nombor 10, 11 dan 12), kita akan

dapati terdapat sedikit perbedaan matannya. Namun, perbedaan matannya yang sedikit ini tidak boleh

pula dijadikan alasan untuk kita terus menjatuhkannya sebagai maudhuk. Perbedaan matannya ini

tidak begitu jelas, dan tidak menunjukkan pertentangan maksud antara satu hadits dengan hadits yang

lain. Kesemuanya sebenarnya saling menguatkan antara satu sama lain atau menunjukkan hadits ini

datang melalui beberapa riwayat atau sanad. Sungguhpun rawi akhirnya (sahabat RA) hanya seorang

saja iaitu Abdullah bin Mas’ud RA, ini tidak dapat dijadikan alasan untuk mendhaifkannya apatah

lagi memaudhukkannya terus karena jalan (sanad) yang diterima adalah banyak.

13. Pemuda Bani Tamim Sentiasa Dibantu oleh Allah

A. Daripada al-Hasan Al-Basri RH katanya,

Bahwa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, “Hinggalah Allah

mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh

Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi

seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka,

maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Nuaim bin Hammad)

Hadits mursal ini menjelaskan bahwa Pemuda Bani Tamim itu mempunyai beberapa ciri

utama, yang antaranya adalah sebagai pembawa Panji-panji Hitam kepunyaan Rasulullah SAW.

Kelebihan seterusnya ialah beliau adalah seorang yang digelar Al-Mansur (Orang yang Dibantu oleh

Allah) dan sesiapa yang membantunya akan turut dibantu oleh Allah. Kelebihan yang kedua ini adalah

keramat beliau yang amat besar karena dapat membantu orang yang membantunya menegakkan

semula agama Islam.

Hadits mursal ini juga memberi amaran yang cukup jelas dan tegas kepada sesiapa saja,

sama ada yang Islam atau yang kafir agar jangan cuba-cuba mengganggu atau menghalang sebarang

usaha Pemuda Bani Tamim daripada membina tapak daulah Imam Mahdi itu. Namun sudah

ditakdirkan juga oleh Allah SWT bahwa usahanya yang begitu murni dan baik itu tetap akan ada

penghalangnya. Dan terbukti pula hadits ini benar dari segi matannya karena setiap orang yang telah

menentang Pemuda Bani Tamim akan menerima balasan yang amat setimpal dengan perbuatan

mereka itu, di dunia ini lagi, karena itulah yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam haditsnya.

Matan hadits yang berbunyi sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah bermaksud mereka

yang menentang Pemuda Bani Tamim akan menerima balasan yang segera di dunia ini lagi, dan

kehinaan yang lebih dahsyat sedia menanti mereka di akhirat kelak. Ini janji Rasulullah SAW, bukan

janji manusia. Setiap janji baginda SAW adalah benar dan pasti, tidak ada syak lagi padanya.

Selain Pemuda Bani Tamim, para Ikhwan juga akan sentiasa dibantu oleh Allah SWT dengan

bantuan-Nya dan pertolongan-Nya. Kedua-dua bentuk pertolongan dan bantuan dari Allah ini tidak

pernah diterima oleh mana-mana generasi Islam pun sebelum ini, melainkan pada zaman Rasulullah

SAW dan zaman Khulafa ur-Rasyidin dahulu. Selepas itu, pada zaman Khalifah Umar bin Abdul

Aziz, hanya bantuan dari Allah saja yang diterimanya, manakala pada zaman Sultan Muhammad al-

Fateh Osmaniah pula, hanya pertolongan Allah saja yang diterimanya. Dan pada akhir zaman ini,

kedua-dua pertolongan dan bantuan Allah dapat mereka terima secara sekali gus.

Dan dengan bantuan dan pertolongan dari Allah itu, umat Islam akan menjadi mulia semula.

Mereka menjadi umat yang maju lahir dan batin, mantap akidahnya, cantik akhlaknya dan menjadi

tuan yang memerintah bagi seluruh dunia. Seluruh dunia akan tunduk dan taat kepada Islam, karena

umat Islamnya sendiri tunduk dan taat kepada segala perintah Allah SWT zahir dan batin. Kepada

orang-orang yang beginilah Allah SWT beri sepenuh kepercayaan dan Dia akan serahkan seluruh

dunia ini untuk mereka warisi dan tadbir dengan sistem yang Allah telah tetapkan. Apakah kita tidak

teringin atau berhasrat melihat agama Islam dan umatnya menjadi maju dan peneraju dunia seperti

zaman Nabi SAW dahulu?

14. Pemuda Bani Tamim Adalah Pembela Sebenar Ahlulbait

A. Dari Sayidina Ali KMW katanya Nabi SAW bersabda,

“Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di

hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan

urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah

SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “Wajib setiap orang mukmin

menerimanya.” (Abu Daud, an-Nasa’i, al-Baihaqi & al-Husin)

Seberang Sungai yang dimaksudkan atau disebut di dalam hadits sebagai Ma Wara an-

Nahar, adalah juga wilayah Khurasan yang terkenal itu. Memang dalam sejarah awal penaklukan

Islam ke atas wilayah-wilayah timur Arab, nama Ma Wara an-Nahar sudah cukup terkenal. Nama

itu sudah wujud dalam sejarah penaklukan oleh Sayidina Umar RA lagi, disambung lagi pada zaman

pemerintahan Bani Umaiyah. Maka nama itu memang terkenal dalam sejarah umat Islam sehingga ke

hari ini. Khurasan juga adalah cukup terkenal, walaupun pada hari ini wilayah yang dinamakan

Khurasan itu sudah tiada lagi karena dipotong-potong oleh pihak penjajah Barat yang cuba

menghilangkannya dari peta dunia. Mereka juga yakin dengan kebenaran hadits-hadits Nabi SAW

mengenai wilayah Khurasan ini.

Dari kawasan itulah akan muncul seorang lelaki yang bernama Al-Haris. Al-Haris itu

namanya dan Harras itu gelaran dan pekerjaannya karena dia adalah seorang petani yang sangat

berjaya karena dibantu oleh Allah dalam setiap usaha taninya itu. Memang dia menempati kawasan

itu, tidak keluar ke mana-mana. Dialah yang akan menyerahkan Panji-panji Hitam sebenar kepada

Syuaib bin Saleh at-Tamimi, selain menyerahkan sejumlah pasukan untuk digunakan oleh Syuaib bin

Saleh dalam ekspedisi besarnya itu.

Maksud yang di hadapannya bermaksud Al-Haris itu adalah pembantu kepada Syuaib bin Saleh.

Namun dia hanya menyerahkan sejumlah pasukan kepada Syuaib bin Saleh, dan tidak ikut serta dalam

ekspedisi itu. Dia tetap tinggal di wilayah Khurasan itu, memimpin umat Islam di sana dalam urusan

agama mereka. Pada masa inilah Syuaib bin Saleh mendapat gelaran al-Mansur, suatu gelaran yang

sangat istimewa bagi umat ini, sama istimewanya dengan gelaran as-Siddiq bagi Sayidina Abu Bakar,

dan Karramallhu Wajhah bagi Sayidina Ali RA.

Al-Mansur inilah yang menjadi pembela sebenar keluarga Nabi Muhammad SAW pada akhir

zaman ini karena beliau berjuang untuk menaikkan seorang Ahlulbait ke jawatan yang paling tinggi

bagi sekalian umat Islam sehingga dengan hasil usaha dan susah payahnya itu, mudahlah Ahlulbait

berkenaan menjawat jawatannya sebagai khalifah bagi seluruh umat Islam. Dan sebagai mengiktiraf

setiap hasil usahanya itu, Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas dan terang bahwa wajib setiap

mukmin menerimanya atau menolongnya, sehingga matlamat yang diperjuangkannya itu tercapai

sepenuhnya.

Pada ketika ini, bukan saja umat Islam yang membelakangkan golongan Ahlulbait, malah

di kalangan Ahlulbait sendiri ada yang menjadi penyambung lidah golongan yang menghancurkan

mereka dahulu, dengan mengecam dan merendah-rendahkan golongan Ahlulbait sendiri. Apa niat

mereka yang tersirat, kita pun tidak tahu. Selain itu, mereka ini juga berpecah-pecah ke sana-sini,

berterabur ke serata pelosok dunia. Masing-masing ikut kepala sendiri-sendiri. Dalam keadaan

demikian, hampir mustahil mereka ini dapat disatukan lagi di bawah satu pimpinan dan di suatu

tempat tertentu. Namun, dalam keadaan demikian, muncul Pemuda Bani Tamim Syuaib bin Saleh

yang menjadi pembela kepada golongan Ahlulbait itu sendiri, kemudian berusaha keras memandu

mereka kembali kepada kebenaran, sambil menyatukan semula mereka yang sudah begitu lama

berpecah-pecah ke sana-sini itu.

Sehingga apabila Imam Mahdi muncul sebagai khalifah Allah, golongan Ahlulbait ini sudah

disatukan semula di suatu tempat dan bersatu pula pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Selain itu,

Pemuda Bani Tamim juga disebut mengikut jejak kaum Quraisy dahulu dalam membela Rasulullah

SAW, iaitu sanggup bersusah payah dan sama-sama menanggung derita demi membela kaum

Ahlulbait ini. Maka wajiblah kita sebagai umat Islam yang mukmin turut sama membantu usaha

murninya itu. Ertinya setiap umat Islam wajib mencari pemimpin yang dilantik oleh Allah SWT

pada awal setiap kurun Hijrah.

15. Sifat-sifat Khusus Pemuda Bani Tamim

A. Kata Ka’ab bin Alqamah RH,

“Yang akan membawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usianya. Dia

berjanggut nipis dan berkulit kuning. Sekiranya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu akan

hancur dan menjadi rata (sehinggalah mereka) sampai ke bandar Ilyak (sebuah bandar di

Baitulmaqdis).”

Sahabat Rasulullah SAW menyebutkan beberapa sifat khusus Pemuda Bani Tamim sebagai

menjelaskan lagi ciri-ciri yang telah sedia disebutkan oleh baginda SAW dalam beberapa haditsnya

sebelum ini. Tambahan-tambahan ini amatlah berguna, terutamanya pada zaman kita ini, walaupun

dipandang sepi saja oleh kebanyakan umat Islam sejak dahulu lagi.

16. Pemuda Bani Tamim Adalah Dari Keturunan Sayidina Al-Hasan

RA

A. Abdullah bin Amru RA berkata,

“Seorang lelaki dari anak cucu Al-Hasan akan datang dari arah Timur. Jika dia menghadap ke

arah gunung, akan dipukulnya hingga rata sehingga mereka berjaya melaluinya.”

Fakta yang amat menarik ini dikemukakan oleh Sayidina Abdullah bin Amru RA, seorang

sahabat Rasulullah SAW yang terkemuka. Menurut beliau, Pemuda Bani Tamim itu berasal dari

kalangan Ahlulbait juga, dari anak cucu Sayidina al-Hasan bin Ali RA. Sayidina Abdullah bin Amru

RA meriwayatkan banyak hadits mengenai Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, selain

mengeluarkan pandangan beliau sendiri, yang kita yakin adalah kasyaf beliau, iaitu apa yang Allah

SWT kurniakan kepada beliau.

Berdasarkan penyataan beliau inilah, maka pada hari ini, golongan minoriti Bani Tamim di

Syria (Syam) tetap menyatakan bahwa mereka adalah datang dari golongan Ahlulbait, dari anak cucu

Sayidina al-Hasan RA, dan yakin pula dari kalangan merekalah akan munculnya Pemuda Bani Tamim

yang dimaksudkan oleh hadits-hadits dan asar-asar. Mereka menanti-nanti dan mencari-cari di kalangan

mereka seseorang yang bakal muncul dengan tanda-tanda tertentu, juga telah disebutkan oleh para

wali di kalangan mereka juga. Namun, mereka tidak menemuinya di tanah air mereka itu, iaitu di

Syam, tetapi mereka mendapati ciri-ciri itu ada pada seorang lelaki dari Timur. Kesemua ciri yang

dimaksudkan itu ada padanya dan tepat pula dengan apa yang dikehendaki oleh hadits-hadits dan asarasar

berkenaan. Maka mereka mengakuinya.

Perkara paling menarik mengenai ini adalah perakuan bahwa Bani Tamim adalah suatu suku

yang berpunca dari kalangan Ahlulbait juga, bukan dari Bani Tamim yang bangsa Quraisy itu. Jadi, di

kalangan bangsa Arab sebenarnya ada dua Tamim, satu suku Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim.

Suku Tamim adalah suku yang besar, darinya lahir tokoh terkenal dalam Islam, Sayidina Abu Bakar

as-Siddiq RA. Bani Tamim adalah puak yang jauh terkemudian munculnya, adalah dari kalangan

Ahlulbait, dari anak cucu Sayidina al-Hasan RA.

Disebutkan pula bahwa Pemuda Bani Tamim itu, iaitu yang bergelar Syuaib bin Saleh akan

dibekalkan dengan keramat yang amat hebat dan besar, sesuai dengan kedudukannya yang tinggi itu,

iaitu mampu menggempur gunung hingga menjadi rata, jika mereka mahu melaluinya.

17. Pemuda Bani Tamim Adalah Pemimpin Ikhwan

A. Dari Anas RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Aku amat rindu untuk bertemu dengan Ikhwanku.” Lantas para sahabat bertanya, “Tidakkah

kami ini ikhwanmu?” Sabdanya, “Bukan, malah kamu adalah sahabatku dan Ikhwanku

adalah mereka yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”

B. Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,

“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentara berkudanya ke

Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentara yang lain seramai 15,000

orang juga, yang berkenderaan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi

dan para pengikutnya. Maka pasukan tentara yang pertama tadi sampai ke Kufah, berjaya

menawan kota itu, lalu memusnahkan apa saja, daripada kaum perempuan dan kanakkanaknya,

di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu

pulang semula (kepada as-Sufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang

gagah berani (sihat)dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari

(keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang

menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan kanak-kanak tadi) lalu

(segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentara yang kedua pula, sampai ke kota Madinah

Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari, maka datang kepada (hati)

mereka pertolongan daripada memusnahkan terus seluruh penduduk dan anak-anak (penghuni

Madinah). Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah,

untuk memerangi al-Mahdi dan orang-orangnya. Apabila sampai di al-Baidak, semuanya

dihapuskan oleh Allah. Maka itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Kalau kamu

melihat ketika mereka terkejut, maka tidak akan luput (dari ingatan), lalu diambil (nyawa)

mereka dari tempat yang dekat (dengan Makkah).” (Surah Sabak, ayat 51)

Ada dua golongan yang membangunkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Golongan

pertama membangunkan Islam pada peringkat awal perkembangan Islam, iaitu di Makkah dan

Madinah, bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Golongan kedua membangunkan Islam pada

peringkat akhir perkembangan Islam, iaitu di Timur, bersama-sama dengan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi. Golongan pertama disebut Sahabat iaitu panggilan yang sudah amat masyhur seantero dunia, tidak perlu diperkenalkan lagi. Golongan kedua disebut Ikhwan, suatu panggilan yang tidak diketahui, amat ganjil dan perlu diperkenalkan kepada seluruh dunia.

Perbedaan sebutan atau panggilan ini tidaklah membawa apa-apa karena kedua-dua golongan

dibedakan itu untuk menunjukkan golongan pertama muncul pada awal kemunculan Islam dan

golongan kedua muncul pada akhir perkembangan Islam. Seperti mana Rasulullah SAW sayangkan

para Sahabat RA, maka begitulah juga rindunya baginda SAW kepada para Ikhwan ini. Golongan

Ikhwan ini juga rindu untuk bertemu dengan Rasulullah SAW sama seperti Rasulullah SAW rindu

untuk bertemu dengan mereka. Bukan Ikhwan namanya jika hati mereka tidak rindu kepada, atau

tidak berapa rindu untuk bertemu dengan Rasulullah SAW, sama ada semasa hidupnya di dunia ini

lebih-lebih lagi setelah matinya kelak, iaitu di alam akhirat.

Dan seperti biasa, setiap golongan itu ada pemimpinnya. Golongan Ikhwan ini pastilah tidak

terkecuali dan ketua atau pemimpin mereka nyata bukanlah sebarang-barang orang. Jika para Sahabat

RA dahulu pemimpin mereka adalah Rasulullah SAW sendiri, maka bagi golongan Ikhwan ini,

pemimpin mereka adalah Pemuda Bani Tamim sendiri karena beliaulah yang mengajar, mendidik,

mengasuh, membentuk, membina dan membangunkan golongan ini sehingga keperibadian mereka

salin tidak tumpah dengan keperibadian para Sahabat RA pada zaman dahulu. Hal ini tidak perlu

difikirkan jauh-jauh atau kita cuba menafikannya. Jika kita mahu menjadi salah seorang daripada

Ikhwan, maka ikutlah pimpinan dari Pemuda Bani Tamim. Jika tidak, payahlah harapan kita untuk

menjadi salah seorang daripada anggota Ikhwan itu. Kita tidak mempunyai pilihan yang lain karena

hanya itu saja satu-satunya pilihan yang ada untuk kita pilih – to be or not to be.

Setelah Imam Mahdi muncul kelak, maka Imam Mahdilah yang menjadi pemimpin bagi

golongan Ikhwan ini. Namun kita perlu ingat, Imam Mahdi tidak membentuk golongan Ikhwan ini

setelah beliau muncul kelak, sebab para Ikhwan ini dibentuk sebelum Imam Mahdi muncul, bukan

setelah munculnya. Ini perlu diingat, difahami dan diketahui dengan sebaik-baiknya agar tidak tersalah faham atau sengaja buat-buat tidak faham.

 

18. Tapak Daulah Imam Mahdi Adalah di Timur

A. Dari Abdullah bin Al-Haris RA katanya Nabi SAW bersabda,

“Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala

urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahannya.”

(Ibnu Majah & At-Tabrani)

Hadits ini sungguhpun pendek saja dari segi matannya, sebenarnya mempunyai beberapa

tafsiran dan uraian yang luas dan panjang. Penulis ringkaskan beberapa maksud saja, iaitu yang

penting-penting daripadanya.

1. Orang-orang yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah golongan Ikhwan dan Asoib, tidak

lain dan tidak bukan. Hanya golongan ini saja yang bersungguh-sungguh berjuang untuk

menegakkan pemerintahan yang akan diserahkan kepada Imam Mahdi. Kumpulan-kumpulan

lain tidak akan berjuang menegakkan pusat pemerintahan untuk Imam Mahdi karena masingmasing

sama ada berjuang untuk kepentingan sendiri, atau berjuang tidak di tempat yang

tepat, atau berjuang tidak menggunakan uslub yang sebenar seperti yang digunakan pada

zaman Nabi SAW, atau berjuang tidak pada masa yang sesuai, atau berjuang tidak dipimpin

oleh pemimpin yang sebenar yang ditunjuk oleh Allah SWT untuk zaman itu.

2. Semua pembangun dan pembina pusat pemerintahan Imam Mahdi itu adalah orang-orang

Timur iaitu bangsa yang memang menetap di Timur, yang memeluk agama Islam secara

umumnya, mengamalkan ajaran Islam lebih baik daripada bangsa-bangsa lain. Dari kalangan

merekalah keluarnya Ikhwan ini dan dari kalangan merekalah juga akan munculnya

kebanyakan daripada golongan Asoib. Maknanya, bangsa Timur itulah yang menjadi peneraju

utama kebangkitan semula Islam kali kedua ini, sama seperti bangsa Arab yang menjadi

peneraju kebangkitan Islam kali pertama dahulu.

3. Mereka datang dari sebelah Timur. Maksud Timur sudah dijelaskan dalam bab-bab sebelum

ini. Maka tidak perlu diperpanjangkan lagi penjelasannya di sini.

4. Mereka ini mempersiapkan segala urusan untuk Imam Mahdi. Segala urusan yang

dimaksudkan adalah dari semua segi, yang termampu kita fikirkan dan tidak termampu kita

fikirkan. Hanya golongan Ikhwan dan Asoib ini saja yang benar-benar memahami apa

maksud segala urusan itu. Ini dikarenakan mereka mendapat didikan dan tarbiah secara

langsung daripada Pemuda Bani Tamim, pemimpin sejati mereka. Keadaan ini samalah

seperti para Sahabat RA di Madinah yang mempersiapkan segala urusan pemerintahan untuk

diserahkan kepada Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, segala-galanya

sudah siap sedia dan baginda SAW hanya perlu mentadbirnya saja.

5. Semua urusan ini ketuanya tidak lain dan tidak bukan adalah Pemuda Bani Tamim sendiri.

Beliaulah yang benar-benar memahami segala selok-belok yang dikehendaki dalam

perjuangan menegakkan pemerintahan untuk Imam Mahdi itu. Orang lain tidak akan dapat

memahaminya dengan baik, walau setinggi mana pun ilmu mereka atau sebanyak mana pun

pengalaman mereka. Jika mereka berkumpul beramai-ramai dan berpakat untuk menegakkan

pemerintahan untuk Imam Mahdi sekali pun, pasti tidak akan tercapai dan tetap akan tersasar

dari sasaran karena mereka tidak mendapat panduan sebenar dalam hal ini. Hanya Pemuda

Bani Tamim seorang saja yang boleh melakukan semua ini, dengan tepat dan benar, sesuai

dengan apa yang dikehendaki oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

6. Imam Mahdi itu sungguhpun muncul dan dibaiat di Makkah, pusat pemerintahannya adalah

di Timur karena hal ini sudah dijelaskan oleh hadits ini. Disebutkan bahwa pusat

pemerintahan Imam Mahdi adalah di Timur, iaitu di tempat berkumpulnya para Ikhwan.

Jadi, hadits lain yang menyatakan pusat pemerintahan Imam Mahdi adalah di Syam,

sebenarnya dimaksudkan di Timur ini untuk menyesuaikannya dengan kehendak hadits ini,

bukan lagi Syam yang dekat Syria sana.

19. Imam Mahdi Keluar Ketika Dunia Penuh Kacau-balau

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan keluar pada akhir zaman, ketika bala bencana sedang melanda (dengan amat

hebatnya di seluruh dunia) dan pemberian al-Mahdi itu adalah sangat bererti (menyenangkan).”

(Abu Nuaim)

Manusia apabila sudah begitu lama ketandusan sesuatu yang amat didambakan, walaupun

hanya mendapat sedikit saja daripada nikmat tersebut, mereka akan merasakannya sebagai sesuatu

yang amat besar dan bernilai, lebih daripada yang dirasakan oleh orang yang pernah merasakannya

sebelum itu. Itulah fitrah semula jadi manusia, tidak kira di Timur atau di Barat, kaya atau miskin,

kuat atau lemah, beriman atau tidak beriman dan seterusnya. Dalam hal ini, apabila manusia sudah

dibiasa dan dilalikan dengan peperangan, pergaduhan, pertelingkahan, perselisihan, perbedaan,

perseteruan, perpecahan dan sebagainya sejak sekian lama sehingga mereka tidak pernah merasakan

lagi apa itu keamanan, kedamaian, kesejahteraan, kesentosaan, kebahagiaan dan keadilan, maka

apabila mereka mendapat setitis daripada rasa bahagia tersebut, mereka akan merasakannya sebagai

sesuatu yang amat bernilai dan besar.

Begitulah juga keadaan hati seluruh umat manusia pada hari ini. Mereka sudah dibiasa dan

dilalikan dengan beraneka perseteruan, pertelingkahan dan perpecahan sehingga mereka sudah lupa

apa itu keamanan dan bahagia. Jika mereka memperkatakan pun, mereka sebenarnya tidak tahu apa

yang mereka katakan itu karena mereka sendiri sudah tidak kenal apa itu bahagia dan aman. Apabila

yang memperkatakannya pun sudah tidak faham dan kenal apa yang diperkatakannya, mustahillah

keamanan dan kebahagiaan dapat dicapai oleh masyarakat. Jika aman pun, aman itu adalah aman

menurut kaca mata mereka, bukan aman dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Bahagia juga adalah

menurut apa yang mereka fahami, bukannya bahagia yang hakiki.

Dalam keadaan mereka yang sebegitulah Allah turunkan wakil-Nya untuk membantu

manusia mengecapi apa yang dikatakan aman, bahagia, sentosa, sejahtera, adil, damai dan gembira itu. Orang yang telah sekian lama amat mendambakan kebahagiaan itu, pastilah tidak akan melepaskan apa yang telah mereka dapati melalui Imam Mahdi itu yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka yang mereka akan mendapatinya suatu hari kelak. Maka, Imam Mahdi itu amatlah bererti bagi mereka karena Imam Mahdi telah membantu mereka mengecapi, mengetahui dan memahami sebenar-benarnya apa yang dikatakan bahagia dan aman itu.

Hadits ini juga memberitahu bahwa Imam Mahdi itu amat dihormati dan disayangi oleh

seluruh umat Islam di seluruh dunia pada masa pemerintahannya. Bagi mereka, Imam Mahdi itulah segala-galanya bagi mereka, sehingga mereka merasakan jika tiada Imam Mahdi, apalah mereka. Karena itu, Imam Mahdi sangat disayangi, dikasihi, dihormati dan diutamakan oleh mereka, sehingga melebihi segala-galanya (melainkan Allah). Itulah yang bakal berlaku, iaitu apabila seseorang pemimpin itu berusaha membawa manusia kepada Allah, pasti mereka akan dikasihi dan disayangi oleh sekalian rakyatnya, lebih daripada apa yang mereka jangkakan. Hakikatnya hari ini, manusia menjauhi pemimpin karena pemimpinnya membawa manusia jauh daripada Tuhan. Hasilnya, bukan saja manusia menjauhi Tuhan mereka, malah akan turut menjauhi pemimpin yang membawa mereka menjauhi Tuhan tadi. Tetapi kebanyakan manusia tidak menyedari akan hal ini. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang berjaya membawa sekalian rakyatnya mendekati, mengenali, mencintai dan menyayangi Tuhan. Apabila ini berjaya dilakukan, maka berjayalah pemimpin itu dan berjaya jugalah kepemimpinannya terhadap manusia. Rasulullah SAW berjaya dalam kepemimpinannya adalah karena baginda SAW berjaya membawa hati-hati seluruh umat Islam kepada Tuhan mereka, sehingga hati-hati mereka yang sebelumnya begitu liar, menjadi amat jinak dan mesra dengan Tuhan. Mereka mencintai, menyayangi dan mengingati Tuhan dalam setiap urusan, setiap ketika dan setiap suasana. Mana-mana pemimpin hari ini yang berjaya berbuat demikian, maka itulah dia Sahibul Zaman untuk zaman ini. Tidak perlu syak lagi padanya.

 

20. Penduduk Syam Ditimpa Bencana Hebat

A. Kata Sayidina Ali KMW,

“Sebelum muncul al-Mahdi, turun bencana yang membinasakan umat manusia. Kamu semua

jangan mencela penduduk Syam, karena mereka (paling teruk) ditimpa musibah tersebut.

(Kejadian) yang demikian karena para Wali Abdal adalah lahir dari kalangan mereka. Bencana

tersebut antaranya berupa hujan lebat yang menenggelamkan ramai manusia, sehingga andainya

mereka berhadapan dengan sekumpulan musang saja, nescaya mereka akan dikalahkan (oleh

musang-musang itu). Setelah itu Allah memunculkan al-Mahdi, yang (ketika mula-mula

munculnya itu) berada di tengah-tengah pasukan tentara yang minimumnya berjumlah 12,000

orang (tentara) atau maksimumnya berjumlah 15,000 orang. Tanda-tanda pasukan itu ialah

diperintah dari tiga pasukan berasingan, yang mana ketiga-tiga pasukan itu akan diserang oleh

tujuh pasukan yang lain (dari kalangan as-Sufyani), yang masing-masing ketuanya (sangat)

berminat untuk menjadi Amir. Kemudian al-Mahdi muncul, lantas mengembalikan umat Islam

kepada akhlak yang luhur dan kepada kehidupan yang amat sejahtera. Mereka terus berada

dalam keadaan begini sehinggalah Dajjal keluar (di tengah-tengah manusia).”

(Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah & At-Tabrani)

Kata-kata Sayidina Ali KMW ini menjadi rujukan kebanyakan orang terutamanya kalangan

ahli sufi karena dari ucapan inilah mereka mengetahui bahwa Wali Abdal itu datang dari Syam.

Memang Wali Abdal adalah antara wali yang cukup dihormati karena dekatnya hubungan mereka

dengan Tuhan di samping berkat yang nyata, keluar hasil dari keberadaan mereka di kalangan umat

manusia. Karena itulah mereka ini menjadi antara golongan wali yang sentiasa mendapat perhatian

kebanyakan manusia, dan mereka ini dijadikan wasitah untuk memohon pertolongan Allah kepada

seluruh umat Islam.

Jika demikian, kenapa penduduk Syam masih menerima bencana yang hebat itu? Tidakkah

para Wali Abdal ini mampu menolak bala dengan cara mendoakan kepada Tuhan agar diangkat-Nya

bala tersebut dari mereka? Ada beberapa sebab mengapa umat manusia masih tetap menerima bala

dan bencana dari Tuhan walaupun ada yang bertaraf wali di kalangan mereka itu. Ini disebabkan,

antara lainnya adalah karena,

1. Umat manusia sudah terlalu jauh daripada Tuhan sehingga keberadaan para wali berkenaan

sudah tidak mampu lagi mengangkat dosa-dosa manusia yang sudah terlalu berat itu sehingga

bala yang sepatutnya boleh diangkat, tidak diangkat oleh Tuhan. Akibatnya, mereka tetap

ditimpa bala berkenaan supaya mereka rasakan secebis daripada azab-Nya semasa di dunia

ini. Bagi yang beriman, turunnya bala ini sudah cukup untuk menginsafkan hati mereka.

2. Umat manusia membelakangkan para wali-Nya. Ramai yang sudah menafikan kewujudan

para wali, yang menafikan berlakunya keramat pada wali-wali, yang menganggap para wali

sudah tidak ada lagi pada zaman moden ini, yang menganggap para wali tidak diperlukan lagi

dalam era globalisasi hari ini, dan sebagainya. Apabila para wali dibelakangkan, maka bala

Tuhan sudah tidak dapat lagi disekat-sekat karena pada ketika itu kemurkaan Allah melebihi

daripada rahmat-Nya. Maka diturunkan-Nya sedikit daripada azab-Nya supaya manusia

mahu kembali kepada Tuhan mereka.

3. Manusia sudah tidak malu lagi kepada para wali. Ramai yang sudah tidak tahu adab sopan

ketika bertemu dengan para wali. Ramai yang sudah tidak segan-segan lagi berbuat dosa di

hadapan para wali, dan ramai yang menganggap keberadaan para wali ini hanya menyusahkan

kebebasan kehidupan dunia mereka saja. Karena itu, ramai yang menganggap para wali itu

sama seperti mereka juga, tidak perlu dihormat-hormat, tidak perlu disegan-segankan, dan

ada yang beranggapan jika tiada para wali berkenaan adalah lebih baik daripada adanya dari

kalangan mereka. Ramai yang berkata bahwa para wali itu manusia juga, seperti mereka, ada

salah atau sekurang-kurangnya ada berbuat silap. Maka tidak perlulah dihormat-hormat dan

dilebih-lebihkan. Yang lebih malangnya, ada yang berkata, perbuatan menghormati para wali

secara berlebihan tidak mempunyai dasar dalam agama, dan merupakan suatu perbuatan

bidaah dan boleh merosakkan akidah.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 27 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: