Syiah dan Persoalan Imam Mahdi yang Bernama Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari

Setelah itu, terkenal pulalah Imam Mahdi dalam mazhab Syiah. Jika kita rajin meneliti kitabkitab
Syiah, akan kita temui pula seorang lagi individu yang begitu legenda, yang menurut ajaran
Syiah, peribadi itu diyakini sepenuhnya oleh mereka sebagai Imamul Mahdi al-Muntazar. Disertakan
pula beberapa banyak hadits yang menurut dakwaan mereka adalah hadits-hadits sahih, yang
menceritakan mengenai Imam Mahdi tadi.
Asal-usul bermulanya konsep Imam Mahdi Syiah ini adalah daripada perjuangan kaum Syiah
(Syiatu Ali) yang sedang hebat ditekan oleh pemerintah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah, berusaha
memulihkan kuasa khalifah yang didakwa menjadi hak mutlak Ahlulbait, yaitu (menurut Syiah)
keluarga Ali bin Abi Talib KMW dengan isterinya Siti Fatimah RA, sesudah wafatnya Rasulullah
SAW. Maknanya, munculnya konsep Imam Mahdi bagi Syiah adalah ketahui langsung daripada
sengketa politik mengenai jawatan khalifah antara dua orang sahabat besar RA.
Menurut Syiah, terdapat lebih seribu buah hadits sahih yang menceritakan tentang Imam
Mahdi, sedangkan menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah, jumlahnya yang sahih tidak sampai pun
seratus buah. Itupun setelah dicampur sekali dengan asar para sahabat RA dan ucapan para tabiin.
Begitulah jauhnya beda antara Ahlus Sunnah dengan Syiah.
Bagi kita penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah, hadits-hadits yang dikemukakan oleh orangorang
Syiah itu bolehlah dipartikaikan, malah kebanyakan kita akan menganggapnya sebagai palsu
semata-mata. Namun, atas dasar ilmu, kita patut juga melihat dan mengetahui dalil-dalil yang
dijadikan sandaran oleh penganut mazhab Syiah itu.
Setiap orang yang diberikan hidayah oleh Allah mengetahui bahwa Imam Mahdi yang
ditunggu-tunggu oleh Syiah, sebenarnya tiada dan tidak pernah wujud. Watak Mahdi Syiah itu
dongeng semata-mata. Umat Islam di seluruh dunia telah menderita pelbagai kesusahan, tipuan dan
halangan serta bala akibat kepercayaan mistik Syiah ini, yang amat hebat mempropagandakan Imam
Mahdi mereka.
Seorang ulama terkenal Syiah di Iran, Lutfullah as-Safi Golpaygani, telah mengumpulkan
semua hadits yang menceritakan mengenai Imam Mahdi di dalam kitabnya yang bersifat ensiklopedia,
Muntakhabul Asar Fil Imamus Sani ‘Asyar, yang menurutnya, beliau telah menggabungkan sumber
Ahlus Sunnah dan Syiah. Di dalam kitab besarnya itu, beliau menyalin sebanyak 60 buah hadits
daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah berserta sanad-sanadnya sekali dan 90 buah hadits daripada
mazhab Syiah berserta sanad-sanadnya, yang tujuannya untuk menunjukkan bahwa perkhabaran
mengenai Imam Mahdi bukanlah direka-reka atau tidak mempunyai asas. Berikut adalah senarai
penuh yang beliau berjaya kumpulkan:
1. 91 buah hadits mengenai: “Imam-imam berjumlah dua belas orang, yang pertama adalah Ali
bin Abi Talib dan yang terakhir adalah al-Mahdi.”
2. 94 buah hadits mengenai: “Imam-imam adalah dua belas orang dan yang terakhir adalah al-
Mahdi.”
3. 107 buah hadits mengenai: “Imam-imam adalah dua belas orang, sembilan darinya adalah
keturunan Husain, dan yang kesembilan adalah al-Qaim.”
4. 389 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunanku.”
5. 214 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Ali.”
6. 192 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Fatimah.”
7. 185 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Husain.”
8. 148 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah keturunan kesembilan dari Husain.”
9. 185 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Ali bin al-Husain.”
10. 103 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Imam Muhammad al-Baqir.”
11. 103 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Imam Jaafar Sadiq.”
12. 99 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah keturunan keenam dari Imam Jaafar Sadiq.”
13. 101 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Imam Musa al-Kazim.”
14. 98 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah keturunan kelima dari Imam Musa al-Kazim.”
15. 95 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah keturunan keempat dari Imam Ali Ridha.”
16. 90 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi keturunan ketiga dari Imam Muhammad Taqi.”
17. 90 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah dari keturunan Imam Ali al-Hadi.”
18. 145 buah hadits mengenai: “Al-Mahdi adalah putera Imam al-Hasan al-Askari.”
19. 148 buah hadits mengenai: “Nama bapa Al-Mahdi adalah al-Hasan.”
20. 47 buah hadits mengenai: “Nama dan nama bapa Al-Mahdi adalah separti nama dan nama
bapa Nabi SAW.”
Bagi kita kalangan Ahlus Sunnah, sebahagian besar hadits Syiah yang dikemukakannya itu
tidak dapat diterima, karena tidak menepati kehendak ilmu hadits dalam ajaran kita, tetapi satu perkara
adalah pasti yaitu kedua-duanya sama-sama meyakini dan mempercayai kehadiran Imam Mahdi ke
dunia ini sebelum dunia ini kiamat.
Menurut ajaran tauhid Syiah, kepercayaan kepada Imam, terutamanya Imam Mahdi, adalah
salah satu rukun iman mereka. Malangnya, menurut pandangan dan kajian para sarjana hari ini,
kepercayaan mereka ini dikatakan datang daripada sumber Majusi (Zoroaster) dan Yunani, serta
sebahagian daripada sisa-sisa kepercayaan masyarakat zaman jahiliyah. Benar atau tidak dakwaan
tersebut, tidaklah dapat dipastikan dan tidak pula menjadi masalah bagi kita yang Ahlus Sunnah ini.
Ahlus Sunnah wal Jamaah meyakini bahwa Imam Mahdi itu adalah orang biasa, dilahirkan
oleh seorang wanita biasa, dibesarkan sebagai orang biasa dan menjalani kehidupan sebagai mana
orang biasa pada zamannya. Beliau tidak dikandung, dilahir dan besarkan secara rahsia, oleh seorang
perempuan yang rahsia, dan tinggal di tempat yang rahsia, serta kehilangannya juga rahsia, separti yang
diyakini dan dipercayai oleh golongan Syiah itu.
Maka, pada hari ini, rata-rata golongan Syiah mempercayai bahwa Imam Mahdi al-Muntazar itu
sebenarnya telahpun lahir, tetapi telah ghaib pula, masih belum mati, kini sedang berada di dalam
alam ghaibnya sendiri di atas muka bumi ini dan akan muncul kembali pada akhir zaman kelak, yaitu
apabila masanya telah sampai. Yang berbeda pada pandangan mereka, yakni antara firkah dalam
mazhab Syiah itu sendiri adalah, siapakah dia individu Imam Mahdi yang bakal muncul itu
sebenarnya.
Selain itu, adalah diperingatkan agar berhati-hati dengan kitab-kitab yang menceritakan
mengenai Imam Mahdi ini karena sebahagian kitab yang berada di pasaran adalah kitab-kitab
panduan dan rujukan bagi orang-orang Syiah, bukan untuk kita, golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Bilangan kitab-kitab mereka mengenai Imam Mahdi jauh lebih banyak berbanding kitab-kitab
terkenal ulama kita mengenainya. Eloklah berhati-hati sebelum membaca apa-apa kitab mengenai
Imam Mahdi ini.
Bagi orang ramai yang ingin mengkaji lebih lanjut tentang Imam Mahdi orang-orang Syiah,
bolehlah meneliti kitab-kitab masyhur mereka tentangnya separti yang disenaraikan ini, yang
kebanyakannya berbahasa Arab atau Parsi.
1. Muhammad bin Yaakub Al-Kulaini, Usulul Kafi, Jilid 1.
2. Muhammad Baqir Al-Majlisi, Biharul Anwar, Jilid 46, Jilid 51 dan Jilid 52.
3. Muhammad Baqir Al-Majlisi, Hayatul Qulub.
4. Isbatul Hudat, Jilid 2, Jilid 6 dan Jilid 7.
5. Saad Muhammad Hasan, Al-Mahdiyah Fil Islam.
6. Imamul Faqih Abu Muhammad Abdullah bin Muslim bin Qutaibah Al-Bahili Doonavari, Al-
Imamah was Siyasah, Jilid 2.
7. Syeikh Sulaiman Balkhi, Yanabi’ul Mawaddah, Jilid 1 dan Jilid 2.
8. Naubakhti, Firaqusy Syiah
9. Muhammad Karim Khurasani, Tanbihatul Jaliyyah Fi Kasyful Asrar al-Batiniyah.
10. Mir Khwand, Tarikh-I Raudhatus Shafa, Jilid 4.
11. Zaka’irul ‘Uqbah.
12. Lutfullah as-Safi al-Golpaygani, Muntakhabul Asar Fil Imamus Sani ‘Asyar.
13. Taha Husain, Ali wa Farzandanasy.
14. Subhi Saleh, Nahjul Balaghah.
15. Muhammad Karim Khan, Irsyadul Ulum, Jilid 3.
16. Ibnu Babuyah, Kitab Kamaluddin wan Nikmah, Jilid 2.
17. Sheikh at-Tusi, Kitabul Ghaibah.
18. Sheikh At-Tusi, Al-Istibsar Fiddin.
19. Sheikh At-Tusi, Tahzibul Ahkam.
20. Muhammad bin Saad Katib, At-Tabaqat, Jilid 2.
21. Jami’ Ahadits as-Syiah, Jilid 1 (Pengenalan).
22. Isbatul Wasiyah.
23. Sayid Hashim Bahrani, Tabsiratul Wali Fi Ma Ra’al Qaimul Mahdi.
24. Matolibus Su’al.
25. Kifayatut Tolib.
26. Al-Yawaqit Wal Jawahir, Jilid 2.
27. Sadaratuz Zahab (edisi Beirut), Jilid 2.
28. Al-‘Ibar Fi Khabar Min Ghabar (edisi Kuwait), Jilid 2.
29. Husain bin Muhammad Taqi Nuri, Kasyful Asrar.
30. At-Tabarsi, Kifayatul Muwahhidin, Jilid 2.
31. At-Tabarsi, Al-Ihtijaj.
32. Ibnu Syahr Asub, Manaqib, Jilid 4.
33. Ilzamun Nasab.
34. I’lamul Wara’ (edisi Tehran).
35. Rijal Najasyi, Jilid 2.
36. Fihris Tusi, Al-Istibsar.
37. Al-Jazairi, Anwarun Nukmaniyah (edisi Tibriz), Jilid 2.
38. Rijal Bu Ali.
39. Rijal Mamqani, Jilid 1, Jilid 2 dan Jilid 3.
40. Ayatullah Sadr, Kitabul Mahdiy.
41. Tehrani, Ad-Dhari’ah Ila Tasanifus Syiah, Jilid 5.
42. Al-Hurrul ‘Amili, Wasailus Syiah, Jilid 11.
43. Al-Hurrul ‘Amili, Fusulul Muhimmah.
44. Mustadrak al-Wasa’il, Jilid 2.
45. Al-Arbili, Kasyful Ghummah, Jilid 3.
46. Al-Mufid, Al-Irsyad.
47. Nabil Zarandi, Talkhisi Tarikh.
48. Ali Muttaqi, Kanzul Ummal.
49. Ayatollah Ruhollah Khomeini Mosavi, Al-Hukumatul Islamiyah.
50. Ibnu Abil Hadid Al-Muktazili, Syarah Nahjul Balaghah.
51. Husain Tabatabai, As-Syiah.
52. Ali bin Husain Al-Masudi, Murujuz Zahab.
Selain senarai kitab yang diberikan di atas, masih ada banyak lagi buku tentang Imam Mahdi
yang telah ditulis oleh ulama-ulama Syiah, terutama di Iran, sejak dari dahulu lagi hinggalah ke hari
ini. Oleh itu, sekiranya didapati ada tajuk-tajuk buku, sama ada yang berbahasa Arab, Inggeris atau
Melayu mengenai Imam Mahdi, pastikan terlebih dahulu bahwa buku itu bukan buku golongan Syiah,
dan bukan pula buku-buku karangan pendokong mazhab Wahabi atau Ibnu Khaldun.
Namun, untuk dijadikan sebagai bahan penambah ilmu dan renungan semata-mata, penulis
sertakan juga dalam buku ini beberapa perkara yang ada berkenaan Imam Mahdi golongan Syiah separti
yang terdapat dalam kitab-kitab dan buku-buku karangan para ulama dan sarjana mereka sendiri.
Perhatikan baik-baik berapa besarnya perbedaan antara Imam Mahdi Ahlus Sunnah dengan
Imam Mahdi Syiah ini. Selepas itu, nilailah sendiri sejauh mana kebenarannya berbanding dengan
Imam Mahdi kita yang Ahlus Sunnah ini.
Jawatan: Imam Maksum yang Ke-12 dan terakhir.
Nama: Imam Muhammad bin Imam Al-Hasan Al-Askari.
Bonda: Narjis Khatun, bekas abdi berbangsa Rom.
Tarikh lahir: Jumaat, 15 Syaaban 255 Hijrah (kata satu riwayat).
Tahun 256 Hijrah (kata riwayat lain).
Tempat lahir: Kota Samarra, di utara Iraq (hari ini).
Gelaran: 1) Al-Mahdi, 2) Sahibul Zaman, 3) Al-Hujjah,
4) Al-Muntazar, 5) Al-Imamul ‘Asr, 6) Al-Qaim,
7) Sohibul Amar, 8) Baqiyatullah. 9) Imamul
Khafi
10) Imamul Ghaib
Kuniyat: Abu Kasim.
Salasilahnya: Muhammad Al-Mahdi bin Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi bin Muhammad Taqi
bin
Ali Ar-Ridha bin Musa al-Kazim bin Jaafar As-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin
Ali bin
Sayidina Al-Husain bin Sayidina Ali bin Abi Talib.
Tarikh ghaib: Sekitar tahun 260 Hijrah.
264 Hijrah (menurut riwayat lain).
Sebab ghaib: 1. Dibunuh menggunakan penyodok yang dihayun pada dahinya oleh seorang
wanita tua
Yahudi.
2. Ghaib selepas diisytiharkan sebagai Imam Kedua Belas.
3. Ghaib sejurus sebelum diisytiharkan sebagai Imam Kedua Belas dan terakhir.
Makamnya: Akan dimakamkan di Karbala, Iraq (Karbala adalah tanah suci ketiga bagi golongan
Syiah, selain dari
Makkah dan Madinah).
Menurut Syiah lagi, Imam Mahdi itu kini sedang ghaib. Ghaibnya itu menurut mereka
bukanlah berarti dia berada di dalam gua di Samarra, tetapi berada di alam ghaib di atas muka bumi
ini juga. Imam Syiah ini dikatakan bebas berada di mana-mana jua. Yang berada di gua itu hanyalah
‘makamnya’ saja. Ada dua jenis ghaib yang dimaksudkan untuk Imam Mahdi mereka ini yaitu:
1. Ghaib as-Sughra (Ghaib Kecil), yang bermula pada tahun 260 Hijrah (872M) dan berakhir
pada tahun 329 Hijrah (939M), berlangsung selama kira-kira tujuh puluh tahun.
1. Ghaib al-Kubra (Ghaib Agung), yang bermula dari tahun 329 Hijrah (939M) dan akan
berlanjutan sehingga ke suatu masa yang dikehendaki oleh Allah untuknya menzahirkan diri.
Sepanjang tempoh Ghaib as-Sughra itu, Imam Mahdi telah melantik para wasitah untuknya
berhubung dengan dunia luar, yang lazim disebut sebagai Bab atau Naib. Melalui mereka inilah
Imam Ghaib akan menjawab semua persoalan dan memenuhi keperluan para pengikut Syiah
kepadanya. Imam Ghaib ini hanya datang melalui para Naib atau Bab, atas sebab-sebab yang benarbenar
mustahak saja.
Sepanjang sejarah golongan Syiah, terdapat beberapa orang yang dikatakan telah dilantik sendiri
oleh Imam Mahdi itu sebagai Naib atau Bab, yaitu sepanjang berlangsungnya proses Ghaibat as-
Sughra (Ghaib Kecil) ini. Terdapat perbedaan jumlah dan nama Bab atau Naib mereka itu. Namun
yang paling terkenal di antara mereka dan paling dipersetujui adalah empat orang saja. Mereka
berempat yang dimaksudkan itu ialah:
1. Osman bin Said al-Umri, yaitu salah seorang sahabat bapa dan datuk Imam Mahdi yang sangat
dipercayai. Beliau adalah Bab atau Naib yang pertama bagi Imam Mahdi.
1. Muhammad bin Osman bin Said al-Umri, yaitu anak kepada Osman bin Said, yang dilantik
sebagai Bab kedua, menggantikan bapanya.
1. Abul Qasim Husain bin Roh Nawbakhti, menjadi Bab ketiga dan paling istimewa di antara
empat Bab yang ada.
1. Ali bin Muhammad Simmarri, dilantik menjadi Bab keempat dan terakhir, menggantikan Bab
ketiga. Selepas kematiannya, tidak ada Bab yang dilantik lagi hingga ke hari ini.
Selepas kematian Bab keempat dan terakhir itu, tiadalah lagi Naib Imam, pelantikan Naib
Imam pun berakhir dan yang terpenting sekali, tahap kedua yang disebut Ghaibat al-Kubra pun
bermula, dan akan berterusan hingga ke hari ini dan seterusnya ke hari kiamat, karena yang
sebenarnya, Imam Ghaib mereka ini memang tidak ada, tidak wujud dan tidak akan bangun-bangun
ke dunia ini. Peribadinya tidak dapat dibuktikan telah benar-benar wujud. Hanya kata-kata dari Imam
Kesebelas mereka saja yang dipegang cakapnya, dijadikan sandaran. Tapi tidak boleh benar-benar
dapat dijadikan hujah sungguhpun beliau itu adalah ayah kepada Imam Kedua Belas mereka. Selain
cakap Imam al-Hasan al-Askari sendiri, sumber lain adalah daripada mak cik kepada Muhammad bin
Hasan sendiri (adik kepada ibu Muhammad bin Hasan), yang dikatakan paling banyak menceritakan
mengenai anak saudaranya itu.
Kita pun yakin dan tahu bahwa Bab atau Naib itu sendiri sebenarnya adalah jawatan auta
saja, bukan benar-benar dilantik oleh Imam Mahdi mereka. Dalam Islam, tidak ada suatu jawatan
yang dinamakan Bab atau Naib separti yang difahami dan diamalkan oleh golongan Syiah itu. Kita yakin
bahwa merekalah yang sebenarnya melantik diri mereka sendiri sebagai Naib atau Bab, dan cakap
Imam Mahdi yang dikatakan itu sebenarnya adalah cakap mereka sendiri, cuma disandarkan kepada
Imam Mahdi, supaya orang ramai dengar dan taat. Sebabnya Imam Mahdi mereka itu sudah benarbenar
mati, tidak lagi berada di alam ghaib, sudah benar-benar di alam barzakh, dan sepastinyalah
tidak akan kembali ke dunia ini menjadi Imam Mahdi lagi. Mana mungkin orang yang berada di alam
barzakh boleh mengutus surat kepada yang masih hidup, siap dengan cap-capnya sekali.
Imam Syiah yang kedua belas ini kononnya hanya ditonjolkan kepada pengikut Syiah oleh
ayahnya masa umurnya lima tahun, enam tahun, tujuh tahun atau sembilan tahun, yaitu pada tahun
dia dighaibkan. Riwayat-riwayat yang banyak bertentangan ini menyebabkan kita lebih keliru. Yang
ditonjolkan itu sepatutnya bukanlah budak yang berbadan kecil yang berumur enam tahun, tetapi
seseorang yang sudah pun besar panjang. Menurut beberapa buah riwayat yang mutawatir dalam
mazhab Syiah, yang pernah dilihat oleh mereka itu adalah seorang budak yang comel. Ini
menimbulkan pertentangan yang amat nyata antara dua cerita atau dua riwayat.
Ini berdasarkan riwayat kekeramatan Imam Syiah itu yang antara lain disebutkan, boleh
bercakap kepada orang ketika masih di dalam rahim ibunya, membesar dengan pantas, sehingga
ketika umurnya baru enam tahun sudah pun macam orang dewasa, dibesarkan oleh burung-burung,
boleh memahami bahasa sekalian binatang, boleh mendengar doa orang yang jauh daripadanya, boleh
muncul dan hilang pada bila-bila masa dan sebagainya. Sayang, semua cerita ini tidak dapat
dipertahankan kebenarannya karena tiada saksi yang benar-benar diyakini, melainkan cerita daripada
pihak kedua atau ketiga ataupun keempat saja, bukan sumber aslinya. Demikianlah cerita golongan
Syiah dengan Imam Mahdi yang mereka percayai dan yakini itu.
Berdasarkan riwayat-riwayat yang amat jauh bertentangan itulah dibuat andaian bahwa,
sama ada salah satunya betul atau kedua-duanya tidak betul. Adalah mustahil sama sekali dapat
dikatakan bahwa kedua-dua cerita itu betul. Dan pada pendapat kita yang Ahlus Sunnah ini, keduadua
riwayat itu adalah tidak betul atau diada-adakan. Kedua-duanya tidak dapat dipercayai dan
dipegangi sebagai hujah yang kukuh. Kedua-dua cerita mereka tadi hanyalah cerita berdasarkan
penglihatan kali pertama, bukan orang yang mereka betul-betul kenali batang tubuhnya. Periwayatperiwayatnya
sendiri mengaku bahwa mereka tidak pernah melihat budak kecil itu sebelum ini dan
tidak pula pernah melihatnya lagi selepas itu.
Pada hari ini, di pinggir kota Samarra itu, para pengikut Syiah Imamiah setiap hari
memanggil-manggil Imam Mahdi mereka supaya segera bangun. Setiap hari, selepas sembahyang
maghrib, mereka akan duduk di pintu gua berkenaan beramai-ramai lalu memanggil-manggil nama
Imam Mahdi mereka itu supaya lekas bangun. Ini dilakukan berterusan sehinggalah ke pagi hari.
Selepas itu mereka akan pulang semula ke rumah masing-masing. Maghrib besoknya, mereka datang
lagi dan memanggil-manggil nama Imam mereka itu. Begitulah setiap hari mereka lakukan, dan
begitulah dari masa ke masa amalan yang mereka lakukan. Sudah beratus-ratus tahun mereka
amalkan perbuatan ini, turun-temurun dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Percaya Kepada Raj’ah
Raj’ah adalah kepercayaan paling mengarut dalam ajaran Syiah. Nampaknya golongan Syiah pada
hari ini coba menutup soal ini serapat-rapatnya, sehingga ramai orang bukan Syiah pada hari ini sudah
tidak berapa perasan lagi mengenainya. Di dalam buku-buku baru yang dikarang oleh ulama Syiah
moden, masalah ini nampaknya tidak disentuh lagi, atau coba ditutup. Mungkin karena mau meraih
simpati dan sokongan daripada pengikut Ahlus Sunnah kepada mereka. Para simpati Syiah hari ini
yang semakin ramai di Malaysia juga tidak berapa perasan akan hal ini, atau sengaja buat-buat tidak
perasan.
Seorang ulama Syiah yang terkenal, Al-Mufid, telah menulis di dalam kitabnya, Al-Irsyad,
yang katanya, berikut ini adalah merupakan sebuah hadits atau ucapan Imam mereka, yang
terjemahannya kira-kira begini:
Apabila bangkit Al-Qaim, akan dibangkitkan sama pembunuh Sayidina Al-Husain. Mereka
akan dihidupkan semula lalu dibunuh dengan dihukum pancung di khalayak ramai, malah bapabapa
pembunuh itu pun akan turut dibangkitkan dan dihukum.
Berdasarkan riwayat itu, kita mengetahui bahwa mempercayai Raj’ah adalah cabang besar
daripada kepercayaan terhadap Imam Mahdi mereka. Maknanya, Imam Mahdi mampu
menghidupkan semula (atau Allah berikan kepadanya keistimewaan untuk menghidupkan) orang
yang telah mati untuk diberi pembalasan di atas dunia ini, lalu dimatikan lagi untuk menerima
pembalasan di akhirat kelak. Hanya di hadapan penyokong Ahlus Sunnah perkara ini seakan-akan
coba ditenggelamkan atau dikecilkan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
mendapatkan sokongan dan simpati daripada mereka. Selanjutnya, menurut al-Irsyad lagi, Imam
Jaafar Al-Baqir pernah berkata mengenai hal raj’ah ini, yang dalam bahasa Melayunya kira-kira begini:
“Apabila bangun Al-Qaim yang dari ahli keluarga Nabi Muhammad SAW, maka akan
dibangkitkan semula 500 orang (pemimpin) dari kaum Quraisy lalu dipancung leher mereka.
Kemudian dihidupkan semula 500 orang (pemimpin) lagi lalu dipancung leher mereka, kemudian
500 lagi hinggalah dibuat separti itu sebanyak enam kali.”
(Al-Mufid, al-Irsyad, hal. 364)
Kita yang Ahlus Sunnah yakin bahwa Imam Jaafar al-Baqir tidak pernah berkata demikian,
karena beliau bukanlah seorang yang pendendam separti yang diceritakan oleh penganut Syiah yang
amat fanatik ini. Para Imam Syiah itu juga tidaklah pernah membuat apa-apa kenyataan yang bersifat
balas dendam separti itu. Mereka adalah orang-orang yang sangat mulia pada pandangan seluruh
umat Islam, amat bertakwa kepada Allah SWT dalam segala perbuatan mereka, akhlak mereka amat
terpuji dan tinggi, iman mereka amat tebal dan mereka amat terpilih di antara sekalian umat ini.
Keturunan mereka juga amatlah mulia di kalangan sekalian manusia ini.
Mustahillah orang-orang yang separti itu sifat dan keadaannya, masih lagi mempunyai sifat
pendendam yang amat tebal terhadap umat Islam yang lain, terutama yang Ahlus Sunnah. Juga
mereka tidak mendendami keturunan
Sayidina Muawiyah atas segala kelakuan mereka itu kepada para Ahlulbait. Dan kita juga yakin, Imam
mereka itu sebenarnya adalah para pengikut Ahlus Sunnah yang sangat taat dan amat saleh, bukannya
berfaham Syiah. Taraf mereka adalah para wali yang istimewa, bukannya orang biasa separti kita ini,
atau separti pengikut Syiah sendiri.
Lebih mengarut lagi ialah para Imam mereka yang sebelas orang itu akan turut dibangkitkan
untuk diberi kesempatan memerintah pada akhir zaman, bergilir-gilir seorang lepas seorang mengikut
urutan sehingga sampai kepada Imam Mahdi mereka. Ini berlaku karena kononnya masa hayat
mereka dahulu, mereka tidak diberikan kesempatan untuk memerintah dunia ini dalam arti kata yang
sebenarnya. Begitu jauh mengarutnya kepercayaan Syiah terhadap raj’ahnya para Imam mereka.
Imam-imam Syiah Ditunjuk Secara Batang tubuh
Sebuah kitab hadits yang paling sahih bagi orang-orang Syiah, yang setaraf dengan Kitab
Sahih Al-Bukhari bagi Ahlus Sunnah, yang namanya Yanabi’ul Mawaddah, susunan Syeikh
Sulaiman al-Balkhi, ada meriwayatkan sebuah hadits sahih mengenai Imam Maksum mereka yang
dua belas orang itu, yang kononnya nama kesemuanya telah ditunjukkan secara batang tubuh oleh
Rasulullah SAW. Hadits itu yang diterjemahkan berbunyi kira-kira begini:
Abu Sulaiman yang berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW dan Ahlulbaitnya berkata,
“Pada malam aku Mikraj, Allah berfirman kepadaku: “Lihatlah di sebelah kanan Arasy.”
Lalu aku berpaling ke arahnya, maka aku dapati Ali, Fatimah, Hasan, Husain, Ali bin
Husain, Muhammad bin Ali, Jaafar bin Muhammad, Musa bin Jaafar, Ali bin Musa,
Muhammad bin Ali, Ali bin Muhammad, Hasan bin Ali dan Muhammad Al-Mahdi bin
Hasan, separti cakerawala yang berpusing-pusing di kalangan mereka. Dan Dia berfirman:
“Wahai Muhammad, mereka itulah hujah-hujah-Ku ke atas hamba-hamba-Ku, merekalah Wasiwasi-
Ku.”
(Yanabi’ul Mawaddah, hal. 487)
Hadits separti ini tidak pernah ditemui di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah, walaupun hadits
yang tarafnya amat dhaif sekalipun. Hadits ini sebenarnya bernafaskan ayat al-Quran dan hadits-hadits
mengenai peristiwa Mikraj Rasulullah SAW ke langit. Ketika sampai ke sebelah kanan Arasy,
Rasulullah SAW telah diperintahkan oleh Allah untuk melihat ke sebelahnya, yaitu kepada malaikat
Jibril AS. Pada masa inilah Rasulullah SAW melihat rupa bentuk sebenar malaikat Jibril, dengan
rupanya yang asal dan saiz yang asal juga, maka mereka semakin rapat dan rapat hingga jarak antara
Rasulullah SAW dengan malaikat Jibril itu hanyalah lebih kurang sedepa saja, atau di dalam
haditsnya disebutkan sejauh busur panah saja.
Itu riwayat di dalam hadits yang terdapat di kalangan Ahlus Sunnah. Tetapi orang-orang Syiah
telah menukar makna ayat al-Quran dan matan hadits tersebut dengan lafaz yang amat jauh daripada
Ahlus Sunnah. Hasilnya lahirlah beberapa buah hadits yang mengambil sempena daripada peristiwa
Mikraj Rasulullah SAW itu. Antara hadits itu adalah separti yang diberikan di atas. Di dalam hadits di
atas, tempat malaikat Jibril AS telah ditukar kepada Imam-imam mereka, karena mereka berkeyakinan
bahwa Imam-imam mereka adalah lebih sempurna dan afdhal daripada malaikat Jibril. Karena itu,
tidaklah mengapa jika tempat malaikat Jibril digantikan dengan para Imam mereka yang maksum itu.
Imam Mahdi Syiah Adalah Imam Ghaib
Kitab Yanabi’ul Mawaddah juga mengakui bahwa Imam Mahdi mereka adalah imam yang
ghaib karena terdapat sebuah hadits yang menyebutkan demikian. Hadits tersebut terjemahannya
berbunyi kira-kira begini:
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, beliau bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah Al-Qaim
dari anak cucumu akan ghaib?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya.” Lalu baginda SAW
bersabda, “Wahai Jabir, ini adalah salah satu urusan dari urusan Allah, dan salah satu rahsia
dari rahsia-rahsia Allah. Engkau jauhilah daripada syak karena syak pada urusan Allah
adalah kufur.”
(Yanabi’ul Mawaddah, hal. 489)
Ahlus Sunnah juga mempercayai bahwa Imam Mahdi adalah iman yang ghaib, tetapi tidak
semua yang mempercayainya. Konsep imam yang ghaib ini hanya dipercayai oleh kalangan ahli
tasawuf dan para pengikut mereka saja, tidak dibawa kepada orang awam. Ahli-ahli tasawuf ini
mendasarkan kepercayaan mereka itu kepada hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal
RH. Haditsnya itu ada penulis sertakan pada bahagian berikut nanti, dan sesiapa yang mau
membandingkan hadits Imam Ahmad bin Hanbal itu dengan hadits golongan Syiah di atas, bolehlah dilihat
ke bahagian berkenaan.
Konsep imam ghaib Ahlus Sunnah ini nyata jauh berbeda daripada konsep imam ghaib bagi
golongan Syiah, yang secara jelas menyatakan bahwa sesiapa yang tidak mempercayai keghaiban imam
mereka, dihukumkan kufur. Ini jelas diambil dari maksud zahir hadits yang diriwayatkan oleh mereka.
Maknanya, mempercayai Imam Mahdi sebagai ghaib adalah merupakan salah satu cabang rukun iman
yang wajib diketahui, diyakini dan disampaikan bagi sekalian pengikut mazhab Syiah.
Dan berdasarkan pengamatan penulis sendiri, setelah melihat kepada susur sanad dan rawi
hadits yang dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal RH itu, kemudian membandingkannya dengan
susur sanad dan rawi hadits Syiah itu dengan teliti, tidaklah salah rasanya jika dikatakan bahwa golongan
Syiahlah yang sebenarnya meniru konsep imam ghaib daripada Ahlus Sunnah. Ini berdasarkan
senarai rawi golongan Syiah yang lebih panjang dan bercelaru, selain langsung tidak dikenali oleh kita
sedangkan rawi dalam hadits Imam Ahmad itu adalah jauh lebih mantap dan lebih berwibawa dengan
jarah wat takdil yang terang jelas.
Kesimpulannya, Syiah meletakkan Imam Mahdi mereka sebagai seorang yang sangat
istimewa, lebih istimewa daripada Rasulullah SAW sendiri. Imam Mahdi mereka adalah imam yang
maksum, setaraf dengan rasul-rasul karena menurut Ahlus Sunnah, hanya rasul-rasul saja yang
maksum. Bagi yang selain rasul dan nabi, atau golongan wali-wali disebut mahfuz. Imam Mahdi
mereka akan menyempurnakan syariat Islam yang dibawa oleh baginda SAW, karena syariat Islam
masih belum sempurna dibawa oleh baginda SAW. Penyempurnanya adalah Imam Mahdi.
Imam Mahdi Syiah setaraf dengan Tuhan karena mengetahui setiap sesuatu. Sifatnya yang
sempurna dalam pemerintahan menjadikannya setaraf dengan Tuhan karena setiap sesuatu tunduk
dan patuh kepada Imam Mahdi termasuk setiap atom/zarah dan alam malakut. Imam Mahdi juga
mampu membangkitkan orang yang telah mati, sebelum lagi dibangkitkan manusia di Padang
Mahsyar. Imam Mahdi Syiah juga tidak akan mati melainkan dengan izinnya sendiri. Imam Mahdi
juga mempunyai sifat tidak pernah lupa. Dan banyak lagi perkara yang menakjubkan mengenai diri
Imam Mahdi dan Imam-imam mereka. Kebanyakannya melebihkan Imam-imam itu daripada rasulrasul
sendiri dan setara dengan sifat Allah. Lihatlah kitab-kitab Syiah sendiri jika maukan lebih
maklumat mengenainya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: