Kemunculan Dajjal, Mosyiakh Laknatullah

Banyak istilah Arab dan Yahudi yang bunyinya hampir sama. Yang paling senang diingat ialah sebutan nombor dari satu hingga sepuluh, yang kesemuanya amat hampir bunyinya. Contoh lain ialah kebanyakan huruf sin dalam sebutan Arab, sama dengan syin bagi sebutan Yahudi.

Umpamanya kalimah Salam dalam bahasa Arab, disebut Syalom dalam bahasa Yahudi. Nabi Isa dalam bahasa Arab sedangkan orang Yahudi menyebutnya Yasyuk. Dan begitulah sebaliknya, huruf syin dalam bahasa Arab, bersamaan dengan sin dalam sebutan Yahudi.

Dalam hal ini, perkataan Al-Masih dalam bahasa Arab bermaksud yang ditunggu, yang dinantinanti.

Orang Yahudi menyebutnya sebagai Mosyiakh.

Perkataan Arab Masikh, iaitu Nabi Palsu, sama bunyi sebutannya dengan Mosyiakh, dalam

bahasa Yahudi, bermaksud yang ditunggu-tunggu atau dinanti-nantikan. Dan orang-orang Yahudi

tidak pernah menyebutkan siapa dia Masikh yang dimaksudkan itu, sama ada Nabi Isa AS atau Imam

Mahdi AS ataupun Dajjal.

Berdasarkan pengertian harfiah tersebut, jelaslah bahwa orang-orang Yahudi sedang

menunggu-nunggu datangnya Mosyiakh untuk memimpin mereka, yang dapat difahami bahwa

orang-orang Yahudi akan mengikut Nabi Palsu (Mosyiakh), dan sekali lagi akan menolak Nabi Isa

AS, iaitu Al-Masih yang sebenarnya. Dan keluarnya Dajjal kelak, akan menjadi Mosyiakh terbesar

bagi mereka dan memimpin mereka untuk menguasai semula dunia. Pada masa itu, mereka akan

bersatu di bawah pimpinan Dajjal menentang kuasa Islam yang sedang menguasai seluruh dunia

ketika itu. Itu adalah pengertian daripada istilah yang secara harfiah, bukan menurut erti hakikatnya.

Selain itu, menurut bahasa Arab juga, perkataan Al-Masih diambil dari perkataan Yahudi

masyiha bermaksud Al-Masmuh iaitu yang dimaafkan atau yang diampunkan atau yang dibebaskan.

Perkataan ini adalah sesuai untuk Nabi Isa AS, bukannya untuk Dajjal. Ini bermaksud Nabi Isa AS

adalah orang yang maafkan atau diampunkan atau orang yang dibebaskan daripada kesesatan umat

Kristian di seluruh dunia yang menjadikannya sebagai tuhan ketiga.

Perkataan Al-Masih yang digunakan di hadapan nama Nabi Isa AS dan di hadapan nama

Dajjal itu adalah isim sifat yang diambil dari perkataan masaha yang bererti dihapuskan. Bedanya,

kalimah Al-Masih untuk Nabi Isa AS bererti dihapuskan kesalahan-kesalahannya manakala bagi

Dajjal pula, kalimah Al-Masih itu bererti dihapuskan kebaikan-kebaikannya.

Perkataan Al-Masih juga diambil dari kata yamsahu iaitu bererti dipermudahkan jalannya

iaitu berjalan ke sana ke mari di atas dunia ini dengan kadar yang amat cepat, atau ringkasnya disebut

penjelajah dunia. Memang Dajjal itu dipermudahkan jalannya oleh Allah SWT sehingga dia hanya

perlu berjalan beberapa langkah saja untuk sampai ke mana-mana pun di atas muka bumi ini.

Tujuan mereka adalah untuk menyesatkan seluruh umat manusia dari jalan yang lurus dan mereka

juga tidak mahu menerima dakwah Islamiah yang dibawa oleh Imam Mahdi.

Hal ini tidaklah mustahil atau sukar karena menurut sejarah pun, memang bangsa Yahudi

adalah bangsa yang paling keras hati, paling degil dan paling susah menerima dakwah para rasul

mereka. Sebab itulah, hampir dua pertiga daripada rasul yang ada, adalah datangnya dari bangsa

Yahudi. Rasul-rasul yang paling banyak wafat dibunuh oleh sesuatu kaum pun adalah dari kalangan

bangsa Yahudi. Mereka cukup susah menerima dakwah mana-mana rasul pun, termasuk Nabi Musa

AS dan Nabi Isa AS dahulu. Maka tidak hairanlah jika Nabi Isa AS turun semula ke dunia nanti,

beliau pun akan tetap ditolak oleh kalangan bangsa Yahudi yang cukup keras hati, paling degil dan

paling susah menerima dakwah itu. Mereka lebih rela menerima kematian di tangan Nabi Isa AS

daripada mengubah iktikad mereka yang salah dan sesat itu yang diwarisi daripada nenek moyang

mereka dahulu kepada agama Islam yang suci.

Mereka lebih rela mengikut ajakan Dajjal yang mengutamakan dunia itu, sehingga jadilah

mereka sebagai ahli dunia yang sejati. Mereka adalah bangsa yang lebih cenderung melakukan

kejahatan dan kezaliman, serta kesesatan akidah. Lihatlah bagaimana sewaktu Nabi Musa AS

bermunajat di Bukit Tursina dahulu, bangsa Yahudi yang hanya ditinggalkan selama empat puluh hari

saja, sudah berbalik mengikut ajakan Dajjal Muda (ketika itu digelar Samiri, karena dia berasal dari

Kampung Samir, di Mesir) yang menyeru mereka supaya menyembah anak patung lembu yang

diperbuat daripada emas dan boleh bercakap-cakap. Mereka juga menyembah api dan meninggalkan

Allah, Tuhan yang menciptakan api yang mereka sembah itu.

Demikianlah serba sedikit mengenai Dajjal, makhluk yang amat dahsyat fitnahnya terhadap

manusia dan seluruh dunia ini, yang tidak pernah berlaku lagi sebelumnya peristiwa yang sedahsyat

dan sebesar ini. Itulah sekali dan tidak akan ada kali keduanya lagi di atas dunia ini. Dan dalam

bahagian ini, tumpuan tidak diberikan kepada peribadi Dajjal itu, hanya disorot sekali lalu saja,

karena tumpuan utama kita ialah kepada umat Islam dan pemimpin mereka iaitu Imam Mahdi. Bukan

tempatnya di dalam buku ini untuk memperincikan mengenai peribadi yang bergelar Dajjal As-Samiri

Laknatullah itu.

1. Tempoh Keluarnya Dajjal Dengan Penaklukan Eropah Adalah

Setahun

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan memerangi Romawi selama tiga hari. Pada hari ketiga itulah Romawi runtuh.

Kemudian mereka menyerang Kostantinopel. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan emas

(rampasan perang) di Kostantinopel dengan menggunakan belakang perisai, tiba-tiba ada orang

yang berteriak, “Sesungguhnya Dajjal telahpun menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.”

B. Sabda Nabi SAW,

“… (haditsnya panjang, dipendekkan) … apabila datang kepada kamu semua seorang peneriak

yang meneriakkan, “Sesungguhnya Dajjal telah keluar!” Maka mereka pun semuanya

meninggalkan seluruh harta-benda yang ada dan terus pulang ke rumah masing-masing.”

C. Dari Abdullah bin Busri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“(Jarak masa) antara pembantaian (Malhamah al-Uzma) dan penaklukan kota-kotanya adalah

enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh.”

(Ibnu Majah)

D. Dari Muaz bin Jabal RA, dari Nabi SAW bersabda,

“(Jarak masa antara) pembantaian paling besar (Malhamah al-Uzma), penaklukan

Kostantinopel (Eropah) dan keluarnya Dajjal adalah dalam masa tujuh bulan.”

(Ibnu Majah)

E. Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda,

“Orang-orang Rom akan ditawan oleh seorang pemimpin dari ahli keluargaku yang namanya

sama dengan namaku. Mereka akan bertempur di suatu tempat yang bernama Al-Imaq, lalu

sepertiga daripada tentara Islam terbunuh. Mereka berperang lagi besoknya dan sepertiga daripada

tentara Islam terbunuh. Pada hari ketiga, mereka berperang lagi dan tentara Rom ditewaskan.

Mereka akan terus berada di sana sehinggalah mereka membuka Kostantinopel. Pada ketika

itulah datang seorang pembawa berita yang menyatakan bahwa Dajjal telah pun keluar dan

menundukkan keluarga-keluarga mereka.”

(Ibnu Hibban, At-Tarmizi, At-Tabrani, Al-bazar, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Hadits-hadits ini menjelaskan tempoh penaklukan umat Islam terhadap seluruh Eropah. Jika

kita mahu mencantumkan antara beberapa keterangan seperti di atas, kita akan dapati suatu jalan

keluar yang amat molek dan tepat dengan apa yang dikehendaki oleh baginda SAW sendiri. Tempoh

yang dimaksudkan itu adalah tujuh tahun tujuh bulan dan tiga hari iaitu menurut ukuran pada orangorang

Islam. Dan seperti yang dijelaskan, Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh , atau lebih

tepat lagi setahun selepas seluruh benua Eropah berjaya ditawan oleh tentara Islam dan pasukan

tentara Islam itu masih belum sempat pulang ke rumah masing-masing.

2. Jangan Ambil Harta Ghanimah Ketika Dajjal Keluar

A. Sabda Nabi SAW,

“Sesungguhnya pasukan yang akan menundukkan Kostantinopel adalah pasukan (dari) Hijaz.

Mereka memperolehi harta yang amat banyak yang belum pernah ada yang menyamainya.

Kemudian mereka dikejutkan oleh (suara) orang yang meneriakkan tentang keluarnya Dajjal.

(Setelah mendengarkan hal itu) mereka lantas membuang harta-harta tadi semahu-mahunya. Ada

di antara mereka yang mengambil (harta itu lalu dibawa pulang) dan ada pula yang tidak

mengambilnya. Setiap yang bertaubat, maka mereka tidak mengambil harta-harta (ghanimah) tadi

walau sedikit pun. Kemudian mereka (berundur) melanjutkan perjalanan ke kampung mana pun

yang terdekat dengan Baitulmaqdis.”

(Al-Hakim)

Semasa Dajjal keluar ke dunia ini, umat Islam dilarang mengambil harta benda. Biarkan

saja di mana harta itu terletak karena apabila Dajjal keluar, harta benda tadi tidak akan berguna lagi.

Yang berguna pada masa itu adalah bekalan makanan saja karena apabila Dajjal keluar, semua jenis

makanan semakin sukar didapati di mana-mana saja di atas muka bumi ini. Apa gunanya harta

benda jika makanan tiada? Sebab itulah kita disuruh tinggalkan saja harta benda yang ada, dan

kumpulkan apa-apa saja makanan yang dapat dikumpulkan.

3. Datang Khabar Dajjal Telah Keluar

A. Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda,

“Orang-orang Rom akan ditawan oleh seorang pemimpin dari ahli keluargaku yang namanya

sama dengan namaku. Mereka akan bertempur di suatu tempat yang bernama Al-Imaq, lalu

sepertiga daripada tentara Islam terbunuh. Mereka berperang lagi besoknya dan sepertiga daripada

tentara Islam terbunuh. Pada hari ketiga, mereka berperang lagi dan tentara Rom ditewaskan.

Mereka akan terus berada di sana sehinggalah mereka membuka Kostantinopel. Pada ketika

itulah datang seorang pembawa berita yang menyatakan bahwa Dajjal telah pun keluar dan

menundukkan keluarga-keluarga mereka.”

(Ibnu Hibban, At-Tarmizi, At-Tabrani, Al-bazar, Abu Nuaim & Al-Hakim)

Hadits ini adalah lanjutan daripada penerangan yang telah diberikan sebelumnya. Oleh itu,

tidaklah perlu lagi dihuraikan maksudnya pada bahagian ini.

4. Umat Islam Hidup Sengsara Semasa Dajjal Keluar

A. Haditsnya panjang, dipendekkan… Rasulullah SAW ditanya lagi,

“Bagaimanakah kelajuan perjalanannya di bumi?” Jawab Rasulullah, “Seperti hujan yang ditiup

angin. Dalam tiga tahun sebelumnya, tidak ada hujan dan sudah tidak ada tumbuh-tumbuhan.

Dalam tahun kedua, air dan tumbuh-tumbuhan hanya tinggal dua pertiga saja dan pada tahun

ketiganya pula, semuanya sudah tidak ada lagi.” Waktu itu, tidak ada pokok yang mengeluarkan

buah-buahan melainkan habis (mati), kecuali yang disisihkan oleh Allah.” Rasulullah SAW

ditanya lagi, “Wahai Rasulullah, kalau begitu keadaannya, apakah yang akan dimakan oleh

umat manusia?” Rasulullah menjawab, “Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir pada masa itu

berfungsi seperti makanan.”

Setelah Dajjal muncul, umat Islam terkepung di beberapa tempat dan berkumpul di tempattempat

itu. Tidak lama selepas itu, kekurangan makanan pula berlaku dan diikuti tidak lama selepas

itu oleh kebuluran. Umat Islam kian dicengkam oleh kelaparan yang amat sangat sehingga

kebanyakan mereka yang sudah tidak tahan dengan keadaan ini akhirnya mengalah kepada Dajjal.

Ada yang bertahan tetapi terpaksa memakan apa-apa saja seperti kertas lama yang dicelup ke dalam

air, batang-batang kayu dan tulang-tulang kering yang ditumbuk halus-halus. Bagi golongan yang

lebih takwanya mereka hanya makan dan minum melalui zikir-zikir yang mereka amalkan sehari-hari itu.

5. Ujian Dajjal Amat Berat

A. Sabda Nabi SAW,

“Pada akhir zaman nanti, akan ada ujian yang amat berat sehingga manusia (yang beriman)

akan diasingkan (daripada orang-orang kafir, syirik, fasik, munafik dan asi) seperti emas

diasingkan daripada batu dan besi.”

B. Kata Hasan bin Atiyah RH, sabda Nabi SAW,

“Yang akan (benar-benar) terselamat daripada fitnah Dajjal itu (dari kalangan orang-orang yang

beriman) hanyalah dua belas ribu orang lelaki dan tujuh ribu orang wanita.”

(Abu Nuaim)

Keadaan ini adalah sebagai penjelasan saja kepada penjelasan yang telah diberikan sebelum

ini. Ujian yang dibawa oleh Dajjal amat berat hingga tidak tertanggung oleh ramai manusia. Akhirnya

ramai yang mendapatkan Dajjal sambil mengaku ketuhanannya. Dengan ini terlepaslah mereka

daripada derita dunia yang sementara dan jadilah mereka in sebagai pengikut Dajjal. Hal ini bukan

saja berlaku kepada penganut-penganut agama lain di dunia ini, malah ramai juga umat Islam yang

berpaling dan mengikut Dajjal karena mereka mahukan makanan dan minuman yang dibawa olehnya

itu supaya mereka terselamat daripada kebuluran yang amat bermaharaja lela.

Yang benar-benar terselamat daripada fitnah Dajjal seperti yang dimaksudkan itu bukanlah

benar-benar sejumlah yang dinyatakan itu. Jumlah yang dinyatakan itu adalah dari kalangan

pemimpin-pemimpin kanan mereka yang tidak tergugat hati dan iman mereka terhadap ujian Dajjal

itu. Bagi mereka ujian Dajjal ini adalah kecil saja karena bentuk ujiannya itu dapat dilihat dengan

mata kasar dan sudahpun diketahui sejak awal-awal lagi. Ada ujian yang lebih halus dan tidak berapa

disedari oleh hati manusia, dan bentuk ujian yang seperti inilah yang lebih mereka takutkan jika

dibandingkan dengan ujian Dajjal itu.

Malah dengan turunnya Dajjal itu, iman mereka yang seramai ini semakin bertambah tebal

dan keyakinan mereka semakin bertambah kental. Mereka yakin seyakin-yakinnya bahwa memang

inilah Dajjal seperti yang telah disabdakan oleh baginda SAW dalam banyak haditsnya yang

diriwayatkan orang. Karena itu mereka tidak pernah takut terhadap ancaman dan dugaan Dajjal itu

dan mereka juga bertambah yakin bahwa Nabi Isa AS akan benar-benar turun untuk menyelamatkan

mereka daripada Dajjal itu.

Orang-orang Islam yang lain itu juga terselamat daripada fitnah Dajjal tetapi ada yang hanya

mampu bersabar dan ramai pula yang kurang sabar dengan keadaan yang amat tidak menyenangkan

mereka itu. Mereka ini bukanlah golongan yang akan mendiami kedudukan syurga yang tinggi kelak,

mereka hanya akan mendapat kedudukan syurga yang biasa, sesuai dengan tahap kesabaran dan

keimanan masing-masing. Setiap orang daripada mereka ini akan melapik perut dengan batu besar

untuk mengelakkan dari rasa pedih di dalam perut karena telah sekian lama tidak menerima makanan.

Jika makan pun, tiada yang benar-benar berkhasiat dan enak. Air susah didapati manakala makanan

hampir tiada lagi diperoleh walau di mana pun.

Ingatlah, hati yang tidak kuat dengan Allah SWT adalah hati yang lemah, sakit dan tidak

pernah puas dan tenang. Itulah yang akan terjadi kepada manusia yang hatinya bertumpu kepada

dunia semata-mata tanpa memikirkan makanan rohnya yang mesti diutamakan. Makanan hati ialah

zikir dan menimba ilmu yang yakin. Orang yang kuat keyakinan kepada Allah SWT tidak pernah

gentar menghadapi perjalanan hidup. Apa saja cubaan yang datang akan dihadapi dengan tenang

dan mereka juga tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang bentuk dugaan dan tarikan. Akhirnya

mereka inilah golongan yang berjaya di dunia dan berjaya pula di akhirat.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: