Ringkasan Mengenai Imam Mahdi

Untuk memudahkan pemahaman dan pengajian mengenai aspek-aspek penting Imam

Mahdi, berikut ini diperturunkan ringkasan mengenai beliau, berdasarkan hadits-hadits yang telah

disebutkan terdahulu dan juga daripada penulisan ulama yang mengkaji tentang Imam Mahdi secara

tepat. Hal ini dilakukan oleh beberapa orang ulama dahulu dan sekarang, dengan tujuan menjadikan

pembacaan lebih pantas, terutama untuk memahami beberapa perkara ang agak sulit untuk difahami

sebelumnya. Dalam hal ini, penulis lebih banyak menggunakan pendapat sendiri iaitu hasil apa yang

difahami daripada hadits-hadits yang telah dikaji dan diteliti. Namun, dasarnya adalah diambil daripada

pendapat penulis lain yang telah sedia mendahului.

1. Keturunan Imam Mahdi

Beliau adalah salah seorang Ahlulbait yang datang dari keturunan Rasulullah SAW, seperti

yang disebutkan dan diakui oleh baginda SAW sendiri, iaitu melalui anaknya Sayidatina Siti Fatimah

az-Zahra RA, dengan suaminya Sayidina Ali KMW, melalui anak mereka Sayidina Husain dan

Sayidina Hasan RA. Kemudian dari keturunan kedua-duanya bercampur lagi dengan keturunan

Sayidina Abbas RA, bapa saudara Rasulullah SAW. Dari salasilah pula, nyatalah lebih berat

keturunannya kepada Sayidina Husain daripada Sayidina Hasan RA. Oleh itu, lazimlah disebutkan

oleh sekalian umat Islam bahwa Imam Mahdi itu adalah dari anak cucu Sayidina Husain RA saja.

Ringkasnya Imam Mahdi adalah seorang yang berketurunan Arab, dari suku Quraisy, dari

puak Bani Hasyim, dari pencar Nabi Muhammad SAW, dari anak cucu Sayidina Ali KMW yang

dipanggil Alawiyin, dari Bani Husaini. Beliau adalah semulia-mulia dan sebaik-baik Ahlulbait, iaitu

yang terdapat pada akhir zaman ini. Kelebihan ini sudah dinyatakan secara terang-terangan oleh

baginda SAW sendiri.

Nama Imam Mahdi adalah nama yang sama dengan nama Rasulullah SAW iaitu Muhammad

dan Ahmad. Itulah nama yang dipersetujui oleh seluruh ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, berlawanan

dengan Syiah. Maksudnya, nama Imam Mahdi itu adalah kedua-dua nama itu iaitu Muhammad dan

Ahmad. Cuma yang lebih dominan dan dikenali ramai di atas muka bumi ini adalah Muhammad,

manakala Ahmad itu adalah namanya yang dominan di langit sana. Nama bapanya adalah Abdullah,

iaitu serupa dengan nama bapa Rasulullah SAW. Kuniyahnya seperti yang disebutkan oleh hadits

adalah Abu Abdillah. Selain itu, beliau juga mempunyai beberapa kuniyah yang lain, yang sesuai

dengan kedudukan dan kemuliaan dirinya. Dan sesuai pula dengan tempat lahirnya yang jauh

daripada Tanah Arab itu karena nenek moyangnya merantau berdakwah ke tempat orang.

Beliau adalah seorang tokoh yang amat dikenali oleh seluruh manusia di seluruh dunia, sejak

dari zaman Nabi Musa AS lagi, hinggalah ke hari ini. Gelaran beliau sudah pun disebutkan di dalam

Kitab Taurat. Nama Imam Mahdi itu sendiri mengundang pelbagai persoalan dan polemik yang

sentiasa menggoncangkan agama-agama besar di seluruh dunia, tidak terkecuali agama kita, Islam.

2. Sifat-sifat Peribadinya

Beliau adalah seorang yang badannya tegap, besar tinggi macam badan orang-orang Israel

(menurut pandangan orang-orang Melayu) dan bertubuh sederhana (menurut pandangan orang-orang

Arab). Kulitnya putih kemerah-merahan macam kulit orang Arab, dengan sedikit cenderung kepada

kehitam-hitaman seperti kulit orang Ajam. Wajahnya tampan dan seolah-olah bersinar laksana

bintang. Kepalanya besar, begitu juga dengan bentuk mukanya yang agak memanjang. Dahinya luas

dan lebar. Hidungnya mancung seperti hidung orang-orang Arab, tidak seperti lazimnya orang-orang

Ajam. Bulu keningnya nipis dan melengkung tetapi tidak bertemu antara kedua-dua belah. Biji

matanya besar manakala di pelupuk matanya, sentiasa kelihatan bercelak.

Pada pipi kanannya ada satu tahi lalat hidup yang besar, bukan semula jadi tetapi mendatang.

Jambangnya agak nipis tetapi janggutnya panjang, tebal dan lebat. Manakala gigi serinya bersinar dan

lazimnya berjarak. Pada tengah belikatnya terdapat satu cop kenabian berwarna hitam yang ditumbuhi

rambut. Bahunya lebar dan dadanya bidang. Kedua-dua belah pahanya renggang manakala daging

pahanya agak besar. Beliau sentiasa memakai serban terutama yang berwarna putih, manakala

jubahnya dua lapis berwarna putih, dari jenis Qutwani. Jubahnya agak pendek (tidak sampai ke buku

lali) dan adalah dari jenis yang belah dada terus ke bawah.

Kedua-dua belah tapak tangannya besar dan tegap. Beliau dikatakan seorang yang sukar

bertutur kata. Apabila sukar untuk menuturkan sesuatu, beliau akan menepuk paha kirinya dengan

tangan kanan. Secara amnya, perawakannya adalah sama dengan perawakan Rasulullah SAW. Beliau

seorang yang tidak gemuk dan tidak pula kurus. Beliau seorang yang berbadan tegap dan agak tinggi,

seperti tingginya orang-orang Israel. Beliau sentiasa kelihatan sihat dan gembira.

Semasa Imam Mahdi mula-mula zahir ke dunia ini sebagai pemerintah, beliau memakai

serban yang ada satu malaikat di atasnya. Malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia biasa (kecuali

orang-orang yang Allah izinkan untuk dapat melihatnya) tetapi dapat didengar suaranya dengan jelas

oleh mereka yang menyeru, “Inilah dia Al-Mahdi, khalifah Allah. Oleh itu, ikutilah dia dengan ikhlas dan

yakin.” Kemudian akan keluar satu tangan yang menjulur dari arah serban itu, yang mengisyaratkan

kepada orang ramai supaya berbaiat kepada Imam Mahdi.

Imam Mahdi juga memiliki baju besi Rasulullah SAW yang baginda pakai semasa pergi

berperang, yang selepas kewafatan baginda SAW, tidak pernah dipakai orang kecuali apabila Imam

Mahdi zahir. Beliau juga memiliki sebilah pedang yang bernama Zulfakar, juga milik baginda SAW.

Pedang itu pernah digunakan oleh Sayidina Ali KMW dalam beberapa peperangan. Beliau juga

memiliki sehelai bendera merah yang diperbuat daripada kain bulu yang tertulis di atasnya dengan

warna hitam perkataan, “Bermula Perjanjian Itu Bagi Allah.”

Beliau tidak pernah membangunkan orang yang sedang tidur kecuali apabila masuk waktu

sembahyang. Beliau tidak menumpahkan darah manusia melainkan dengan hak, akan memerangi

bersungguh-sungguh orang-orang Islam yang meninggalkan sunnah Nabi SAW sehingga mereka

bertaubat dan meninggalkan bidaah dan khurafat itu, juga memerangi kaum kuffar dan musyrik yang

mahu melawannya. Setiap yang berlawanan dengan sunnah akan beliau hapuskan sehingga seluruh

manusia benar-benar kembali kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Beliau juga akan menjadi raja yang sangat besar seperti yang pernah dinikmati oleh Nabi

Sulaiman AS dan Iskandar Zulkarnain. Malah dikatakan pemerintahannya kali ini lebih besar dan

bererti berbanding kedua-dua mereka yang terdahulu itu. Beliau juga akan menghapuskan babi dan

kera, di samping menghancurkan salib-salib dan rumah-rumah berhala. Maksudnya setelah semua

orang memeluk Islam, mereka sudah tidak memerlukan lagi rumah-rumah berhala itu lalu mereka

sendiri yang meruntuhkannya. Cuma dikaitkan dengan Imam Mahdi karena beliau yang sedang

memerintah seluruh manusia pada ketika itu.

Melalui kedua-dua belah tangannya, Allah menurunkan keberkatan yang melimpah ruah,

yang tidak pernah terbayangkan oleh sekalian manusia, sama ada yang hidup pada masa itu atau

sebelumnya, sehingga harta benda jadi melimpah ruah dan rezeki sangat murah. Penyakit-penyakit

jadi hapus dan binatang-binatang bisa hilang bisanya, boleh dimain oleh kanak-kanak tanpa takut

disengat atau digigit. Pemerintahannya sangatlah adil dan amat diredai oleh sekalian manusia, haiwan

dan malaikat.

Imam Mahdi memang seorang yang sangat gagah perkasa sehingga sekalian manusia amat

mengharapkan pertolongan, perlindungan dan keamanan daripada beliau. Allah SWT turut

mengurniakannya seramai tiga ribu malaikat yang sentiasa patuh dan taat segala perintah beliau.

Malaikat-malaikat ini akan memukul setiap orang yang menentang Imam Mahdi. Selain itu, Jibril dan

Mikail AS akan turut sama membantu beliau semasa sedang berperang dengan pihak musuh.

Imam Mahdi juga diberikan kelebihan menghapuskan segala macam bentuk fitnah,

memusnahkan segala macam bentuk judi, zina, arak, maksiat dan dosa. Beliau juga akan melenyapkan

segala bentuk riba dan harta haram. Pemerintah-pemerintah yang kafir semuanya akan tunduk

kepada pemerintahan beliau, dengan kebanyakan negara yang sebelumnya kafir akan terus memeluk

Islam, tanpa melalui peperangan. Tidak ada lagi parti-parti politik atau orang-orang yang cuba

menjadi ahli politik seperti yang sedang berlaku pada hari ini. Tidak ada orang yang dinamakan

sebagai pihak pembangkang karena semuanya itu adalah warisan daripada sistem Barat yang telah

amat lapuk.

Keamanan akan benar-benar terjadi pada masa pemerintahannya sehingga kaum wanita

dapat mengerjakan haji dengan beberapa orang saja tanpa berasa takut langsung sepanjang

perjalanan pergi, semasa di Makkah dan dalam perjalanan pulangnya. Keamanan benar-benar wujud

di dalam hati, perasaan, fikiran dan lahiriah seluruh manusia, terutamanya yang beragama Islam. Umat

Islam rata-ratanya akan menjadi orang-orang yang saleh dan warak, tidak ada lagi orang-orang yang

derhaka kepada Tuhan. Tidak ada juga orang-orang yang berselisih faham,apatah lagi bergaduh,

walaupun hanya dua orang saja. Para wali dapat ditemui di tengah-tengah umat manusia, seperti

yang pernah berlaku pada zaman sahabat dahulu dan dapat pula diambil butir-butir hikmat daripada

keberadaan mereka itu.

Tanam-tanaman dan haiwan ternakan menjadi amat berkat dan melimpah ruah. Tanah-tanah

pertanian tidak perlu dibaja atau dijaga dengan susah payah lagi karena tanah-tanahnya sudah amat

subur melalui curahan air hujan dan haiwan-haiwan perosak tanaman sudah tidak ada lagi. Secupak

benih yang ditanam mampu membuahkan sehingga tujuh ratus cupak apabila dituai. Buah-buahan

amat lebat dan keluar sepanjang masa, tidak lagi mengira musim. Pada masa itu, bumi ini akan

menjadi seolah-olah syurga yang disegerakan bagi para penduduknya.

 

3. Kelahiran dan Kemunculannya

Imam Mahdi dikatakan lahir di Madinah, dengan maksud mula-mula zahirnya, bukan

dilahirkan oleh ibunya. Di situlah beliau mula-mula dilihat dan dikesan oleh manusia. Ketika itu Allah

menurunkan beberapa tanda besar sebagai isyarat bahwa Imam Mahdi sudah berada bersama-sama

mereka. Ada tanda itu memang sangat besar sehingga tidak pernah berlaku peristiwa tersebut

sebelum ini, sejak diciptakan-Nya langit dan bumi.

Salah satu tanda itu ialah pada malam pertama Ramadan, berlaku gerhana bulan dan pada

pertengahan Ramadan, berlaku pula gerhana matahari. Disebutkan pula bahwa sebelum Imam

Mahdi muncul, akan berlaku dua kali gerhana bulan dalam bulan Ramadan.

Tanda-tanda lain yang menunjukkan Imam Mahdi akan segera keluar ialah naik tanduk di

langit yang kelihatan seperti beberapa batang gigi. Dikatakan pula bahwa tanduk ini adalah tanduk

Iblis, yang diperlihatkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia, agar mereka segera bertaubat.

Akan muncul juga komet besar yang berekor dengan cahaya yang cerah, melintasi ruang angkasa

bumi, yang dapat dilihat dengan jelas di sebelah Timur.

Selain itu, api besar akan dapat dilihat di sebelah timur. Mungkin karena kebakaran hutan

yang besar, yang berlaku di kawasan berkenaan. Mungkin juga karena rusuhan besar-besaran yang

menyebabkan kebakaran besar berlaku di mana-mana di salah satu kawasan di timur ini atau mungkin

juga karena serangan bom secara besar-besaran di kawasan timur ini, yang menyebabkan berlakunya

kemunculan api besar itu. Api ini akan dapat dilihat demikian selama tiga atau tujuh hari.

Selain itu, akan dapat pula dilihat langit yang menjadi gelap gelita, atau dikatakan kelam,

karena cahaya matahari dihalang oleh awan tebal yang meliputi seluruh dunia sehingga seluruh dunia

bergelap karenanya.

Tanda lain adalah munculnya langit yang memancarkan warna merah, yang merahnya itu

adalah merah yang berlainan sekali daripada cahaya merah yang biasa dilihat setiap hari. Tanda lain

yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahwa

Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini, dan ucapannya itu dapat difahami oleh semua manusia. Tanda

lain ialah sebuah kampung di Khuristan, sebuah wilayah di Syam akan tenggelam ke dalam bumi

akibat gempa bumi dan rekahan yang luas.

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami oleh setiap orang

menurut bahasa masing-masing, yag datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam

Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan

terduduk dan yang tidur akan terjaga karena terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar

oleh setiap orang di seluruh dunia ini.

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan

dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang

menyatakan bahwa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari

bumi pula menyebutkan bahwa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang

kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai

suara yang datang dari arah langit.

Tanda yang paling besar daripada semua tanda kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya

Pemuda Bani Tamim di Timur, yang menjadi pemimpin di dunia sebelah Timur. Beliau lalu

mempersiapkan segala kelengkapan untuk pemerintahan Imam Mahdi, iaitu pusat pemerintahannya

di Timur itu. Kemudian beliau meluaskan empayar kekuasaan Islamnya ke wilayah-wilayah yang

berhampiran dan memakai gelaran Amir Min Umarak. Selepas itu beliau meluaskan lagi empayar

Islam dengan menggabungkan seluruh wilayah Khurasan ke dalam pemerintahannya. Pada masa ini

beliau menggabungkan kekuatan tentaranya dengan tentara daripada Al-Haris Harras dan ditambah

lagi dengan kekuatan daripada Al-Hasyimi.

Setelah itu beliau meluaskan seluruh wilayah Islamnya itu sehingga ke seluruh Tanah Arab

dan Turki, dan selepas itu menyerahkan kekuasaannya yang amat luas itu kepada Imam Mahdi yang

muncul di Makkah. Oleh Imam Mahdi, wilayah kekuasaannya itu dibahagikan kepada empat wilayah

iaitu Timur, Semenanjung Tanah Arab, Afrika dan Eropah dengan setiap satunya diperintah oleh

seorang wakilnya. Imam Mahdi sendiri, buat beberapa tahun, memerintah di sebelah Tanah Arab

sana.

Sejurus sebelum peristiwa pembaiatannya, suatu pertempuran sengit akan berlaku di Ahjaruz

Zait, antara pasukan tentara as-Sufyani dengan penduduk Madinah, yang menyebabkan penduduk

Madinah menderita teruk dan kota Madinah hancur rata. Pasukan as-Sufyani ini meneruskan

perjalanan ke Makkah untuk menyerang dan memusnahkan kota suci itu, tetapi mereka terbenam ke

dalam tanah di al-Baidak. Ketika itulah Imam Mahdi dibaiat oleh para jemaah haji dan oleh

sekumpulan orang-orang besar Allah.

Tanpa disengajakan, tujuh orang pemimpin utama manusia, setiap seorangnya diikuti oleh

tiga ratus pengikut tiba di Makkah secara serentak. Apabila mereka bertemu, masing-masing bertanya

sebab mereka datang ke Makkah, dan setiap mereka menjawab bahwa mereka masing-masing

sedang mencari Imam Mahdi. Orang-orang ini terus mencari Imam Mahdi ke sana ke mari di sekitar

kota Makkah, dan apabila bertemu dengan seorang yang mereka syak bahwa orang itu adalah Imam

Mahdi, mereka segera menanyakan namanya dan nama bapanya. Dikarenakan cara mereka menyoal

itu agak kasar, Imam Mahdi menjadi serba salah.

Imam Mahdi yang keliru dengan keadaan ketika itu menafikan, lalu melarikan diri ke

Madinah. Para pengikut ini memberitahu ketua mereka dan menceritakan sifat-sifat orang yang

mereka temui. Dia diikuti oleh mereka sampai ke Madinah, tetapi sesampainya di sana mereka

mendapati bahwa Imam Mahdi itu sudahpun kembali semula ke Makkah. Maka mereka pun segera

berpatah balik ke Makkah. Di sini dapat disebutkan bahwa Imam Mahdi dan para pencarinya itu

menaiki kenderaan yang pantas karena Imam Mahdi dapat sampai ke Madinah dalam tempoh

semalam saja, begitu juga pasukan pencarinya tadi. Kemudian, semasa balik semula ke Makkah,

tempoh masa yang sama diperlukan untuk sampai semula ke Makkah oleh kedua-dua mereka – Imam

Mahdi dan pasukan yang mencarinya tadi. Jelaslah bahwa hadits dan asar itu menggambarkan

penggunaan kenderaan yang dapat bergerak pantas, yang pada hari ini adalah kereta atau bas.

Di Makkah, mereka terus mencarinya lagi dan kali ini, apabila menemuinya, mereka

menanyakan sama ada namanya Muhammad bin Abdullah, menanyakan nama ibunya dan juga sifatsifatnya.

Sekali lagi Imam Mahdi memberitahu mereka bahwa dia bukanlah orang yang mereka cari.

Katanya mereka telah banyak memungkiri janji dan banyak pula menumpahkan darah umat Islam.

Maka pada awal malam sepuluh Muharam, kumpulan ini berjaya menemui Imam Mahdi yang

ketika itu sedang menangis, menyandarkan mukanya ke Kaabah, di antara Rukun Yamani dengan

Maqam Ibrahim. Pada ketika itulah dia dipaksa menerima baiat daripada mereka, sedangkan dia

sendiri merasa berat hati menerimanya dan dalam keadaan yang amat terpaksa. Sejurus sebelum itu,

sekumpulan jemaah haji telah memaksanya keluar dari rumahnya di Safa lalu dibawa ke Maqam

Ibrahim dan dia dibaiat oleh kumpulan jemaah haji itu di situ. Dia diugut jika tidak mahu menerima

baiat mereka, dia akan dipancung lehernya oleh mereka.

Ketika itulah juga Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang tidak terhingga iaitu tertanam

rasa cinta dan kasih yang amat mendalam kepada Imam Mahdi ke dalam hati setiap orang Islam, lalu

dia memimpin seluruh umat Islam di dunia ini. Semua umat Islam yang hidup pada waktu itu akan

bersatu di bawah satu pimpinan, iaitu pimpinan Imam Mahdi. Tidak ada lagi pemimpin lain yang

lebih hebat dan msyhur melainkan Imam Mahdi sajalah satu-satunya yang mereka terima sebagai

pemimpin sebenar mereka.

 

4. Ringkasan Peristiwa Sebelum Imam Mahdi Muncul

Sebelum zahir Imam Mahdi, iaitu beberapa lama sebelum kemunculannya, akan berlaku

beberapa fitnah yang dahsyat dari beberapa golongan. Antara peritiwa fitnah tersebut ialah:

1. Sewaktu pecahnya Sungai Furat, keluarlah emas daripada bukit yang berdekatan. Akibatnya,

muncullah tiga puak yang saling berebutkan harta emas itu. Salah satu puak yang paling hampir

dengan timbunan emas itu berkata, “Demi Allah, kami akan bunuh sekalian manusia karena jika kami

biarkannya, nescaya akan habislah ia.” Selepas itu tercetuslah pembunuhan besar-besaran sehingga

dari setiap seratus orang, semuanya terbunuh melainkan seorang saja yang hidup. Setiap yang

pergi merebut harta itu berharap dialah orang yang seorang itu. Itulah lambang ketamakan

mereka terhadap harta dunia pada zaman itu.

2. Keluar seorang dari keturunan as-Sufyani yang kafir daripada anak Khalid bin Sufyan di Syria

hingga terjadi satu peperangan yang sangat besar. Imam Mahdi tidak akan muncul melainkan

setelah as-Sufyani mendapat kuasa dan memerintah. Kafir yang dimaksudkan adalah dia

memerintah negaranya menggunakan sistem kafir, bukan sistem kenegaraan Islam. Syria atau

Syam yang dimaksudkan adalah umum, iaitu Amerika Syarikat dan sekutunya negara-negara

Eropah, karena Syam itu bersempadan dengan Rom pada zaman dahulu. Khalid bin Sufyan itu

bukan namanya seperti yang biasa kita fahami, tetapi bermaksud negara-negara maju yang

mencipta teknologi dan alat-alat baru (Khalid), dan mereka pula bersatu tenaga menentang Islam,

selain mahu kekal memerintah dunia ini (Khalid), dan penduduknya selalu mengamalkan cara

hidup yang sihat dan bersih (Sufyan). Atau mereka amat mementingkan kebersihan dan

memakan makanan yang berkhasiat.

3. Berlaku peperangan yang berpunca dari puak Ibqak. Menurut para ulama, puak Ibqak ini adalah

penduduk yang ada padanya warna putih dan hitam di Mesir. Secara realitinya mereka adalah

golongan yang datang dari Asia dan dari Afrika. Mesir yang dimaksudkan bukanlah negara Mesir

yang kita kenali, tetapi adalah lambang saja. Sebab Mesir itu adalah negara penghubung antara

benua Asia dan Afrika.

4. Muncul pula puak Ashab. Ashab ialah satu puak yang kulitnya bercampur warna putih dan

merah. Mereka adalah golongan yang datang dari Eropah iaitu orang yang kulitnya kemerahmerahan.

Mereka bangun serentak menjadi satu kuasa dunia menjajah negara-negara di Asia dan

Afrika, iaitu sewaktu penjajahan Eropah ke atas Asia dan Afrika sedikit masa dahulu. Mereka juga

bersekutu (Ashab) dalam tindakan dan matlamat, juga bersekutu dalam menentang Islam.

5. Muncul puak A’raj iaitu satu puak yang ketuanya adalah seorang yang berjalan capik dan datang

dari arah Maghribi. Mereka yang dimaksudkan adalah pasukan tentara yang datang dari Amerika

Syarikat (disebutkan Maghribi). Capik yang dimaksudkan adalah banyak kelemahan dalam

pasukan tentaranya dan di dalam negaranya, bukan capik anggota badan. Ia mengaku besar dan

kuat sedangkan urusan dalamannya sendiri pun tidak terurus. Itulah capik yang dimaksudkan.

Iaitu negara kuasa besar dunia yang pincang masyarakat dan pentadbirannya, atau negara yang

lengkap peralatan perangnya tetapi tidak tahu berperang dengan sebenar-benarnya.

6. Berlaku peperangan antara semua puak berkenaan yang berlanjutan selama setahun dan

kemenangan adalah di pihak tentara Sufyani. Perang yang dimaksudkan di sini ada dua iaitu

Perang Dunia Kedua (1941-45). Puak Ibqak adalah gabungan Jerman dan Jepun (Ibqak) yang

berjaya ditewaskan oleh pasukan as-Sufyani (Amerika) dan Ashab (sekutu di Eropah). Dan yang

kedua ialah Perang Teluk (1991) iaitu antara Iraq (Ibqak) dengan Amerika (as-Sufyani) dan

sekutunya Eropah (Ashab). Yang dilihat menang adalah tentara as-Sufyani (Amerika) dan yang

dilihat kalah adalah puak Ibqak (Iraq).

7. Kemudian muncul pula seorang raja dari negeri Maghribi yang membunuh semua lelaki dan

memperkosa wanita. Dia menunggu di bumi Arab untuk memerangi puak as-Sufyani sehingga

segala harta bendanya dirampas. Raja yang dimaksudkan adalah Presiden baru Amerika Syarikat,

yang meneruskan usaha mengepung dan menyekat Iraq sehingga negara dan rakyat Iraq

menderita kesempitan hidup, ramai yang mati kebuluran atau kekurangan zat, begitu juga wanita

dan kanak-kanak turut mati akibat sekatan yang dikenakan itu. Harta benda yang dimaksudkan

itu adalah bahan-bahan makanan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Iraq, melainkan dengan

dicatunya, dan kedua ialah sumber petroleum Iraq yang pengeluarannya amat dikawal oleh

mereka.

8. Puak as-Sufyani meneruskan peperangan dengan puak Rom dan Turki sehingga berlaku

berbagai-bagai penganiayaan dan kerosakan seperti perut perempuan mengandung dibelah dan

kanak-kanak dibunuh. Kali ini as-Sufyani yang dimaksudkan adalah puak di Eropah Timur yang

membunuh ramai umat Islam tanpa pilih kasih lagi. Rom dan Turki yang dimaksudkan adalah

negara-negara yang pernah ditakluk oleh Kerajaan Osmaniyah dahulu termasuk di negara-negara

bekas jajahan Rom yang pernah ditawan oleh Turki Osmaniyah. Mereka amat zalim sehingga

perempuan mengandung dan kanak-kanak yang tidak bersalah pun turut dibunuh.

9. Orang-orang as-Sufyani terus-menerus memburu orang-orang Quraisy, menyebabkan mereka

terpaksa melarikan diri ke Turki, di samping sebahagiannya menerima penyeksaan. Sebahagian

yang lain pula berjaya melarikan diri ke Khurasan. As-Sufyani yang dimaksudkan di sini adalah

puak Badwi dari Bani Saud yang menawan Hijaz termasuk Makkah dan Madinah. Mereka

membunuh semua keturunan Alawi, Hasani, Husaini dan Hasyimi. Ramai yang lari

menyelamatkan diri ke negara-negara lain seperti ke Afrika, ke Syria, ke Turki dan India. Ada

yang berjaya diturut oleh mereka lalu dibunuh. Ramai yang menerima seksaan. Akhirnya

Ahlulbait yang dimulia dan didoakan oleh seluruh umat Islam itu, berpecah-pecah ke serata

tempat. Ramai yang mati dan ramai yang diseksa. Yang selamat tidak berani menonjolkan diri.

Akhirnya pupuslah seluruh Ahlulbait daripada kota Makkah dan Madinah dan daripada

kekuasaan terhadap umat Islam. Kaum Quraisy juga turut diturunkan daripada menjawat

sebarang jawatan pemerintahan. Mereka kini menjadi orang biasa, dan dibiarkan begitu saja –

tanpa jawatan, tanpa penghormatan dan tanpa pembelaan.

10. Dalam usaha memburu saki-baki lelaki Quraisy itu, tentara as-Sufyani yang berkuda menuruti

hingga ke Khurasan. Mereka telah membinasakan banyak bandar dan membunuh beratus ribu

manusia, termasuk kanak-kanak dan wanita. Khurasan yang dimaksudkan di sini adalah umum,

ertinya jauh karena Khurasan itu memang amat jauh pada pandangan orang zaman dahulu.

Tentara berkuda itu bukanlah kuda yang ditunggang, tetapi kenderaan tentara yang lengkap dan

moden.

11. Semasa sampai di Khurasan, keganasan dan kezaliman mereka bertambah dahsyat. Setiap

keluarga Rasulullah SAW dan Bani Hasyim serta penduduk Khurasan yang melindungi akan

ditangkap lalu dibunuh. Ini juga sudah berlaku di seluruh dunia Islam, sehingga orang yang

berani mengaku dirinya sebagai Ahlulbait akan menerima seksaan, difitnah dan dipermalukan.

Mereka sentiasa dipandang serong oleh pihak berkuasa. Keadaan ini berlaku selama beberapa

tahun, yang disebut sebagai zaman fitnah terbesar dan terhebat, yang langsung tidak dapat

dibayangkan kedahsyatannya oleh manusia pada zaman dahulu akan bentuknya.

12. Setelah berlaku keganasan, kezaliman dan fitnah yang besar itu, zahirlah Imam Mahdi dengan

tujuan menghapuskan segala kezaliman dan peperangan yang sedang dahsyat dilakukan oleh

puak-puak manusia yang memusnahkan bumi Tuhan ini. Memang Imam Mahdi zahir ketika

manusia di seluruh dunia sedang berada di puncak penyelewengan dan kezaliman yang maha

dahsyat itu. Zahirnya Imam Mahdi itu membawa cahaya baru yang bersinar terang di dalam hati

setiap orang yang beriman.

13. Semasa huru-hara dan peperangan itulah, Imam Mahdi bersama-sama dua orang pembantu dan

tujuh orang lain, melarikan diri dari Madinah lalu bersembunyi di Makkah.

14. Apabila dikhabarkan kedatangan Imam Mahdi ke Makkah, rajanya amat gembira. Kedatangan

Imam Mahdi disambut dengan gembira dan diizinkannya tinggal di Makkah dengan aman.

Asalnya begitulah yang berlaku, tetapi raja Makkah itu dihasut oleh syaitan dan ditakut-takutkan

bahwa dia akan kehilangan kuasa pemerintahan kepada Imam Mahdi. Maka terlintaslah di

hatinya untuk berbaiat kepada Imam Mahdi. Terfikir padanya bahwa dia sudah tidak ada jalan

lain lagi, melainkan tunduk kepada Imam Mahdi.

15. Namun keadaan sebaliknya yang berlaku. Raja Makkah itu telah mengkhianati dan menipu Imam

Mahdi. Dia berjaya juga ditipu oleh syaitan yang membujuknya dengan pelbagai perkara dan

bayangan menakutkan. Dia cuba membunuh kedua-dua pembantu Imam Mahdi. Salah seorang

daripadanya berjaya dibunuh di antara Rukun dan Maqam Ibrahim, manakala yang seorang lagi

berjaya melepaskan diri lantas dengan segera memberitahukan hal ini kepada Imam Mahdi. Ini

menyebabkan Imam Mahdi bersedih hati dan menyabarkan yang lain.

16. Imam Mahdi mengumpulkan jemaahnya untuk memerangi raja Makkah yang dimurkai oleh Allah

dan segala isi langit itu. Imam Mahdi berkhemah di salah sebuah bukit di Taif. Perang pun

berlaku dan Imam Mahdi berjaya membunuh raja Makkah yang zalim. Itulah perang pertama

daripada enam peperangan yang lain yang akan dilaluinya kelak.

 

5. Keadaan Sebelum Imam Mahdi Zahir

Sebelum Imam Mahdi zahir, beberapa perkara besar akan berlaku. Hal-hal besar ini sudah

disebutkan oleh terlalu banyak hadits dan sebahagian besarnya sudah sedia diketahui oleh kebanyakan

masyarakat Islam di Malaysia dan di Asia Tenggara. Dan di sini hanyalah ringkasannya saja yang

akan diberikan, untuk memudahkan kita mengingat semula apa yang telah sedia diketahui itu.

Sebelum Imam Mahdi zahir, muncul Pemuda Bani Tamim yang mendapat kuasa di sebelah

Timur. Kemunculan Pemuda Bani Tamim ini akan menggemparkan seluruh dunia, baik yang

Islamnya apatah lagilah yang bukan Islamnya. Kemunculan beliau sebagai pemerintah di Timur akan

menyebabkan seluruh dunia menjadi lumpuh dan huru hara. Sistem ekonomi Barat yang didasarkan

kepada kapitalis terus lumpuh dan akhirnya mati, menyebabkan seluruh perdagangan yang

sebelumnya amat sibuk dan maju, jadi terhenti terus. Namun, suatu keajaiban yang amt besar berlaku

di situ. Pada ketika sistem ekonomi kapitalis itu terhenti dan seterusnya mati, sistem ekonomi Islam

pula merecup naik dan menggantikan terus sistem kapitalis yang telah rapuh dan runtuh itu. Akhirnya

sistem Islam itulah yang menguasai seluruh perdagangan di Timur, karena seluruh sistem kapitalis

tadi sudah tidak dapat dipakai lagi untuk sebarang urusan dan urus niaga.

Sistem politik demokrasi Barat yang juga sedang digunakan sebelum itu akan turut

mengalami nasib yang serupa. Akhirnya sistem demokrasi Barat itu terus dibatunisankan dan di celahcelah

runtuhan sistem Barat itu, cara politik Islam yang tidak zalim dan sangat adil itu akan naik dan

menggantikan terus seluruh sendi-sendi sistem politik Barat yang digunakan. Dengan naiknya beliau,

tamatlah kedua-dua sistem warisan daripada penjajah Barat itu dari dunia sebelah Timur ini. Naiklah

semula sistem Islam yang sangat adil itu, secara yang benar-benar realiti, menggantikan sistem lama

itu, tanpa perlu kepada sebarang teori dan perbincangan di mana-mana forum atau seminar pun.

 

6. Penentang-penentang Imam Mahdi

Sejurus sebelum Imam Mahdi muncul, akan muncul terlebih dahulu as-Sufyani, yang

dikatakan muncul di tengah-tengah Damsyik. Dia akan menjadi pemerintah di sana dan membina

angkatan tentara yang kuat, ramai dan lengkap. Dia seorang yang pintar bercakap dan mendapat

sokongan daripada rakyatnya dalam setiap apa yang dilakukan termasuk memerangi Imam Mahdi. As-Sufyani yang dimaksudkan di sini adalah puak Syiah, yang mendapat kuasa pemerintahan di negara Iran pada tahun 1979, setelah mereka berjaya menjatuhkan Shah Iran, raja terakhir dari Dinasti Pahlavi. Pemimpinnya pada masa itu adalah Imam Ayatollah Ruhollah Khomeini Seyyed Mosavi.As-Sufyani akan dibantu oleh bapa saudaranya iaitu Kalb. Dia akan memerangi sesiapa sajayang berani menentangnya. Penindasan akan berleluasa di setiap pelosok dunia akibat pemerintahan as-Sufyani itu, dia membunuh sesuka hati, sehingga perempuan mengandung dan kanak-kanak kecilpun turut dibunuh tanpa belas kasihan. Puak Qais bangun cuba menentang as-Sufyani tetapi akhirnyatewas dan dibunuh beramai-ramai oleh Kalb. Puak Qais yang dimaksudkan adalah pasukan Iraq yang pada hari ini dipimpin oleh Saddam Hussein, dari Parti Sosialis Baath.

Satu pasukan tentara as-Sufyani yang besar jumlahnya dihantar ke Kufah dan mereka

memerangi penduduk Khurasan, melakukan kerosakan yang amat besar dan membunuh

penduduknya dalam jumlah yang amat ramai. Pada ketika itulah munculnya Panji-panji Hitam yang

pasukan tentaranya amat kecil tetapi amat kuat dan gagah, dipimpin oleh Syuaib bin Saleh, Bani

Tamim, yang bersatu dengan pasukan pimpinan al-Hasyimi.

Pasukan Syuaib ini berjaya menghalang pasukan tentara as-Sufyani daripada terus melakukan

kerosakan. Satu pertempuran yang asangat dahsyat berlaku yang mengakibatkan ramai tentara darikedua-dua pasukan terkorban. Namun, nyata yang ramai terkorban itu adalah dari pasukan as-Sufyani, menyebabkan mereka kalah dengan seteruk-teruknya. Berbetulan dengan masa itulah,seruan-seruan dari langit berulang kali menyebut-nyebutkan nama Imam Mahdi, menyebabkan beliausudah menjadi sebutan ramai.As-Sufyani dengan segera menghantar satu lagi pasukan tentaranya dalam jumlah yang besardari arah Iraq untuk menghapuskan Imam Mahdi. Mereka sampai ke Madinah lalumenghancurkannya, membunuh seramai-ramai penduduknya termasuk perempuan mengandung,orang-orang tua dan kanak-kanak kecil. Akhirnya Madinah hampir-hampir menjadi kota sepi, denganyang tinggal hanyalah binatang-binatang liar dan runtuhan-runtuhan bangunan.Seterusnya pasukan as-Sufyani ini meneruskan perjalanannya ke Makkah tetapi dalamperjalanan, di kawasan berhampiran Zul Hulaifah, keseluruhan pasukan ini ditelan bumi. Tiada yangselamat melainkan dua orang yang segera menyampaikan berita kemalangan itu kepada as-Sufyani.Bagaimanapun, berita buruk itu tidak menakutkan as-Sufyani walau sedikit pun.Akhirnya dalam satu peperangan, Imam Mahdi berjaya menangkap As-Sufyani lalumenyembelihnya di tepi laut. Kemudian Imam Mahdi memerangi Kalb pula, lalu dibunuh, samaseperti yang diperbuat kepada As-Sufyani sebelumnya. Seluruh harta benda mereka berdua ini akandirampas dan dimasukkan ke dalam Baitulmal. Dengan matinya kedua-dua musuh utama ImamMahdi ini, seluruh dunia akan menjadi sangat aman, tidak ada lagi peperangan yang melibatkan manamanapihak (Islam dan Kristian) melainkan dengan India dan China saja lagi. Pada ketika itu,seluruh dunia sudah berjaya ditawan oleh Imam Mahdi dan diperintah secara langsung oleh beliau.Imam Mahdi juga akan memerangi India sehingga berjaya menawannya dengan mudahsaja. Selepas itu, seluruh India dan kawasan-kawasan sekitarnya berjaya ditakluk oleh Imam Mahdi.Kemudian Imam Mahdi akan pergi memerangi China dan negara-negara di sekitarnya termasukJepun. Seluruh kawasan di rantau berkenaan turut berjaya beliau tawan dan memeluk Islam.

Beliau juga akan menghadapi tentangan daripada Dajjal yang akan muncul semasa Imam

Mahdi sedang memerintah dunia. Kemunculan Dajjal itu memang amat menyusahkan, dan tidak ada kesusahan yang lebih berat dari itu sepanjang sejarah peradaban manusia yang lebih berat daripada fitnah Dajjal. Dajjal seterusnya menguasai seluruh dunia dengan dibantu oleh hampir seluruh bangsaYahudi. Dan sepanjang empat puluh hari itulah mereka benar-benar dapat merasa memerintahseluruh dunia ini, seperti yang sekian lama mereka idam-idamkan.

 

7. Pasukan Imam Mahdi

Pasukan Imam Mahdi ini ada beberapa golongan. Secara ringkasnya pasukan Imam Mahdi

ini dibahagikan menurut kategori-kategori yang telah Allah SWT sendiri tentukan. Mereka adalah:

1. Para Asoib. Mereka ini adalah golongan dari Timur yang berjumlah 16 ribu orang.

Mereka ini adalah golongan yang menyamai para sahabat dari segi amalan agamanya

yang zahir, tetapi tidak dari segi taraf dan kedudukan pada sisi Allah. Mereka ini

adalah dari kalangan orang-orang yang telah mencapai taraf saleh dan merupakan

generasi contoh untuk manusia akhir zaman, khasnya yang hidup pada zaman Imam

Mahdi memerintah. Mereka ini insya-Allah dimudahkan jalan untuk masuk ke dalam

syurga seperti yang dijanjikan. Dalam peperangan menentang musuh Islam, mereka

ini adalah orang-orang yang sentiasa taat dan berperang dengan bersungguhsungguh.

Mereka sangat menjaga dosa-dosa mereka dan masyarakat seluruhnya.

2. Para Ikhwan. Ikhwan ini berjumlah 314 orang dan di antaranya ada kaum wanita.

Mereka inilah orang-orang kanan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, sentiasa

membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan pentadbirannya di seluruh dunia.

Mereka inilah yang akan memenuhkan dunia ini, seolah-olah mereka itu

memenuhkan setiap ruang dunia ini sehingga dirasakan tiada lagi ruang yang kosong

di atas dunia ini melainkan semuanya telah dipenuhi oleh mereka. Para Ikhwan ini

sendiri ada beberapa tingkatan lagi, bermula dari yang paling umum sehinggalah

kepada yang paling tinggi tarafnya pada sisi Allah.

3. Rasul-rasul dahulu. Antara rasul berkenaan adalah Nabi Isa AS yang akan turun

dari langit lalu membantu Imam Mahdi membunuh Dajjal dan memerangi bangsa

Yahudi. Juga Nabi Ilyas AS yang masih hidup di atas dunia ini. Khidir AS yang

masih hidup itu juga akan turut keluar dan membantu Imam Mahdi.

4. Ashabul Kahfi. Mereka adalah sekumpulan pemuda beriman yang berusaha

menyelamatkan iman mereka lalu tertidur di dalam sebuah gua. Mereka akan keluar

dari dalam gua mereka lalu membantu Imam Mahdi memerintah dunia ini dan turut

sama memerangi musuh-musuh Islam.

5. Para Wali Allah. Maksudnya adalah para wali Allah yang umum. Ada di antara wali

Allah itu yang masih hidup dan ada pula di kalangan mereka ini yang telah meninggal

dunia. Namun semuanya akan turut membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan

yang beliau memerlukan pertolongan mereka. Hal ini sebenarnya tidak susah

dipercayai dan diketahui karena orang yang memahami hakikat kejadian insan pasti

tidak akan menolak adanya para wali yang telah meninggal dunia bangkit membantu

orang yang masih hidup. Hal yang demikian tidaklah sukar bagi Allah untuk

menjadikannya. Selain itu, ada juga wali ghaib yang pada masa pemerintahan Imam

Mahdi semuanya menzahirkan diri ke tengah-tengah masyarakat dan membantu

masyarakat Islam untuk mendekati Allah.

6. Wali-wali Abdal. Mereka sudah disebutkan oleh beberapa buah hadits dan asar

bahwa mereka akan membantu Imam Mahdi, berbaiat kepada Imam Mahdi di

Masjidil Haram dan berperang bersama-sama dengan Imam Mahdi. Jumlah mereka

ini berbeda-beda menurut keperluan dan masa. Ada kalanya ramai dan ada kalanya

sedikit pula. Namun, setiap kali salah seorang daripada mereka mati, maka Allah

akan melantik seorang wali lain untuk menggantikan tempatnya sebagai Wali Abdal.

Ada juga disebutkan bahwa jumlah Wali Abdal lelaki adalah sama banyak dengan

bilangan Wali Abdal yang perempuan. Dan tempat mereka adalah di Syam.

7. Wali Nujabak. Mereka adalah golongan yang berada di Mesir dan akan segera

mendatangi Imam Mahdi sebaik-baik saja Imam Mahdi muncul di Makkah.

Mereka ini akan turut membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan yang beliau

memerlukan pertolongan mereka. Keberadaan mereka dalam masyarakat sangatlah

didambakan oleh seluruh umat Islam, terutamanya yang tinggal di merata-rata benua

Afrika.

8. Peperangan Yang Disertai Oleh Imam Mahdi

Perang Pertama.

Semasa berlaku huru hara di Mina dan Madinah, Imam Mahdi bersama-sama dua orang

pembantunya dan tujuh orang lagi melarikan diri dari Madinah dan bersembunyi di Makkah. Gabenordi Madinah menulis sepucuk surat (atau menelefon saja) kepada Gabenor di Makkah menyatakankedatangan Imam Mahdi. Gabenor Makkah sangat gembira mendengar berita itu lalu menjemputImam Mahdi dan jemaahnya menemui beliau. Imam Mahdi memenuhi jemputan itu lalu diizinkantinggal di Makkah dengan aman sebagai seorang suaka politik.Rupa-rupanya Gabenor Makkah itu menipu Imam Mahdi dengan memanggil kedua-duapembantu Imam Mahdi untuk menemuinya. Mereka kemudiannya dibunuh di Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, tetapi salah seorang daripadanya berjaya menyelamatkan diri lalu memberitahu Imam Mahdi. Imam Mahdi berasa marah dengan sikap Gabenor Makkah yang penipu itu, lalumelarikan diri ke Taif bersama-sama pengikutnya. Di sana beliau berkhemah sambil mempersiappasukannya untuk memerangi Gabenor Makkah yang dimurkai oleh Allah dan seluruh isi langit itu.Beliau dibantu sama oleh penduduk Taif dan sekitarnya.Seterusnya Imam Mahdi memerangi Gabenor Makkah dan segala askarnya itu. Walaupunjumlah pasukannya sedikit saja, Imam Mahdi berjaya mengalahkan Gabenor Makkah itu dan dapatpula membunuh gabenornya. Setelah itu Imam Mahdi dibaiat oleh sekalian manusia di MasjidilHaram.

 

Perang Kedua

Imam Mahdi mengalih perhatiannya ke Rom Turki. Disebutkan Turki karena pada masa itu,

Kostantinopel adalah pusat pentadbiran dan keagamaan Rom untuk beberapa abad. Selepas itu, Turki pula menakluk dan seterusnya mengambil alih kota Kostantinopel itu, lalu menjadikannya pusat pentadbiran Kerajaan Osmaniyah Turki selama kira-kira enam ratus tahun, dinamakan semula sebagai Istanbul. Dan Turki Rom yang dimaksudkan itu bukanlah Turki yang ada pada hari ini dan

Kostantinopel yang dimaksudkan itu juga bukanlah kota Istanbul yang ada pada hari ini.

Turki yang dimaksudkan itu adalah Sepanyol dan Perancis manakala Kostantinopel yang

dimaksudkan adalah kota Vatican iaitu pusat kepaderian Kristian sedunia. Jadi, Turki dan

Kostantinopel seperti yang disebut-sebutkan itu hanyalah kiasan saja, bukanlah yang sebenar. Ini

untuk menyesuaikan pemahaman umat Islam pada masa dahulu dengan apa yang diketahui oleh

baginda SAW, para sahabat dan para tabiin melalui kasyaf mereka.

Imam Mahdi akan mengikat perjanjian gencatan senjata selama sembilan tahun dengan

Eropah Kristian. Dalam tempoh gencatan senjata itulah kedua-dua belah pihak benar-benar

merasakan keamanan sejati. Seluruh umat Islam kini benar-benar mengecapi apa itu nikmat

keamanan. Mereka juga bergabung menentang tentara Russia yang selalu mengganggu ketentaramanpihak Islam. Walaupun berlaku perjanjian damai, kedua-dua belah pihak tetap berbeda pendapat

mengenai beberapa masalah, misalnya mengenai salib. Orang-orang Rom mengatakan bahwa salibitu mampu memberi bekas dalam mengalahkan musuh mereka, manakala orang-orang Islam

mengiktikadkan bahwa hanya Allah SWT saja yang mampu memberi bekas, bukannya salib.

Semasa berlaku percanggahan pendapat itu, salah seorang tentara Islam telah dengan sengaja

mematahkan salah satu daripada salib tersebut dalam keadaan marah. Maka marahlah tentara-tentaraRom lalu mereka membunuh askar Islam tersebut. Maka pada ketika itu, pecahlah perang besarantara kedua-dua pasukan tentara itu. Dan Allah memuliakan tentara muslimin dengan mati syahid.Selepas itu, pihak Rom keluar dengan 80 ketumbukan tentara yang amat besar, di bawah 80bendera. Pada setiap ketumbukan itu ada 12 ribu askar Kristian Eropah. Mereka meneruskan

perjalanan dan hanya singgah di bandar A’amaq dekat Halb dan Antokiah, iaitu kawasan yang airnyatidak pernah kering melainkan pada musim panas. Kawasan yang mereka singgahi itu adalah kawasanyang rata, merupakan padang rumput yang cukup luas. Beberapa orang penduduk A’amaq yang  jugamerupakan anggota pasukan Imam Mahdi berkumpul untuk menghadapi askar-askar Rom itu.Setelah berlaku cabar-mencabar, tercetuslah peperangan yang amat besar sebanyak tiga kali.Pada kali pertama peperangan itu, tentara Islam kalah sehingga sepertiga daripada jumlah merekamati terbunuh. Semua tentara Islam yang mati itu tidak diterima taubat mereka oleh Allah selamalamanyakarena mereka itu adalah orang-orang munafik. Askar Islam yang selebihnya berundur untuk

mengatur strategi lain yang dirasakan lebih berkesan.

Dalam pertempuran kali kedua, sepertiga daripada mereka pula mati. Tentara yang mati ini

adalah mati syahid dan dimuliakan oleh Allah karena betul niatnya. Askar Islam yang selebihnya

terpaksa berundur lagi dan menyusun strategi yang benar-benar mantap, iaitu sesuatu yang tidak

pernah terdugakan oleh pihak Kristian. Semasa merancang strategi itu, tentara Islam berpecah kepada

tiga pendapat. Pendapat pertama mahukan tentara Islam menyerah kalah karena tentara musuh terlalu

besar untuk ditentang. Pendapat kedua mahukan peperangan diteruskan karena mereka yakin bahwa

tentara Islam tetap akan menang dan menganjurkan agar tentara Islam bergerak melalui kawasan

gurun dan pedalaman.

Pendapat ketiga menyeru agar kedua-dua pendapat tadi tidak taksub kepada pendapat

masing-masing karena Allah tidak akan membantu mereka jika mereka berpecah belah, lalu mengajak

mereka bersatu semula. Akhirnya mereka bergabung semula dan bersetuju meneruskan peperangan,

walau apa pun yang akan terjadi.

Pada pertempuran kali ketiga, kalahlah tentara Rom walaupun tentara Islam hanya tinggal

sepertiga saja lagi, sedangkan orang-orang Rom sudah menjangkakan bahwa mereka akan

mengalahkan tentara Islam tersebut. Mereka terlalu gembira karena melihatkan pasukan tentara Islam

yang amat kecil itu. Mereka pun menyatakan bahwa salib boleh memberi bekas kepada kemenangan

mereka tetapi dinafikan oleh tentara Islam.

Dan tentara Islam yang tinggal sepertiga dan menang itu, tidak difitnahkan ke atas mereka

selama-lamanya. Allah memberikan tentara Islam kemenangan dengan menurunkan seramai dua ratus

ribu malaikat, berserta Mikail AS dan dibantu juga oleh para wali Allah. Datanglah azab kepada

pasukan Rom itu sehingga kebanyakan mereka mati karena azab itu.

Tentara Islam tadi memasuki kota Rom dengan penuh kemenangan. Orang-orang yang

tinggal meminta keamanan dan bersetuju membayar jizyah, lalu diberikanlah mereka keamanan.

Kemudian orang-orang Rom cuba menakut-nakutkan tentara Islam dengan menyebarkan berita

bahwa Dajjal telah keluar dan menawan anak isteri mereka. Tetapi berita itu tidak mampu

memperdayakan umat Islam lalu orang-orang Eropah itu dibunuh seramai-ramainya dan segala harta

benda mereka dirampas. Semuanya dapat ditawan dalam tempoh tiga hari saja. Kemenangan ini

disambut dengan penuh gembira sambil mengucapkan tasbih, takbir dan tahlil kepada Allah

sehinggalah tiba waktu subuh tanpa tidur-tidur.

Setelah terbit fajar, tentara Islam melaungkan takbir dengan sekuat-kuatnya sehingga

menyebabkan runtuh kota Rom itu. Mereka bertakbir lagi dan runtuh lagi kota Rom itu yang di

sebelah lain, dan begitulah sehingga habis runtuh semua bahagian kota Rom itu. Kejadian ini amat

menakjubkan orang-orang Rom sehingga akhirnya mereka mengakui bahwa memerangi umat Islambererti memerangi Allah. Mereka menyerahkan segala harta benda mereka sehingga tidak ada yang  tinggal lagi. Umat Islam membahagi-bahagikan harta rampasan perang itu di tengah-tengah padangdan jalan karena sudah terlalu banyaknya. Juga karena terlalu banyaknya itu, mereka menyukatnyadengan menggunakan talam-talam besar saja, tidak lagi menggunakan alat penimbang.

 

Perang Ketiga

Imam Mahdi akan memerangi India sehingga berjaya menakluk seluruh negara itu dan

kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Imam Mahdi juga membunuh semua orang kafir

yang menentangnya dan juga orang-orang Islam yang telah keluar daripada Ahlus Sunnah wal

Jamaah. Pemerintah India itu menyusun pasukan tentaranya secara besar-besaran dan dengan segalakelengkapan perang tercanggih yang mereka miliki. Namun, Imam Mahdi dapat mengalahkan raja itudengan amat mudah saja. Akhirnya seluruh India di-Islamkan atau yang tidak melawan membayarjizyah sebagai tanda mengaku kalah sambil meminta keamanan.

 

Perang Keempat

Imam Mahdi akan memerangi seluruh mazhab yang bidaah, baik dalam bidang apa pun, dan

walau di mana pun jua sehingga akhirnya tidak wujud lagi di dunia ini apa-apa mazhab pun melainkan yang benar dengan sunnah Rasulullah SAW saja. Yang khufarat juga beliau perangi habis-habisan sehingga pupuslah dari dunia ini segala bentuk khurafat yang sebelumnya masih dilakukan oleh manusia, sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Antara bidaah yang awal-awal dihapuskanadalah Syiah, Wahabi dan Muktazilah. Kemudian dihapuskan pula pemikiran-pemikiran Barat yangtelah lama mencengkam seluruh otak manusia dan meresap hati sanubari mereka. Kemudian hapuspula segala macam pemujaan terhadap sesuatu yang tidak dibenarkan oleh syarak dan akhirnya

mazhab-mazhab dalam ilmu fikah dan tasawuf turut dihapuskan (walaupun kedua-duanya tidaklah

bidaah atau khurafat).

 

Perang Kelima

Imam Mahdi akan memerangi As-Sufyani dan Kalb serta segala tentaranya. Akhirnya beliau

berjaya menangkap As-Sufyani dan Kalb lalu kedua-duanya itu disembelih di atas batu, seperti orang menyembelih kambing untuk dikorbankan. Kedua-dua mereka ini adalah lambang kekotoran sistemBarat yang sudah amat rosak itu. Dengan kematian kedua-duanya, maka seluruh dunia ini dibersihkandaripada segala daki sistem Barat, yang ternyata lebih banyak merosakkan daripada membaikkan.

 

Perang Keenam

Imam Mahdi akan memerangi bandar Qatik. Bandar ini terletak di suatu daratan yang

menghijau pada bahagian lautnya. Panjang kota itu adalah seribu batu dan lebarnya 500 batu,

manakala pintunya berjumlah 360 buah dan setiap pintu itu dikawal oleh seribu orang askar. BandarQatik yang dimaksudkan oleh hadits dan asar ini sebenarnya adalah New York di Amerika Syarikat.Dan pada hari ini, kota raya New York adalah lambang kekuasaan jaringan Yahudi terhadap dunia. Disanalah tempat tumpuan utama kaum kapitalis dan birokrat Yahudi, begitu mendalamnya cengkaman Yahudi ke atas kota itu sehingga hari cuti mingguan di kota raya itu adalah pada hari Sabtu, iaitu hari kebesaran Yahudi. Yang dikatakan seribu batu dan lima ratus batu itu adalah perlambangan saja,untuk menunjukkan betapa luasnya Amerika Syarikat itu dan majunya negara itu pada pandangandunia.

Jumlah pintu yang dimaksudkan adalah pelabuhan yang banyak terdapat di serata Amerika

Syarikat dan jumlah askar yang dikatakan seribu orang pada setiap pintu itu ialah jumlah polis,

angkatan marin, pasukan imigresen dan tentara udara yang terdapat di hampir semua pelabuhan tadiadalah lambang kekuatan ketentaraan negara itu dan cekap pasukan perisikannya. Juga sebagailambang bahwa negara besar dunia itu sentiasa berjaga-jaga terhadap apa jua unsur yang bolehmembahayakan keselamatan negara berkenaan.

Apabila tiba di sana, Imam Mahdi dan tentaranya melaungkan takbir sebanyak tiga kali dari

atas kapal mereka dengan sekuat-kuat hati. Maka runtuhlah dinding kota itu dan mereka dapat

menawannya. Kemudian Imam Mahdi memerangi penduduknya dan membunuh seramai sejuta

orang. Dengan itu lengkaplah penguasaan Imam Mahdi terhadap seluruh dunia ini, baik yang Islam

mahupun yang tidak Islam.

Setelah selesai peperangan itu, Imam Mahdi pun pulang dengan sekalian tentaranya menaiki

seribu buah kapal yang sarat dengan harta benda dan memerintah di pusat pentadbirannya, denganpenuh adil dan takwa. Manusia pun menjadi amat kaya harta dan kaya hati, masing-masing hanya memikirkan jalan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan saja, tidak lain karena sudah tiada apa lagi yang mereka mahukan pada masa itu, melainkan Allah SWT saja. Pada ketika ini, hanya pasukantentara yang berada di Eropah saja yang masih berperang dan sentiasa memperoleh kemenangandalam setiap peperangannya. Enam bulan selepas seluruh Eropah dapat ditawan, Dajjal yang sebenarpun keluar ke dunia ini lalu menakluknya pula.

 

9. Kemunculan Dajjal dan Turunnya Nabi Isa AS

Imam Mahdi akan memerintah seluruh dunia ini dengan penuh adil dan aman damai selama

tiga puluh tahun. Pada tahun ketiga puluh satu pemerintahannya, akan keluarlah suatu makhluk yang sangat hebat dan sangat besar fitnahnya terhadap seluruh umat manusia yang mampu membinasakan seluruh kemanusiaan. Itulah Dajjal yang selalu disebut-sebutkan oleh baginda SAW kepada parasahabat RA. Sungguh, fitnah Dajjal itu amatlah besarnya sehingga tidak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal itu, sejak dijadikan-Nya bumi ini sehinggalah kiamat ditiupkan oleh malaikat Israfil AS. Dajjal mula-mula keluar dari suatu jalan di wilayah Khurasan, lalu membuat kerosakan kekanan dan ke kiri iaitu menuju ke Barat dan kemudian ke Timur pula. Dajjal pergi ke barat untuk

mendapatkan kaum Yahudi Asbihan yang merupakan kumpulan askar-askar kanannya. Pada masa ini,

hampir semua kaum Yahudi akan menjadi askar Dajjal yang setia karena mereka ini akan diberinya

pakaian, makanan dan minuman yang secukupnya sedangkan pada masa itu kebuluran sedang

bermaharaja lela di seluruh dunia, terutama di sebelah yang tidak memeluk Islam.

Sepanjang tempoh pemerintahan Dajjal yang selama 40 hari itu, umat Islam terkepung di

dalam kota Makkah, di kota Madinah, di Bukit Tursina dan di Baitulmaqdis iaitu pusat pemerintahanImam Mahdi. Umat Islam yang berada di luar dari kawasan lindungan ini semuanya akan matidibunuh oleh Dajjal yang amat kejam itu. Jika tidak mati pun, sudah pasti mereka akan berjayadipengaruhi oleh Dajjal untuk menjadi pengikutnya. Umat Islam yang terkepung ini akan mengalami

kesusahan yang amat sangat, kebuluran dan kesusahan. Karena kehabisan makanan dan minuman,

mereka menadah embun untuk diminum dan memakan tulang-tulang yang telah ditumbuk sehingga

hancur.

Semuanya terpaksa ditanggung oleh mereka dan tidak terkecuali juga Imam Mahdi sendiri.

Dajjal setiap hari akan mendatangi kota Makkah dan cuba untuk memasukinya tetapi gagal karena

jalan-jalan masuk ke kota suci itu sedia dikawal oleh malaikat yang berlapis-lapis sehingga tiada ruang

untuk Dajjal dan pengikut-pengikutnya memasukinya walau dengan apa cara pun. Dajjal juga setiap

hari akan cuba memasuki kota Madinah tetapi gagal juga. Dan pada setiap pagi, selepas subuh, Dajjal

akan pergi ke Baitulmaqdis untuk melihat keadaan umat Islam yang sedang terkepung itu dan cuba

mempengaruhi mereka agar menjadi pengikutnya.

Pada pagi keempat puluh, Dajjal datang ke Baitulmaqdis seperti biasa bersama-sama askar

Yahudinya itu untuk melihat keadaan umat Islam yang semakin lemah karena telah lama kehabisan

makanan. Tujuannya adalah untuk mempelawa mana-mana umat Islam yang sudi menjadi

pengikutnya. Apabila sampai saja ke sana, tiba-tiba Dajjal ternampak Nabi Isa AS sedang berada di

tengah-tengah umat Islam, sudah turun dari atas langit dan bersiap sedia membawa tombak di

tangannya. Dajjal sangat terkejut melihat keberadaan Nabi Isa AS karena sedia diketahuinya bahwa

itulah tanda umurnya akan habis. Maka pada ketika itu juga Dajjal cuba lari daripada Nabi Isa AS itu.

Tinggallah askar-askarnya yang bertempiaran lari, namun segera dibunuh oleh Nabi Isa AS

kesemuanya sehingga mereka mati tidak jauh dari situ.

Nabi Isa AS kemudian segera mengejar Dajjal dari belakang. Oleh karena terlalu gemuk,

pergerakan Dajjal itu amatlah payah, sedangkan Nabi Isa AS itu mengejarnya dari belakang melalui

udara, iaitu dengan terbang di udara seperti terbangnya burung dan tidak menggunakan jentera. Itu

adalah salah satu mukjizat beliau yang Allah kurniakan kepadanya khusus untuk digunakan pada akhir

zaman nanti, setelah diturunkan semula ke dunia ini. Dajjal lari ke serata tempat sedangkan Nabi Isa

AS semakin dekat di belakangnya. Akhirnya sewaktu tiba di Baitulmaqdis, Dajjal berjaya dibunuh

oleh Nab Isa AS.

Selepas Dajjal mati, umat Islam yang tinggal sedikit saja lagi itu keluar dari dalam kawasan

lindungan dan dengan bantuan Nabi Isa AS, mereka memerangi bangsa Yahudi. Seterusnya orangorang

Yahudi dibunuh sehabis-habisnya, tiada seorang pun dari mereka yang dibiarkan hidup

melainkan yang benar-benar beriman saja. Semasa memerangi orang Yahudi ini, batu dan pokok

turut membantu. Ini adalah sebahagian lagi mukjizat Nabi Isa AS dan keramat Imam Mahdi.

10. Pemerintahannya Selepas Kematian Dajjal

Imam Mahdi akan memerintah semula dunia ini selepas kematian Dajjal dengan penuh

keadilan, aman makmur dan bahagia. Lama pemerintahannya pada masa ini adalah sembilan tahun.

Dengan itu lengkaplah tempoh pemerintahannya selama empat puluh tahun yang penuh gilanggemilang

dan diriwayatkan dengan tinta emas. Itulah kemuncak peradaban manusia pada akhir zaman

dan tidak ada lagi yang lebih hebat daripada itu.

Selepas membunuh sekalian bangsa Yahudi sehingga bangsa itu hampir-hampir saja pupus

dari atas muka bumi ini, Nabi Isa AS akan membantu Imam Mahdi membunuh babi dan kera yang

terdapat di seluruh dunia. Nabi Isa AS akan turut mematahkan salib yang terdapat, sama ada di gereja

atau di bangunan atau di mana-mana saja sehingga akhirnya tiada lagi salib yang tinggal di atas

dunia ini. Agama Kristian juga akan pupus dari atas dunia ini pada masa itu dan tidak akan munculmuncul

lagi sehinggalah ke saat berlakunya kiamat nanti.

Pada masa inilah akan berlaku beberapa perkara besar, yang tidak pernah lagi berlaku sejak

Nabi Adam AS hinggalah ke hari kiamat. Yang pertama sekali, diberkatkan pada buah-buahan

sehingga buah yang ada pada hari ini menjadi besar-besar dan lazat-lazat, sehingga sebiji delima dapat

dimakan oleh sekumpulan orang dan mengenyangkan. Kulitnya dapat menaungi beberapa orang

budak yang berteduh di bawahnya. Begitu juga dengan buah-buahan yang lain, yang turut mengalami

perubahan dari segi saiz, bentuk, rasa dan baunya.

Diberkatkan juga biji-bijian dan tanam-tanaman sehingga secupak benih yang ditanam dapat

menghasilkan lebih daripada 700 cupak apabila dituai. Pokoknya juga cepat masak, tidak berpenyakit

dan tidak perlu dibaja lagi karena hujan yang turun mencurah-curah membawa bersama-samanya baja

yang amat menyuburkan. Pokok-pokoknya juga tidak tinggi dan tidak mudah rosak. Dan secupak

makanan yang dimasak dapat dimakan oleh sekumpulan orang sehingga mereka benar-benar

kekenyangan karenanya.

Diberkatkan juga pada air, sama ada pada air hujan, air sungai dan air laut. Air begitu mudah

diperoleh di mana-mana kawasan pun yang dikuasai oleh Imam Mahdi. Airnya mengalirkan paritparit

dan sungai-sungai dalam keadaan jernih dan bersih, tidak lagi kotor seperti sebelum Imam

Mahdi muncul. Air yang bersih dan banyak ini selamat untuk diminum dan digunakan sebagai

keperluan harian. Air hujannya membawa berkat yang amat banyak kepada manusia dan tidak

membahayakan. Banyak hasil ikan dan makanan laut untuk dimakan oleh seluruh manusia. Semuanya

diberkatkan oleh Tuhan melalui keberadaan Imam Mahdi dan Nabi Isa AS di kalangan manusia. Dan

itulah kelebihan sesuatu umat yang mempunyai pemimpin yang bertakwa.

Diberkatkan haiwan-haiwan ternakan sehingga binatang-binatang itu berkembang biak

dengan pesat, gemuk-gemuk dan besar-besar. Sekali perahan susunya dapat diminum oleh

sekumpulan orang hingga kenyang. Haiwan-haiwan ini tidak perlu dijaga sangat karena tidak ada

orang yang mahu mencurinya, juga tiada haiwan pemburu yang akan menerkamnya. Haiwan ini akan

keluar pada pagi-pagi hari dan pulang sendiri pada waktu petang. Haiwan-haiwan ternakan itu juga

amat jinak, iaitu jinak dengan sendirinya sehingga tidak perlu dijinakkan lagi. Untuk menyembelih

seekor lembu cukup seorang saja melakukannya, tanpa perlu meminta bantuan orang lain lagi.

Ayam dan itik bertelur dengan banyak pada setiap hari dan dagingnya dapat dimakan selalu.

Diberkatkan pada haiwan-haiwan berbisa sehingga haiwan ini tidak mempunyai bisa lagi dan

jinak pula dengan manusia. Haiwan-haiwan ini bukan saja tidak menakutkan manusia, malah boleh

berkawan baik pula dengan anak-anak manusia seperti kawan yang sudah lama saling mengenali.

Harimau, serigala dan singa akan keluar dari dalam hutan lalu berkawan dengan manusia di kampungkampung

dan bandar-bandar, tinggal bersekali dengan manusia tanpa sebarang mudarat. Ular dan

kala berkawan dan bermain-main dengan anak manusia tanpa risau mereka akan mematuk atau

menyengat kanak-kanak itu.

Diberkatkan pada masa sehingga setahun pada masa itu sama panjangnya dengan dua puluh

tahun pada masa kita ini. Keadaan yang amat berkat ini menyebabkan kanak-kanak merasakan dirinya

telah lama hidup sedangkan dia masih lagi kanak-kanak, seakan-akan dirinya telah dewasa manakala

orang-orang dewasanya merasakan dirinya kembali seperti zaman kanak-kanak karena tidak perlu

memikirkan apa-apa lagi selain Allah SWT semata-mata, tidak seperti orang dewasa pada zaman ini

yang terpaksa memikirkan sejuta macam perkara dan persoalan.

Diberkatkan pada pemerintahan sehingga Imam Mahdi diberi keupayaan untuk memerintah

seluruh dunia ini, termasuk seluruh benua Amerika Selatan, Amerika Utara, seluruh Eropah Barat dan

Eropah Timur, seluruh Asia dan Afrika. Kawasan-kawasan di hemisfera selatan seperti Australia,

New Zealand dan negara-negara pulau di Lautan Pasifik juga akan tunduk dibawah pemerintahan

Imam Mahdi. Diberkatkan juga pada pentadbiran sehingga tiada sebarang masalah yang akan

ditimbulkan oleh rakyat, walaupun hanya seorang saja. Masing-masing redha dengan pemerintahan

Imam Mahdi ke atas mereka. Tidak wujud lagi persaingan merebut kuasa seperti yang sedang galak

berlaku pada hari ini, malah sanggup begaduh karena mahukan jawatan dalam politik. Semua itu akan

pupus sendiri dan tidak akan berlaku lagi pada zaman Imam Mahdi.

Diberkatkan pada harta benda sehingga manusia menjadi jemu dengannya karena sudah

terlalu banyak harta di atas muka bumi ini. Harta benda tidak lagi perlu dicari-cari karena semuanya

ini akan muncul sendiri dari dalam perut bumi, bukan lagi dalam bentuk butir-butir kecil seperti pada

hari ini tetapi berketul-ketul seperti tiang-tiang rumah dan bergumpal-gumpal seperti busut besar

yang sebahagiannya sehingga setinggi manusia berdiri. Sekaya-kaya manusia pada hari ini, iaitu zaman

kita ini, dianggap semiskin-miskin manusia pada masa itu. Betapalah yang paling kayanya pada masa

itu, bagaimanalah kayanya dia. Tidak terbayangkan oleh kita sekarang ini!

Diberkatkan pada manusia sehingga manusia menjadi seperti zaman kanak-kanak mereka,

tidak pernah bergaduh dan menumpahkan darah. Tidak ada saling mendendam atau permusuhan,

juga tiada sibukkan hal orang lain yang tidak ada kaitan dengan agama. Akhirnya, seluruh umat

manusia hidup dalam keadaan penuh aman damai, bahagia dan sentosa sepanjang masa.

Akhirnya, setelah memerintah dunia ini selama sembilan tahun (atau kurang sedikit) menurut

ukuran masa pada ketika itu, maka Imam Mahdi yang amat dicintai, disayangi dan ditaati tu

meninggal dunia di atas katil di dalam rumahnya, di Timur. Berita kematiannya diketahui oleh semua

manusia di seluruh dunia. Jenazahnya segera dimandi, dikafan dan seterusnya disembahyangkan

secara sekali gus oleh semua umat Islam, walau di mana saja mereka berada. Teknologi pada masa

itu dan bantuan keramat-keramat wali Allah memampukan seluruh umat Islam untuk memberikan

penghormatan terakhir kepada pemimpin besar mereka itu. Itulah orang yang pertama sekali di dunia

ini yang jenazahnya disembahyangkan secara serentak oleh seluruh umat Islam yang ada di seluruh

dunia ini.

Dan, sebelum upacara sembahyang jenazah dilakukan, Nabi Isa AS dilantik menjadi Imam

Mahdi yang baru, menggantikan Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-Mahdi yang telah meninggal

dunia itu. Tugas pertama Nabi Isa AS sebagai Imam Mahdi yang baru adalah mengimamkan seluruh

umat Islam untuk menyembahyangkan jenazah arwah Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-Mahdi,

dan dimakmumkan oleh sekalian umat Islam. Demikianlah adanya. Setelah itu, jenazah Imam Mahdi

pun dimakamkan di tempat beliau meninggal dunia itu. Tugasnya memimpin umat, kini terserah

kepada Nabi Isa AS pula. Wallahu A’alam.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: