Ringkasan Perbedaan Imam Mahdi Sunni – Syiah

Berdasarkan sumber-sumber sahih daripada kedua-dua belah pihak, Sunnah dan Syiah,

memang diakui terlalu besar perbedaan antara Syiah dengan Ahlus Sunnah. Berikut adalah antara

perbedaan yang amat ketara itu. Syiah yang dijadikan perbandingan ini adalah firkah Syiah Imamiah

Isna Asyariyah.

Syiah Imamiah Ahlus Sunnah wal Jamaah

Jawatan : Imam Kedua Belas & terakhir bagi Syiah Wali Qutub & tidak ditentukan sebagai

Imamiah. yang kedua belas.

Nama : Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari. Muhammad bin Abdullah.

Keturunan : Ahlulbait, generasi kedua belas. Ahlulbait, generasi ke-33.

Nama Bapa : Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi. Abdullah bin (tidak ditetapkan).

Nama Ibu : Narjis Khatun. Aminah binti (tidak ditetapkan).

Keturunan Ibu : Rom / Eropah. Ajam.

Tempat Lahir : Kota Samarra, Iraq. Wilayah Ajam / Timur.

Kuniyat : Abu Qasim. Abu Abdillah.

Bangsa : Arab Quraisy, Alawiyin. Arab Quraisy + Ajam.

Makam : Kota Karbala, Iraq. Baitulmaqdis, Palestin.

Perkahwinan : Belum berkahwin. Sudah berkahwin.

Pemerintahan : Kira-kira seribu tahun. Kira-kira empat puluh tahun.

Pembantu : 4 orang Naib / Bab. Ikhwan / Abdal / Nujabak / Asoib.

Ghaib : Ghaib as-Sughra (ghaib kecil) &

Ghaib al-Kubra (ghaib besar).

Masuk ke alam wali & kini adalah

Ketua Rijalul Ghaib.

Umur : 6 atau 9 tahun. 40 tahun +

Taraf : Maksum, Imam Suci. Wali Qutub / Sayidul Mujaddidin

Pelantikan : Ditunjuk secara khusus. Ditunjuk secara umum.

Aurad / Tarekat : Tiada. Ada / Wirid Tarekat.

Konsep : Ada Raj’ah. Tiada Raj’ah.

Kepercayaan : Rukum iman. Furuk-furuk kepada rukun iman.

Bilangan hadits : Lebih kurang seribu buah. Tidak sampai seratus.

Mazhab Syiah Ada Beberapa Orang Imam Mahdi

Sudah terkenal pula di kalangan Syiah, selain Imamul Ghaib Muhammad bin al-Hasan al-

Askari yang disebut sebagai Imam Mahdi, ada beberapa orang lagi yang diyakini oleh pengikut Syiah

daripada firkah lain sebagai bakal Imam Mahdi dan akan muncul semula ke dunia ini. Persamaan

kepercayaan di antara pelbagai firkah ini ialah bahwa semua Imam Mahdi mereka itu adalah Imam

yang ghaib. Perbedaannya pula adalah dari segi nama wataknya, cara mereka ghaib dan tempat mereka

ghaib.

Dalam uraian di sini, penulis ingin menyentuh mengenai keyakinan golongan Kaisaniah, yaitu

salah satu golongan Syiah yang paling awal munculnya di dalam dunia Islam. Pengasas firkah ini adalah

Kaisan, yaitu seorang khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abi Talib. Muhammad bin Ali

adalah salah seorang anak Sayidina Ali KMW dengan isterinya yang bernama Haulah dari Bani

Hanifah, yang dikahwininya setelah Sayidatina Fatimah az-Zahra meninggal dunia. Karena itu beliau

dipanggil Muhammad bin Ali al-Hanafiah, mengambil sempena nama kabilah ibunya itu.

Kaisan itu asalnya khadam kepada Sayidina Ali KMW. Setelah Sayidina Ali KMW meninggal

dunia, beliau menjadi khadam pula kepada anak Sayidina Ali KMW, Muhammad bin Ali, yang lebih

dikenali dengan gelaran Muhammad al-Hanafiah. Beliau seorang yang taat setia kepada Sayidina al-

Husain dan al-Hasan RA. Apabila kedua-duanya meninggal dunia, Kaisan dan pengikut-pengikut

setianya memperjuangkan pula hak keturunan Sayidina Ali KMW sebagai khalifah umat Islam. Dan

orang yang diperjuangkan haknya ketika itu adalah Muhammad bin Ali.

Pada mulanya, mereka hanya menuntut hak terhadap jawatan khalifah itu saja. Namun,

oleh pertambahan pengikut, yang kebanyakannya tidak begitu arif perjuangan sebenar telah beransuransur

menukar corak. Jika mulanya hanyalah menuntut jawatan khalifah itu saja, akhirnya merebak

lalu bertukar corak menjadi sebahagian daripada kepercayaan asas dalam mazhab mereka. Seterusnya

dikembangkan lagi menjadi kepercayaan bahwa beliaulah yang bakal menjadi Imam Mahdi yang

disebut-sebut itu.

Muhammad bin Ali sendiri menyedari akan hal ini, tetapi sudah agak terlambat untuk

berbuat apa-apa karena jumlah para pengikut yang ada sudah cukup ramai dan kesukaran untuk

bertemu secara terbuka dengan mereka. Pergerakan beliau juga amatlah terhad akibat kekangan

daripada pemerintah pada masa itu. Memang pemerintah ketika itu amat khuatirkan pengaruh

keturunan Sayidina Ali KMW di kalangan rakyat. Maka mereka berusaha sedaya mungkin menutup

pengaruh tersebut daripada tersebar di kalangan rakyat.

Apabila pengaruh tersebut gagal ditutup dan dikawal, mereka coba menangkap dan

membunuhnya pula. Maka ada andaian daripada banyak pihak bahwa Muhammad bin Ali ini

melarikan diri daripada diburu oleh pihak pemerintah. Beliau dikatakan bersembunyi di daerah

Radhwa, di kawasan pergunungannya, tidak jauh dari kota Madinah, di Jazirah Arab. Masa di sana,

beliau gagal diketahui lagi oleh pihak pemerintah. Di sanalah beliau dikatakan bersembunyi.

Segolongan daripada pengikut Kaisan percaya bahwa Muhammad bin Ali ini tidak mati lagi, masih

hidup dan akan keluar sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Tetapi segolongan yang lain

daripada mereka percaya bahwa Muhammad bin Ali sudah mati, cuma makamnya saja yang gagal

diketahui.

Bagi yang percaya kemunculannya nanti, mereka mendakwa bahwa Muhammad bin Ali

Hanafiah itu masih hidup lagi, tetapi telah ghaib, kini tinggal di pergunungan Radhwa itu, sambil

diapit oleh dua ekor singa yang besar. Apabila tiba masanya kelak, beliau akan muncul sebagai Imam

Mahdi lalu memulihkan keadilan di dunia dan mengembalikan kekuasaan ke tangan keluarga

Rasulullah SAW.

Begitu terkenal sekali peribadi yang bernama Muhammad Ali Hanafiah ini di seluruh dunia

Islam sehingga ketahui daripada itu, lahirlah sebuah epik yang bernama Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah, yang menceritakan kisah hidup beliau dari mula hingga akhir. Buku cerita itu terdapat

dalam versi Arab dan versi Parsi. Setelah itu diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia.

Sayangnya, banyak cerita di dalamnya adalah tambahan-tambahan yang tidak dapat dipastikan

kesahihannya karena tidak disandarkan kepada bukti-bukti sejarah. Penceritaan yang keterlaluan

menyebabkan kita sangsi akan kebenarannya.

Kisah ini juga amat terkenal di kalangan orang-orang Melayu, melalui kisah epik tadi. Begitu

terkenalnya beliau sehingga ramailah orang Melayu yang menamakan anak mereka dengan nama

Muhammad Hanafiah atau Ali Hanafiah atau Muhammad Ali Hanafiah, sebagai mengambil berkat.

Sehingga hari ini pun masih ramai orang Melayu yang menamakan anaknya dengan nama itu. Dan

yang pasti, tidak ada unsur-unsur Syiah masa menamakan anak mereka itu, hanya semata-mata

mau mengambil berkat. Tidak lebih daripada itu.

Begitu terkenalnya juga kisah beliau, termasuk di kalangan bangsa Melayu ini, sehingga

sewaktu menentang tentara Feringgi dahulu, tentara-tentara Kesultanan Melayu Melaka menjadikan

pembacaan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah sebagai cara menaikkan semangat juang. Namun,

walaupun telah membaca kisah kepahlawanan Muhammad Ali Hanafiah pada malam harinya, dan

semangat juangnya telah begitu tinggi, tentara Kesultanan Melayu Melaka itu tetap kalah juga apabila

berhadapan dengan peralatan perang Feringgi yang jauh lebih moden dan lengkap.

Keris, lembing dan tombak tetap tidak mampu melawan kekuatan senapang dan meriam

kepunyaan Feringgi itu, sekalipun semangat melawan mereka cukup tinggi. Bilangan askar Melaka

yang jauh lebih ramai juga tidak dapat membantu mereka mengalahkan Feringgi yang kecil saja

bilangannya karena mereka sedang berpecah belah. Kekalahan tentara Melaka itu sebenarnya adalah

karena mereka tiada kekuatan rohani yang membolehkan bantuan daripada Allah didatangkan terus

kepada mereka, dan ketiadaan Orang Allah di dalam negeri dan angkatan itu. Faktor terpenting

inilah yang terselindung dan tidak tercium oleh sejarawan Malaysia hingga kini. Namun, satu perkara

yang pasti ialah kisah kepahlawanan Muhammad Ali Hanafiah dan buku hikayatnya yang tebal itu

tetap hidup dan terkenal hingga ke hari ini, menjadi satu-satunya yang masih tidak terkalahkan oleh

mana-mana penjajah pun.

Kesimpulan oleh Penulis

Setelah meneliti dan mengkaji dengan mendalam persoalan Imam Mahdi bagi golongan Syiah ini,

sama ada Syiah Imamiah, Syiah Ismailiah, Syiah Zaidiyah dan sebagainya itu, dan setelah mengkaji

dan meneliti sekian banyak hadits yang mereka kemukakan (berjumlah kira-kira seribu buah), maka

penulis ingin mengemukakan pendapat sendiri tentang persoalan ini, untuk renungan bersama. Jika

dirasakan benar, terimalah dan jika tersalah, terpulanglah.

Berdasarkan apa yang tersurat dan tersirat daripada periwayatan mengenai Imam Mahdi bagi

golongan Syiah itu, beberapa perkara dapat diketahui, yang antaranya adalah separti berikut.

1. Imam Mahdi Syiah itu sebenarnya tidak ada, dan ekoran itu tidak akan muncul pada bilabila

masa pun. Ini dapat diketahui melalui dua buah cerita yang diketahui yang memungkinkan

bahwa Imam Mahdi mereka itu sebenarnya memang tiada.

a. Imam mereka itu sudah mati dan kini sedang berada di alam barzakh. Imam

mereka itu dikatakan hilang masa berusia enam, tujuh, lapan atau sembilan tahun.

Yang sebenarnya Imam Mahdi mereka itu sudah pun mati, yaitu mati dalam arti kata

yang sebenar-benarnya, kembali ke alam barzakh, tempat sementara untuk menuju

ke alam mahsyar. Untuk menutup rasa kekecewaan mereka yang amat sangat itu,

dikatakan bahwa Imam mereka itu hanya bersembunyi di dalam gua, tidak akan

muncul melainkan pada hari dia dimunculkan kelak. Yang sebenarnya Imam mereka

itu telah benar-benar mati dan ditanamkan di dalam gua itu. Ada pendapat yang

mengatakan bahwa Imam mereka itu mendapat sakit dan mati karena sakitnya itu.

Ada pula yang mengatakan bahwa Imam mereka itu dibunuh oleh seorang wanita

Yahudi dengan menggunakan penyodok tanah yang dihayunkan ke kepalanya. Dan

beberapa riwayat lain lagi yang berbeda-beda.

b. Imam mereka itu sebenarnya hanyalah sebuah legenda, wataknya diadakan

sementara dan ditiadakan semula untuk kepentingan mereka sendiri. Ini

dikarenakan lingkungan yang mengetahui keperibadian Imam mereka itu amatlah

terbatas, dan disampaikan secara yang amat rahsia pula. Dalam hal ini, dirasakan

bahwa Imam mereka itu hanyalah watak rekaan adalah lebih hampir kepada

kebenaran. Kelahirannya amatlah rahsia, sehinggakan adik-beradik dan kaum

keluarga Imam Hasan al-Askari sendiri pun tidak menyedarinya. Mereka tidak tahu

bilakah ibunya mengandungkannya, tidak tahu juga bagaimana dia dibesar dan

dipelihara. Tahu-tahu sudah ada seorang anak lelaki yang sudah pun besar panjang.

Anak siapa yang diperalatkannya itu? Selepas itu, budak lelaki itu tidak pernah

ditemui lagi oleh sesiapa pun dari kalangan mereka, termasuk kaum kerabatnya

sendiri.

Rumusannya, golongan Syiah sebenarnya menanti kemunculan Imam Mahdi yang sudahpun

benar-benar mati. Mereka juga menanti Imam Mahdi yang tidak akan muncul sampai bilabila

pun, walaupun mereka setia menantinya sehingga ke saat angin sangkakala pertama

ditiupkan oleh malaikat Israfil AS.

2. Imam Mahdi Syiah itu sebenarnya lebih dari seorang dan tidak diketahui siapa sebenarnya

yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Masing-masing pihak mendakwa Imam Mahdi

merekalah yang akan muncul kelak, dan setiap dakwaan itu disertakan pula oleh beberapa

buah hadits Nabi SAW dan ucapan daripada Sayidina Ali KMW dan Imam-imam yang lain.

Apabila ini berlaku, terjadilah partindihan maklumat dan tidak lagi kita ketahui yang mana

satu Imam Mahdi yang akan muncul kelak. Jika ini berlaku juga (katakanlah begitu), maka

pastilah pendapat salah seorang Imam mereka itu akan menjadi batil dan batal, sedangkan

Imam-imam mereka itu didakwa sebagai orang-orang yang maksum. Menurut pandangan

kita, maka semuanya itu tidak akan terjadi, insya-Allah karena semua dakwaan itu tidak sesuai

dengan kehendak dan syarat-syarat yang digunakan oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah.

3. Imam Mahdi Syiah itu memiliki sifat-sifat yang tidak mampu dimiliki oleh mana-mana

manusia pun, karena sifat-sifat tersebut hanya boleh dan patut dimiliki oleh Allah sematamata.

Misalnya Imam Mahdi itu ditaati dan ditunduki oleh setiap zarah yang ada di alam ini,

dia mengetahui setiap perkara dan nama, dia tidak akan lupa pada sesuatu, tidak akan tersilap

dan banyak lagi. Lihatlah kitab-kitab muktabar dalam mazhab Syiah untuk mengetahui

dengan lebih lanjut lagi akan hal ini. Sifat ini sebenarnya tiada pada sesiapa pun.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: