Tahun-tahun Awal Pemerintahannya

1. Pusat Pemerintahan Imam Mahdi

A. Sabda Nabi SAW,

“Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim benar-benar) akan muncul, kemudian

menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

Hal ini sudahpun dijelaskan dalam bahagian-bahagian sebelumnya, walaupun dengan

keterangan dan uraian yang agak ringkas. Oleh itu, penulis tidak bercadang memanjangkan

perkataan mengenainya lagi di sini.

2. Manusia Mengerumuni Imam Mahdi

A. Sabda Nabi SAW,

“Umat manusia akan mencari dan mengerumuni al-Mahdi seperti lebah mengerumuni madunya.

Keadilan al-Mahdi meratai seluruh alam, seperti sebelumnya bumi dipenuhi dengan penyelewengan.

Pada masa ini, umat manusia menjadi seperti pada masa kanak-kanaknya, selalu bermain dan

tidak pernah menumpahkan darah”

Pemimpin adalah bapa kepada rakyat dan rakyat adalah anak kepada pemimpin. Pemimpin

mesti menganggap rakyatnya perlu ditarik ke jalan yang betul seperti orang menarik haiwan ternakan

ke padang yang betul, bukannya ke arah jurang yang dalam atau ke padang pasir yang tandus.

Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang mendapat tempat paling besar dalam hati sekalian rakyat,

tidak kira usia atau bangsa. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang rakyat taat kepadanya tanpa

perlu disuruh-suruh atau dibentak-bentak. Pemimpin yang adil adalah orang yang dicontohi segala

perihalnya oleh rakyat, sama ada yang zahirnya mahupun yang batinnya. Pemimpin yang adil adalah

orang yang paling dicintai dan disayangi, lebih daripada anak-anaknya sendiri.

Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang membawa keamanan dan kebahagiaan hakiki

kepada rakyatnya sehingga mereka tidak memerlukan apa-apa pun lagi selain beribadat kepada Allah

SWT. Keadilannya begitu merata sehingga seorang penduduk yang tinggal nun jauh di ceruk

kampung pun mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pemimpinnya tadi. Pemimpin yang adil

adalah pemimpin yang dapat mendekatkan hati rakyatnya kepada Allah SWT sedekat-dekatnya, dapat

meninggikan iman rakyatnya setinggi-tingginya, dapat menaikkan Islam ke tempat yang semuliamulianya

dan mampu menguruskan seluruh urusan rakyatnya sehingga kepada yang sekecil-kecilnya.

Hal ini mustahil dapat dilakukan oleh sesiapa pun melainkan oleh seorang pemimpin yang

bertaraf Orang Allah. Hanya pemimpin yang bertaraf ini saja yang akan diberi kesanggupan oleh

Allah untuk menguruskan segala hal urusan manusia yang dipimpinnya karena hakikatnya mereka

hanyalah mentadbir sebagai seorang wakil saja, iaitu Wakil Allah. Hakikatnya yang mentadbir itu

adalah Allah SWT, bukannya mereka. Maka dimampukan-Nyalah orang-Nya untuk mentadbir

sesebuah negara, malah sehingga ke seluruh dunia ini sekalipun. Itulah rahsia sebenar kejayaan

kepemimpinan seorang pemimpin yang bertakwa. Hal ini memang sudah terlindung daripada

pandangan ahli-ahli sejarah Islam dan sejarawan dunia karena ilmu-ilmu seperti ini tidak Allah

wariskan kepada golongan-golongan yang seperti itu. Hanya Orang-orang Allah saja yang akan

diberikan nikmat pengetahuan tentangnya.

3. Imam Mahdi dan Baitulmaqdis (Jerusalem)

A. Sabda Nabi SAW,

“Seorang lelaki daripada umatku akan keluar lalu bercakap berdasarkan sunnahku, dan Allah

yang Maha Besar lagi Maha Perkasa akan menurunkan hujan dari langit (dengan banyaknya)

sehingga bumi mengeluarkan segala isinya. Melaluinya dunia ini akan dipenuhkan dengan

keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan penindasan dan kekejaman.

Dia akan memerintah umat ini selama tujuh tahun, lalu pergi (berhijrah) ke Baitulmaqdis.”

Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Imam Mahdi. Bercakap berdasarkan sunnah itu

maksudnya ialah mengamalkan apa yang diucapkannya, bukan semata-mata mengucapkan tanpa

diamalkan. Juga bermaksud akidahnya adalah tepat seperti akidah Rasulullah SAW dan para Sahabat

RA. Juga bermaksud amalannya lebih banyak daripada cakapnya karena beliau tidak suka bercakap

mengenai sesuatu melainkan beliau telah amalkannya terlebih dahulu. Hal ini amatlah sukar untuk

dipraktiskan pada zaman ini oleh kebanyakan orang, sama ada para ulamanya mahupun para

pemimpinnya.

Karena keadilan pemeirntahannya, Allah SWT turunkan keberkatan dari langit dan dari

dalam bumi, dari tanam-tanamannya, ternakannya dan harta bendanya. Ini boleh berlaku dengan izin-

Nya dan dengan berkat keramat pemimpin yang bertakwa itu. Pemerintahannya sentiasa dibantu oleh

Allah sehingga jadilah beliau seorang pemimpin yang sangat adil dan saksama sepanjang

pemerintahannya. Lama pemerintahannya selepas Dajjal dibunuh adalah selama tujuh hingga

sembilan tahun, iaitu menurut kadar pada masa itu, bukan menurut zaman kita sekarang ini. Tempat

hijrah beliau, iaitu tempat tinggalnya selepas keluar dari kota Makkah ialah ke Baitulmaqdis.

4. Imam Mahdi Menguasai Harta-benda

A. Sabda Nabi SAW,

“Pada kurun-kurun akhir umatku nanti, akan muncul seorang Khalifah yang amat mudah

mendapat harta-benda (tanpa perlu apa-apa usaha pun) dengan jumlah yang tidak terkira

banyaknya.”

B. Kata Abu Nadrah, kami bersama-sama dengan Jabir bin Abdullah RA, lalu dia berkata:

Akan terjadi penduduk Iraq tidak menghantar bahan makanan dan dirham mereka.” Kami

bertanya, “Dari arah mana?” Jawabnya, “Dari arah bukan Arab, yang menahannya.”

Kemudian dia berkata lagi, “Aku syak bahwa penduduk Syam juga tidak menghantar dinar

dan mud mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana datangnya?” Jawabnya, “Dari arah

Rom.” Kemudian dia diam seketika, kemudian berkata, “Telah bersabda Nabi SAW,

Akan berlaku pada akhir zaman seorang khalifah yang menyebarkan harta

sebanyak-banyaknya tanpa mengira-ngiranya.” Aku bertanya kepada Abu Nadrah

dan Abu al-A’ala, “Kami menyangka dia itu adalah Umar bin Abdul Aziz.” Jawabnya,

Bukan.” (Muslim)

C. Sabda Nabi SAW,

“Pada akhir umatku nanti, Al-Mahdi akan muncul yang dengannya Allah akan menurunkan

hujan (yang lebat) sehingga bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya. Dia akan menyebarkan

harta-benda secara saksama, lembu-lembu ternak akan bertambah dan umat ini menjadi besar.

Dia akan hidup selama tujuh atau lapan (tahun).”

Kemuncak kegemilangan umat Islam adalah semasa Imam Mahdi memerintah, iaitu sejurus

sebelum Dajjal keluar dan selepas Dajjal mati dibunuh. Pada masa itu, iaitu selepas Dajjal mati

dibunuh oleh Nabi Isa AS, seluruh umat manusia di seluruh dunia akan memeluk Islam sebagai

agama mereka sehingga hampir-hampir tiada lagi di atas dunia ini orang-orang kafir. Ini dikarenakan

pemerintahan Imam Mahdi itu amat adil sehingga manusia nampak nyata kebenaran dan kebesaran

agama Islam di dalam setiap hal di atas muka bumi ini. Tiada lagi yang lebih besar dan nyata

melainkan Islamlah satu-satunya.

5. Harta Karun Keluar Melimpah-limpah

A. Kata sahabat RA,

“Pada zaman al-Mahdi, perut bumi akan mengeluarkan galian-galian yang berharga (dan

bermutu tinggi) seperti gumpalan-gumpalan emas dan perak.”

B. Apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz disebutkan di hadapan Matar Al-Warrak, dia berkata,

“Itu mengingatkan kita bahwa Al-Mahdi akan melakukan sesuatu yang Umar bin Abdul

Aziz tidak lakukan.” Lalu dia pun ditanya, “Apakah itu?” Jawabnya, “Seorang lelaki datang

menemuinya lalu meminta (harta), lalu disuruh masuk ke perbendaharaan dan mengambilnya.

Dia pun masuk kemudian keluar (dengan membawa harta-benda yang banyak) tetapi apabila dia

melihat orang ramai, dia pun berasa malu lalu kembali dan berkata, “Ambillah kembali apa

yang kamu telah beri kepadaku.” Tetapi dia (Al-Mahdi) menolak sambil berkata, “Kami

memberi, tetapi kami tidak menerima kembali.”

Kedua-dua riwayat ini adalah lanjutan kepada penerangan yang telah diberikan sebelum ini.

Keberkatan yang dinikmati oleh manusia pada masa itu sudah lama hilang daripada kita sehingga

ramai yang akan mempertikaikan apa yang dinyatakan itu, termasuk dari kalangan yang bertaraf cerdik

pandai agama. Kalau orang kampung atau orang yang jahil agama berkata demikian, kita tidaklah

berapa hairan sangat. Jika yang mempertikaikan hal ini adalah orang yang pernah mengaji agama

sehingga ke peringkat yang tinggi, maka kita sebenarnya amatlah berasa hairan.

Namun, daripada ini kita dapatlah katakan bahwa keberkatan yang dimaksudkan itu

sebenarnya sudah terlalu jauh daripada kita sehingga apa yang digambarkan dalam dua buah

ungkapan ini dirasakan seperti cerita-cerita dongeng dalam Hikayat Seribu Satu Malam, bukan pada

realitinya. Kita sudah tidak mengerti apa itu berkat, bagaimana bentuk dan caranya. Yang kita faham

ialah berkat dalam doa saja, atau berkat orang-orang tua dan alim, atau di kalangan orang-orang

berbangsa Jawa, berkat ialah hadiah semasa kenduri perkahwinan.

6. Galian-galian Keluar Berketul-ketul dan Bergumpal-gumpal

A. Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Bumi akan mengeluarkan ketulan-ketulan emas dan perak dari dalam perutnya seperti tiangtiang.”

Sabdanya lagi, “Lalu seorang pencuri datang (dengan tujuan mahu mengambil harta itu)

kemudian berkata (kepada dirinya), “Karena mencuri inilah tanganku akan dipotong.”

Pembunuh datang (dengan tujuan mahu mengambil harta itu) kemudian berkata, “Karena

mencuri inilah aku akan dibunuh.” Pemutus tali persaudaraan datang (dengan tujuan mahu

mengambil harta itu) kemudian berkata, “Karena mencuri inilah aku akan memutuskan lagi tali

persaudaraanku.” Kemudian ketiga-tiga mereka meninggalkannya dan tidak mengambil sedikit

pun daripadanya.”

(Ibnu Majah)

Hadits ini juga adalah penjelasan lanjut terhadap ungkapan yang disebutkan sebelum ini.

Hanya bedanya, yang ini adalah hadits (yang ternyata keluarnya awal daripada ungkapan tabiin) dan

yang terdahulu sebutnya itu adalah asar tabiin saja. Dari segi itu, diharap tidaklah disalah mengerti.

Hanya dari segi tajuk-tajuk dalam buku ini saja yang dikatakan terdahulu dan terkemudian, bukan

dari segi masa keluarnya ucapan atau ungkapan itu.

Manusia pada masa itu sudah menjadi terlalu kaya hati dan kaya harta benda sehingga

pencuri pun tidak mahu mengambil harta yang berlonggok di tengah jalan lalu dikuisnya saja

dengan kaki dan ditinggalkan begitu saja. Begitu juga setiap orang yang lalu-lalang di situ, tidak

mahu mengambilnya walaupun hanya sebutir permata yang kecil saja. Masing-masing lebih

mengutamakan keperluan orang lain yang (pada pandangan mereka) lebih memerlukan harta itu

daripada mereka. Juga karena mereka lebih mementingkan menjaga syariat, walaupun pada perkara

yang kecil-kecil saja pada pandangan kita hari ini. Mereka juga menjadi begitu karena amat menjaga

hubungan hati mereka dengan Allah SWT walaupun pada ketika tidak ada orang yang melihatnya,

dan kesempatan untuk memilikinya sudah cukup luas dan terbuka.

7. Khazanah Baitullah Dibahagi-bahagikan

A. Sabda Nabi SAW,

“Tinggalkanlah bangsa Habsyi apabila mereka meninggalkan kamu semua. Sesungguhnya harta

simpanan di Kaabah tidak akan dapat dikeluarkan melainkan dengan dua kekuatan.”

(Abu Daud, Ahmad, al-Bukhari & Muslim)

B. Kata sahabat RA,

“Al-Mahdi akan membahagi-bahagikan senjata dan harta yang diperolehnya daripada Baitullah

untuk Jihad fi Sabilillah. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Umar RA mengenai penyataan

al-Mahdi itu, “Saya tidak tahu, apakah saya akan menyimpan senjata dan harta tadi atau akan

membahagi-bahagikannya.”

Imam Mahdi adalah orang yang diberikan kekuasaan penuh untuk membahagi-bahagikan

harta simpanan Kaabah dan kelebihan Imam Mahdi yang satu ini tidak dimiliki oleh sesiapa pun,

termasuk oleh Nabi SAW sendiri. Hal ini bukanlah bermaksud Imam Mahdi lebih istimewa daripada

Nabi SAW, tetapi sebagai suatu kurniaan Allah SWT saja, karena selepas Imam Mahdi, memang

sudah tidak ada orang lain lagi yang akan memerlukannya, maka tidak perlu lagilah disimpan saja.

Karena itu, Imam Mahdi diberi keupayaan untuk mengeluarkan seluruh harta yang disimpan di

Kaabah itu untuk apa-apa tujuan yang dirasakannya perlu pada masa itu.

8. Khazanah Purba di Antokiah

A. Kata Kaab Al-Akhbar RH,

“Al-Mahdi akan mengeluarkan Peti Tabut (Bani Israel) daripada bandar Antokiah.”

B. Kata tabiin RH,

“Peti Tabut (yang dikeluarkan) dari Laut Tibriyah akan berada di tangan Al-Mahdi. Dia

membawanya dan diletakkan di Baitulmaqdis. Jika orang-orang Yahudi melihat peti tersebut,

maka mereka akan memeluk Islam, melainkan sebilangan kecil saja.”

C. Kata Tamim Ad-Dari RA,

“Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat sebuah kota Rom (yang cantik)

seumpama kota Antokiah dan aku tidak pernah melihat hujan (lebat) yang turun seperti yang ada

di sana.” Apabila baginda SAW mendengarnya, baginda pun bersabda, “Benar, karena

Kitab Taurat, Tongkat Nabi Musa, Peti Tabut dan singgahsana Nabi Sulaiman berada di

dalam guanya. Tidak sedikit awan yang datang dari pelbagai arah kepadanya lalu menurunkan

hujan di lembah itu.”

Ini adalah satu lagi kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada Imam Mahdi, yang tidak

didapat oleh orang-orang lain di dunia ini sebelumnya. Walaupun semua kenyataan ini dibuat oleh

tokoh Islam yang dikenali oleh ramai sebagai pembawa kisah-kisah Israiliyat, hal ini tidaklah

bermakna ungkapan mereka ini harus dibiarkan begitu saja. Sebabnya Tamim Ad-Dari RA hanya

meriwayatkan apa yang telah disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri, bukannya reka-rekaan

beliau dan bukan pula diambil daripada kisah-kisah Israiliyat.

9. Umat Islam Menjadi Kaya Hati

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan membuatkan hati umat Muhammad SAW berasa sangat kaya.”

B. Dari Jabir Ra, katanya Rasulullah SAW bersabda,

“Akan ada pada akhir (zaman nanti) seorang khalifah yang akan membahagi-bahagikan harta

tanpa menghitungnya.”

(Muslim)

Nyatalah bahwa Imam Mahdi itu adalah orang yang diutuskan oleh Allah SWT untuk

membawa keadilan kepada seluruh manusia dan mengembalikan berkat kepada bumi ini dan para

penghuninya. Karena keberkatan itulah juga manusi akan menjadi manusia yang kaya hati mereka

daripada mahu membolot harta dunia sebanyak-banyaknya. Mereka akan menjadi umat yang bersatu

hati, tidak mahu lagi bergaduh-gaduh seperti dahulu, tidak mahu lagi berebut-rebut sesuatu apa pun,

tidak mahu lagi memutuskan persaudaraan karena hal yang kecil-kecil, tidak lagi mahu menjadi umat

yang berpecah-belah karena mempertikaikan masalah yang halus-halus dan seterusnya.

Memang manusia yang hidup pada masa itu kaya-kaya belaka, terutamanya selepas kematian

Dajjal yang dibunuh oleh Nabi Isa AS. Tidak ada lagi apa-apa pun yang lebih mereka inginkan

daripada sujud kepada Allah SWT sehinggakan nilai sujud pada masa itu adalah lebih berharga kepada

mereka daripada bumi ini dan sekalian isinya. Begitu hebatnya iman mereka pada masa itu jika hendak

dibandingkan dengan iman kita pada hari ini, yang nyata amat jauh ketinggalan ke belakang.

Kita pada hari ini, tengah-tengah sujud pun masih lagi ingatkan harta benda dunia dan masih

sibuk lagi memikirkan cara-cara untuk mendapatkannya. Paling baik pun di kalangan kita ialah yang

meminta diberikan harta atau ditambahkan lagi harta yang telah sedia ada padanya. Itu yang paling

baik di kalangan kita pada hari ini, dari kalangan orang-orang awamnya. Yang terlalu sibuk

mengumpulkan harta dunia sehingga tidak sempat sembahyang pun amatlah ramai jumlahnya. Malah

yang lebih teruk lagi ialah yang terlalu asyik mengumpulkan harta sehingga tidak ingat lagi bagaimana

caranya untuk bersembahyang. Yang tidak pernah sembahyang pun ada, karena terlalu lekat hatinya

pada harta dunia yang dikejar-kejarnya itu. Harta dunia itu pula sifatnya, semakin dikejar semakin jauh

melarikan diri daripada orang yang mengejarnya. Semakin dikejar, semakin jauh larinya.

Imam Mahdi pula bersifat tidak pernah mengejar dunia. Dan harta dunia ini sifatnya, apabila

tidak dikejar oleh seseorang, maka harta dunia itu pula yang menyerahkan dirinya kepada orang itu.

Semakin tinggi takwa orang itu kepada Allah, semakin banyak harta dunia itu menyerahkan diri

kepadanya, terutama kepada orang yang bertaraf pemimpin. Sebab itulah Imam Mahdi itu tidak perlu

berusaha susah payah mendapatkan harta dengan segala macam cara yang dilakukan seperti amalan

mana-mana kerajaan pada hari ini. Segala macam cukai dan sumber dicari dan digali supaya dapat

harta, namun tidak juga banak-banyak harta yang didapatnya itu. Imam Mahdi tidak mengenakan

sebarang cukai kepada manusia, hanya beberapa cukai tertentu saja yang masih dikekalkan, iaitu

cukai-cukai yang berbentuk syarak, bukan cukai yang bersiat keduniaan.

Selain cukai-cukai syarak yang telah diwajibkan oleh sunnah, semua bentuk cukai dan

bayaran akan dihapuskan sama sekali sehingga manusia menjadi bebas daripada segala macam

pembayaran yang mesti dijelaskan seperti sebelumnya. Imam Mahdi adalah lebih kaya daripada segala

yang ada itu sehingga beliau tidak memerlukan lagi sebarang bentuk cukai dan pembayaran. Dan, oleh

karena pemimpinnya sendiri begitu zuhud dengan harta yang ada, maka rakyat pun akan turut sama

zuhud, seperti zuhudnya pemimpin mereka. Mereka bukan tidak membuat kemajuan, malah mereka

jauh lebih maju daripada yang mampu dicapai oleh tamadun Barat pada hari ini. Hanya mereka adalah

golongan yang zuhud dalam erti kata yang sebenarnya, tepat seperti yang dituntut oleh syarak.

10. Hak Orang yang Dizalimi Dikembalikan

A. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi mampu mengembalikan hak orang yang pernah dizalimi, sehingga sekiranya di dalam

mulut seseorang ada bekas kata-kata yang digunakan untuk berbuat zalim, maka kata-kata itu

akan dikoyakkan dan ditampar semula ke mukanya.”

Keramat Imam Mahdi amat besar dan luas sehingga boleh mengoyakkan kata-kata zalim dari

mulut orang yang berkata zalim itu lalu ditamparkan semula ke mukanya. Itulah balasan terhadap

orang yang berbuat zalim dengan lidah. Jika berbuat zalim dengan anggota lain juga, akan dibalas

pada masa itu juga. Akhirnya tiada lagi di dunia ini orang yang akan berbuat zalim, sama ada pada

mulut atau pada anggota badan yang lain.

Yang dimaksudkan dengan keramat Imam Mahdi itu ialah dapat melihat bekas kezaliman

seseorang yang dilakukan semasa beliau memerintah, bukan pada zaman sebelumnya. Dengan firasat

yang terang dan hebat inilah Imam Mahdi dapat mentadbir setiap manusia dengan baik dan adil

sehingga sebarang bentuk kezaliman akan terhapus sama sekali. Tiada siapa lagi yang berani berbuat

sebarang bentuk kezaliman, walaupun dalam jarak yang amat jauh daripada Imam Mahdi.

11. Tempoh Pemerintahan Imam Mahdi

A. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi akan berada di tengah-tengah umat Islam selama 39 tahun. Ketika itu, orang yang

masih kecil berkata, “Aduhai, aku (merasakan diri aku ini) seperti orang (yang telah) besar.”

Manakala orang-orang dewasa/tuanya pula berkata, “Aduhai, aku (merasakan diri aku ini

masih) seperti kecil lagi.”

B. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun.”

C. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi hidup selama 30 tahun.”

D. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi hidup selama 14 tahun.”

E. Kata tabiin RH,

“Sesungguhnya al-Mahdi akan tinggal di Baitulmaqdis (dan memerintah dunia dari sana) selama

14 tahun.”

F. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun dan meninggal dunia di atas tempat tidurnya.”

Semua penyataan di atas adalah benar. Yang berbeda itu hanyalah dari sudut mana mereka

melihatnya. Melalui sudut pandangan yang berbeda itulah mereka menyatakan tempoh pemerintahan

Imam Mahdi ke atas dunia ini. Jika kita telah benar-benar memahami pokok pemerhatian asasnya,

maka dengan mudah pula kita dapat menerima semua penyataan ini, tanpa ragu-ragu dan tanpa

banyak soal. Semua berita ini adalah sebagai menjelaskan tahap-tahap pemerintahan Imam Mahdi

saja. Adapun yang muktamadnya adalah di tangan Allah SWT.

12. Haiwan dan Tumbuh-tumbuhan Menjadi Amat Berkat

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan datang ke tengah-tengah umatku. Dia dilahirkan oleh Allah untuk

membuatkan umatku menjadi sangat kaya, membuatkan mereka hidup sejahtera, binatangbinatang

ternak menjadi sangat biak, tumbuh-tumbuhan menjadi makmur dan (dia juga) akan

membahagi-bahagikan harta-benda kepada umat manusia secara adil.”

Hadits ini menjelaskan perkara yang telah disebutkan sebelumnya, dan merupakan

pengulangan daripada kenyataan-kenyataan dalam bahagian yang terdahulu. Oleh itu, tidak perlulah

diperpanjangkan lagi di sini.

13. Harta Juga Menjadi Berkat

A. Sabda Nabi SAW,

“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki daripada keturunanku, yang (antara sifat

utamanya ialah) giginya berjarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam dan

akan mendapatkan harta-benda dengan melimpah-limpah.”

(Abu Nuaim)

B. Dari Abu Said Al-Khudri RA katanya, Nabi SAW bersabda,

“Dia akan memnuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya yang

dipenuhi dengan kekejaman dan penindasan. Seluruh penduduk langit dan bumi amat berpuas

hati dengan (pemerintahan)nya dan dia akan mengagihkan harta benda secara saksama.” Para

sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan dengan saksama itu? Rasulullah SAW menjawab,

“Sama rata antara semua orang, dan Allah akan menjadikan hati setiap umat Muhammad

kaya-raya, dan keadilannya amat memuaskan hati mereka sehingga dia menghantar seorang

petugasnya untuk bertanya, “Siapakah (lagi) yang mahukan harta?” Tiada seorang pun yang

mahukan harta yang dimaksudkan melainkan seorang yang berkata, “Saya.” Katanya, “Pergilah

ke perbendaharaan dan beritahunya bahwa Al-Mahdi menyuruhnya memberikan (dia) harta

benda.” Pegawai perbendaharaan itu berkata, “Ambillah sekehendakmu.” Lalu dia pun

mengambil harta itu sepenuh pakaiannya lalu mengikatnya. Kemudian dia berasa bersalah lalu

berkata, “Akulah umat Muhammad yang paling tamak.” Dia berhasrat memulangkan semula

(harta tersebut) tetapi tidak diterima, sambil (Al-Mahdi) berkata, “Kami tidak akan menerima

semula apa-apa yang telah kami berikan.” Al-Mahdi tinggal memerintah selama tujuh, lapan

atau sembilan tahun. Kemudian tiada lagi kehidupan yang lebih baik daripada masa itu.”

(Abu Daud, Ibnu Hibban, At-Tarmizi, Ahmad, At-Tabrani & Abu Nuaim)

Hadits ini juga adalah sambungan kepada penerangan bahagian yang sebelum ini. Oleh itu,

rasa-rasanya tidak perlu juga diperpanjangkan lagi di sini.

14. Pemerintahan Yang Diredai Oleh Semua

A. Sabda Nabi SAW,

“Kulit Al-Mahdi adalah seperti orang-orang Arab, bentuk tubuhnya adalah seperti bentuk tubuh

orang Israel, pipi kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannya diredhai oleh penduduk bumi,

penduduk langit dan burung-burung di angkasa.”

(Abu Nuaim & At-Tabrani)

Sebab apakah pemerintahan Imam Mahdi diredai oleh seluruh penduduk bumi dan langit?

Sebabnya ialah Imam Mahdi adalah orang yang diredai oleh Allah SWT. Apabila seseorang itu telah

diredai oleh Allah, maka seluruh makhluk pun, sama ada di langit mahupun di bumi, pasti akan turut

sama meredainya. Hanya manusia saja yang tidak berapa jelas akan hal ini. Setelah mendapat

petunjuk dari Allah saja, barulah seseorang itu akan diredai oleh seluruh manusia pula.

Berdasarkan ini pulalah kita ambil kesimpulan bahwa kita wajib mencari seorang pemimpin

yang benar-benar diredai oleh Allah untuk memimpin kita. Bukan sebarang-barang orang boleh kita

pilih sebagai pemimpin, dengan harapan orang itu akan membawa kita kepada Allah, sedangkan dia

sendiri pun tidak berapa kenal dengan Allah. Apakah seorang pemimpin yang begini sifatnya akan

dapat diharapkan dapat membawa kita kepada Allah? Kita tidak boleh mencari seseorang sebagai

pemimpin kita semasa kita sukakan dia, dan mencampakkannya ke belakang kita apabila kita sudah

tidak sukakannya lagi.

Sifat seperti ini bukanlah sifat seorang mukmin sejati. Dalam konteks pemerintahan

berkhalifah, pemimpin bukannya boleh ditukar ganti seperti kita menukar kain dan menyalin baju.

Sekali kita membaiat seseorang sebagai pemimpin, baiatnya akan terus berjalan sehinggalah salah

seorang daripadanya atau kedua-duanya mati. Pemimpin yang memimpin kita semasa di dunia ini

adalah juga seorang yang akan memimpin kita di dalam kubur dan juga di akhirat kelak. Apakah kita

hanya mencari seorang pemimpin yang hanya memimpin kita semasa di dunia saja dan tidak ada

sangkut paut dengan kita semasa di akhirat kelak? Ingat, pemimpin yang akan memimpin kita di

akhirat adalah lebih utama dan lebih perlu daripada pemimpin kita semasa kita hidup di dunia saja.

Jika pemimpin yang kita sayangi itu bukan merupakan orang Allah, sudah pasti masa

depannya di akhirat sana samar-samar. Jika dia bernasib baik dimasukkan ke dalam syurga, kita pun

akan turut bernasib baik mendapat syafaat darinya untuk turut dimasukkan ke syurga juga. Jika

nasibnya buruk sekali karena terpaksa dicampak ke neraka, maka kita pun turut terancam karena ada

kemungkinan kita pun akan turut ke neraka. Bukankah Nabi SAW sudah menyebutkan bahwa setiap

orang itu di akhirat kelak akan mengikut orang yang disayanginya? Jika pemimpinnya ke syurga, dia

akan dapat tiket mudah untuk ikut serta. Dan jika pemimpinnya ke neraka, dia pun akan turut sama.

Dan itulah sebabnya pemerintahan Imam Mahdi diredai oleh seluruh penduduk bumi dan

penduduk langit, karena keberadaannya di kalangan umat manusia, bukan sekadar berfungsi

memimpin zahir manusia, malah beliau juga adalah pemimpin hati mereka, pemimpin agama mereka,

pemimpin yang akan memimpin seluruh manusia semasa berada di Padang Mahsyar kelak dan juga

pemimpin mereka semasa berada di dalam syurga nanti. Imam Mahdi adalah pemimpin di dunia,

pemimpin di akhirat dan pemimpin di dalam syurga. Itulah sifat-sifat sebenar seorang pemimpin

sejati. Seorang pemimpin sejati seperti Imam Mahdi, apabila beliau telah meredai seseorang maka

orang itu ada harapan besar untuk turut masuk ke syurga, dan orang yang meredainya juga ada

harapan yang besar untuk diikutsertakan masuk sama ke dalam syurga. Itulah rahmat Tuhan yang

sangat luas kepada manusia pada akhir zaman, jauh lebih luas daripada keseluruhan luas kolong langit

ini.

15. Imam Mahdi Berhijrah

A. Kata sahabat RA,

“Tempat hijrah al-Mahdi adalah Baitulmaqdis.”

Imam Mahdi adalah pemimpin seluruh manusia. Ucapan sahabat RA ini tidaklah bersalahan

dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW sebelumnya mengenai hal yang sama.

Memang secara zahirnya nampak amat berbeda daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Apakah dengan hanya memahami maksud zahirnya semata-mata maka kita pun lekas-lekas

menghukumkan bahwa sahabat RA ini telah mengingkari apa yang telah disabdakan oleh baginda

SAW? Apakah para sahabat RA tidak mengetahui akan hadits lain yang menentuh mengenai Imam

Mahdi?

Apakah hanya dengan menilai maksud zahirnya saja, maka kita menghukumkan bahwa

ungkapan sahabat RA ini sebagai maudhuk atau syaz? Nyatalah bahwa sebenarnya ilmu kita yang

amat sedikit, kefahaman kita yang terlalu nipis, hukuman kita yang terlalu terburu-buru nafsu dan

pandangan kita yang terlalu sempit. Riwayat ini tidaklah salah, matannya adalah jelas dan tidak

mungkin salah terima atau berlaku sebarang syaz.

Imam Mahdi sebenarnya mempunyai beberapa kediaman dan mampu saja untuk tinggal di

beberapa buah tempat di mana-mana pun di atas dunia ini. Seluruh dunia ini adalah milik beliau

untuk diperintah dan dikuasai. Beliau juga adalah orang yang Allah telah redai, sama ada di dunia ini

mahupun di akhirat sana. Maka orang yang sebesar dan semulia beliau itu, tidaklah mustahil untuknya

membina beberapa buah rumah sekali gus di mana-mana saja. Hal sebegini pun tidaklah asing pada

kita yang hidup sekarang. Telah terbukti beberapa orang pemimpin besar dunia memiliki beberapa

buah rumah sekali gus di beberapa buah negara asing. Maka apakah salahnya Imam Mahdi yang nyata

lebih mulia dan bertakwa itu memiliki apa yang pernah dimiliki oleh pemimpin lain yang tidak Allah

redai?

Maksud tempat hijrahnya itu bukanlah bermaksud Imam Mahdi akan berhijrah ke

Baitulmaqdis seperti kita berhijrah ke sesuatu tempat. Pusat pemerintahannya tetaplah di Timur, tidak

lain dan tidak bukan. Yang dimaksudkan beliau berhijrah ke Baitulmaqdis ialah beliau akan membina

kediaman baru di Baitulmaqdis setelah kawasan suci itu berjaya diambilnya semula daripada orangorang

Yahudi, sebagai lambang kemenangannya ke atas bangsa Israel itu. Dengan hijrahnya beliau ke

tanah suci itu, beliau akan membina pusat pemerintahan kedua di situ dan menempatkan salah

seorang puteranya untuk memerintah dunia sebelah sana, berpusat di Baitulmaqdis. Beliau akan terus

kekal memerintah di Timur karena pemerintahannya di situ sudah ditetapkan oleh hadits-hadits.

Selain itu, dimaksudkan berhjrah ke sana adalah beliau akan meninggalkan pusat

pemerintahannya di Timur untuk tempoh yang agak lama. Sebabnya, selepas berjaya mengambil

semula Baitulmaqdis daripada orang-orang Yahudi, beliau akan merancang dan merangka serangan ke

atas Eropah secara besar-besaran. Peperangan terhadap Eropah itu akan berlangsung selama lebih

dua puluh tahun, menurut ukuran kita pada zaman sekarang atau tujuh tahun menurut ukuran pada

zaman Imam Mahdi itu. Peninggalannya yang agak lama itu dapat disamakan bahwa seolah-olahnya

beliau berhijrah ke Baitulmaqdis.

16. Menyeru Manusia ke Jalan yang Benar

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan memerangi umat manusia sehingga mereka kembali ke jalan yang benar.”

Hadits ini menyatakan bahwa Imam Mahdi akan menegakkan Islam secara tulen, sama

seperti yang dibawa dan dilaksanakan oleh baginda SAW pada zaman kenabian dahulu. Untuk

menegakkan Islam secara tulen itu, Imam Mahdi akan berperanan besar untuk membetulkan seluruh

manusia daripada kesesatan yang telah terlalu jauh mereka lakukan, sejak sekian lama itu. Karena itu,

selain Imam Mahdi, para pembantunya akan turut berperanan besar memulihkan semula akidah,

amalan dan penghayatan Islam secara mutlak di dalam diri setiap umat Islam.

Untuk itu, Imam Mahdi akan memerangi orang-orang yang masih melakukan perkaraperkara

bidaah dan khurafat sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan sungguh-sungguh setiap

apa yang telah mereka lakukan, lalu kembali semula ke jalan yang benar. Maksud jalan yang benar

ialah akidah yang tepat dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh para sahabat RA pada zaman

Rasulullah SAW dahulu. Sehingga dengan itu, tidak ada lagi di dunia ini mazhab-mazhab akidah

seperti yang terdapat pada hari ini. Pada masa itu, akan sirnalah mazhab Syiah dari atas muka bumi ini

buat selama-lamanya, begitu juga mazhab Khawarij yang mengutamakan akal, mazhab Murjiah,

mazhab Wahabi, mazhab Qadariah, mazhab Jabbariah, mazhab Qadiani, mazhab Al-Quran

(antihadits) dan sebagainya lagi.

Begitu juga mazhab-mazhab dalam ilmu fikah seperti Maliki, Syafie, Hanafi dan Hanbali akan

dihapuskan terus dari atas muka bumi ini. Semua mazhab fikah ini tidaklah salah, hanya semuanya

akan disatukan semula, sama seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Hasilnya,

seluruh umat Islam akan beramal dengan satu kaedah amalan saja, iaitu Sunnah Rasulullah SAW

dan tidak lagi disebut sebagai mazhab. Perkataan mazhab itu sendiri menunjukkan adanya dua kaedah

atau lebih, hasil daripada dua pemahaman (atau lebih) dalam sesuatu masalah fikah. Maka pada masa

Imam Mahdi itu, istilah mazhab terhapus dengan sendirinya, tidak lagi dipakai orang.

Maksud memerangi itu juga adalah sesuatu yang umum. Boleh jadi memerangi itu adalah

dengan ucapan dan penghayatan untuk dicontohi oleh orang yang masih mengamalkan bidaah dan

khurafat itu sehingga mereka kembali semula mengamalkan kaedah Islam, seterusnya meninggalkan

amalan lama mereka itu. Maksud kedua ialah berusaha dengan bersungguh-sungguh membasmi

perbuatan maksiat, bidaah dan khurafat dari atas muka bumi ini dan menggantikannya dengan kaedah

Islam yang lebih cantik dan syumul itu. Boleh jadi juga memberi amaran akan memerangi mereka

yang masih berdegil melakukan amalan-amalan yang menyalahi agama itu sehingga mereka benarbenar

kembali ke pangkal jalan. Dan boleh jadi juga Imam Mahdi benar-benar memerangi mereka

sehingga mereka dikalahkan atas kedegilan dan kekerasan hati mereka itu. Dengan itu, akan sirnalah

segala kemungkaran, maksiat, bidaah dan khurafat yang masih berlaku itu sehingga mereka

dihapuskan terus dari muka bumi ini.

Hadits ini juga menunjukkan bahwa Imam Mahdi itu memang benar-benar seorang

pemimpin yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap sekalian rakyatnya dan setiap apa yang

mereka lakukan. Beliau hanya mahukan rakyat jelatanya mengamalkan ajaran Islam dengan

bersungguh-sungguh tanpa memilih bulu atau sebagainya. Setiap apa yang mereka lakukan sentiasa

mendapat perhatian daripada Imam Mahdi, termasuk pada perkara-perkara yang pemimpin hari ini

melihatnya sebagai perkara remeh-temeh dan tetek bengik.

17. Berperang Mengikut Sunnah

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan melakukan peperangan (ke atas bukan Islam) berdasarkan sunnah,

sebagaimana Nabi SAW melakukan peperangan berdasarkan wahyu.”

(Abu Nuaim)

Oleh karena wahyu sudah tidak turun lagi, maka Imam Mahdi akan menjadikan Sunnah

Rasulullah SAW sebagai panduan dasar untuknya melaksanakan peperangan terhadap sesuatu kaum.

Dalam melaksanakan tugas ini, sunnahlah yang diletakkan di hadapan mengatasi segala yang lain,

termasuk akan dan nafsu. Keadaan ini samalah dengan Rasulullah SAW dahulu yang berperang

berdasarkan wahyu.

Maksud tersiratnya adalah bahwa Imam Mahdi akan sentiasa mendapat bimbingan dan

panduan secara terus daripada Rasulullah SAW sendiri sama ada mahu melancarkan peperangan atau

tidak terhadap sesuatu kaum. Semasa menerima panduan daripada Rasulullah SAW ini, Imam Mahdi

akan menerimanya melalui ilham yang tepat yang diterima terus daripada baginda SAW, melalui

firasat yang Allah kurniakan kepadanya, melalui yaqazah secara terus dengan Rasulullah SAW atau

melalui hatif (semata-mata suara, tanpa jasad).

18. Mencari dan Membunuh As-Sufyani dan Kalb

A. Kata tabiin RH,

“Ketika al-Mahdi mendengar berita tentang terbenamnya pasuka as-Sufyani di al-Baidak, yang

ketika itu dia sedang berada di Makkah, terus keluar bersama-sama 12,000 orang pasukan,

yang di antaranya adalah para Wali Abdal hingga sampai di Ilyak. Bersamaan dengan itu,

ketika as-Sufyani mendengar berita tersebut, dia bercadang mahu menyerah diri kepada al-Mahdi

tetapi dicela oleh pamannya iaitu Kalb. Kemudian dia menyerang al-Mahdi (tetapi tewas) dan terus

ditangkap. Al-Mahdi berkata, “Inilah dia orang yang menentang perintahku.” Kemudian diambil

keputusan untuk memenggalnya di atas batu di Ilyak. Seterusnya al-Mahdi mencari Kalb dan

membinasakannya.”

As-Sufyani adalah pihak yang sangat kuat menentang Imam Mahdi sehingga akhirnya

pasukan tentaranya tenggelam ke dalam tanah, akibat kederhakaannya kepada kekuasaan Islam.

Ternyata bahwa As-Sufyani itu tidaklah sehandal mana karena mereka sebenarnya pada masa itu,

sudah merasakan kekuatan roh tentara Islam manakala mereka sendiri terasa inferior. Perlawanan

yang tidak bererti sangat itu hanyalah dikarenakan kedegilan para pemimpin utamanya yang mahukan

juga peperangan. Akibatnya, apabila berlaku peperangan mereka dengan mudah saja tewas kepada

askar-askar Islam yang amat hebat itu.

Imam Mahdi sendiri semasa melakukan penaklukan terhadap Eropah itu memakai serban

berwarna biru dan dengan bantuan para wali Allah dan malaikat, tentara Islam berjaya mengalahkan

tentara Eropah yang bersatu itu. Lama masa peperangan di Eropah ini adalah dua puluh tiga tahun

menurut ukuran kita pada hari ini atau ukuran di Eropah sendiri, manakala menurut pandangan

tentara Imam Mahdi (tentara Islam sendiri) masa yang diambil untuk menakluk Eropah itu adalah

selama tujuh tahun tujuh bulan. Lihat pada bahagian berikut untuk mengetahui dengan tepat maksud

angka-angka itu.

19. Imam Mahdi Membunuh Kalb

A. Sabda Nabi SAW,

“Orang yang gagal adalah orang yang gagal (membantu) pada hari (pembunuhan) Kalb, walaupun

hanya sekadar mengikatkan kakinya saja.”

(Osman bin Said)

B. Sabda Nabi SAW,

“Rugi besarlah bagi sesiapa yang tidak menyaksikan penyembelihan Kalb. Al-Mahdi akan

membahagikan harta, memerintah manusia berdasarkan Sunnah Nabinya dan menyebarkan

Islam ke seluruh dunia. Maka dia tinggal di dunia selama tujuh tahun, kemudian meninggal

dunia dan akan disembahyangkan oleh seluruh kaum muslimin (di seluruh dunia).”

(Abu Daud & Al-Hakim)

Ada dua kemungkinan besar yang dikatakan sebagai Kalb itu iaitu kuasa-kuasa besar Eropah

yang terdiri daripada Great Britain dan Perancis. Kedua-duanya adalah musuh ketat kepada Islam,

walaupun penduduk di kedua-dua negara itu ramai yang beragama Islam. Kemungkinan kedua adalah

Israel karena pemimpin Israel adalah paman kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Karena itu

pemimpinnya ditangkap lalu dibunuh seperti orang menyembelih seekor kambing korban.

Namun, berdasarkan ramalan Nostradamus, pemimpin yang dikatakan ditawan dan dibawa

ke Malaysia adalah dari Eropah iaitu pemimpin Scotland. Kalb yang dimaksudkan oleh Nostradamus

itu adalah Pope yang mati terbunuh di Perancis, semasa berada di kota Avignon. Begitulah menurut

ramalan Nostradamus yang jika dilihat baik-baik, lebih bersifat memperincikan lagi apa-apa yang telah

disebutkan oleh baginda SAW, para sahabat RA dan tabiin RH beratus-ratus tahun sebelum

Nostradamus itu lahir.

Setelah tamat Perang Salib terakhir dan terbesar itu, yang juga merupakan Perang Dunia

Ketiga, kali ini bukan lagi antara Britain dengan Jerman dan sekutu masing-masing, tetapi antara Asia

dengan Eropah atau lebih tepat lagi antara Kristian dengan Islam. Perang kali ini adalah perang

agama yang terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah karena setelah tamat perang Islam-Kristian

ini, lebih satu pertiga penduduk Eropah mati terbunuh, manakala yang selebihnya akan mengaku

kalah dan ramai yang memeluk agama Islam.

20. Imam Mahdi Membunuh as-Sufyani

A. Kata tabiin RH,

“As-Sufyani ditawan dan dikirimkan kepada al-Mahdi, kemudian diputuskan untuk dipenggal

di atas pintu ar-Rahabah. Kemudian perempuan suku Kalb – iaitu bapa saudara as-Sufyani – dan

harta-harta rampasannya dijual di jalan-jalan di kota Damsyik.”

Ucapan tabiin ini sebenarnya adalah lanjutan daripada penerangan yang telah diberikan

sebelum ini. Oleh itu, tidak perlulah dihuraikan lagi dengan panjang lebar.

21. Kematian As-Sufyani

A. Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,

“Al-Mahdi, as-Sufyani dan Kalb akan bertempur di Baitulmaqdis selepas pembaiatan diberi

(kepada Al-Mahdi). As-Sufyani akan tertawan lalu dipenggal lehernya di Babur Rahabah.”

Uraian ungkapan ini juga telah diberikan sebelumnya walaupun mungkin secara yang agak

pendek. Setiap orang yang membacanya dirasakan dapat memahaminya dengan baik akan maksudnya.

22. Panglima Perang Imam Mahdi

A. Kata tabiin RH,

“Panglima perang al-Mahdi adalah orang yang paling terpilih. Penolong dan pembaiat al-Mahdi

adalah penduduk Kufah, Yaman dan para Wali Abdal dari Syam. Yang berada di hadapan al-

Mahdi adalah Jibril dan Mikail. Dia sangat dicintai oleh makhluk, kepemimpinannya mampu

menyelesaikan masalah bencana yang sedang menjadi-jadi, penduduk bumi berasa aman tentaram

sehinggakan lima orang wanita dapat melakukan ibadat haji dengan (penuh aman) tanpa seorang

pun muhrim (yang mengawal). Mereka tidak berasa takut (terhadap apa pun sepanjang

perjalanan dan semasa mengerjakan haji) melainkan kepada Allah.”

Pemimpin yang baik akan menghasilkan rakyat yang baik. Pemimpin yang bertakwa akan

menghasilkan rakyat yang bertakwa. Pemimpin yang imannya tinggi akan menghasilkan rakyat yang

imannya tinggi. Pemimpin yang mencintai Allah sepenuh hati akan menghasilkan rakyat yang

mencintai Allah sepenuh hati mereka. Pemimpin yang membesarkan Allah pada setiap ketika akan

menghasilkan rakyat yang membesarkan Allah pada setiap ketika. Pemimpin yang kuat beragama akan

menghasilkan rakyat yang kuat beragama. Pemimpin yang terpilih akan menghasilkan pengikutpengikut

yang terpilih. Pemimpin yang diberkati akan menghasilkan pemerintahan yang diberkati,

negara yang diberkati, hasil mahsul yang diberkati dan rakyat yang diberkati.

Pemimpin yang baik adalah untuk rakyat yang baik. Mustahil sebuah negara yang

pemimpinnya baik tetapi rakyatnya tidak baik atau sebuah negara yang pemimpinnya jahat tetapi

rakyatnya baik-baik belaka. Jika ini berlaku juga, maka yang sebenarnya kedua-dua pihak, rakyat dan

pemimpinnya, adalah tidak baik. Pemimpin yang berjiwa tauhid akan membimbing rakyatnya ke arah

Tuhan, dengan cara yang betul dan tempat yang betul. Hal ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh

sebarang pemimpin, terutamanya yang mempunyai rekod pemerintahan yang buruk. Hanya yang baik

saja yang membawa kebaikan. Hanya yang suci saja dapat menyucikan yang kotor. Yang kotor

tidak akan dapat menyucikan sesuatu yang sedia kotor.

23. Imam Mahdi Menguasai Seluruh Bangsa Arab

A. Sabda Nabi SAW,

“Dunia ini tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab (seluruhnya) diperintah oleh seorang lelaki

dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”

B. Dari Abdillah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Dunia ini tidak akan binasa sehinggalah seorang dari Ahlulbaitku menguasai seluruh bangsa

Arab yang namanya sama nama dengan namaku.”

(At-Tarmizi & Abu Daud)

Bangsa Arab pada hari ini memang terkenal sebagai suatu bangsa yang degil, susah dibentuk,

susah untuk dibawa berunding, kasar dan tidak mahu mendengar cakap. Mereka juga amat sukar

untuk mentaati mana-mana pemimpin pun, lebih-lebih lagi jika pemimpin itu bukan dari kalangan

bangsa mereka. Alangkan yang dari bangsa mereka sendiri pun amat sukar untuk menyatukan

mereka, inikan pula jika pemimpin itu datangnya dari bangsa yang asing pada mereka.

Namun itulah satu lagi keramat besar Imam Mahdi yang Allah SWT kurniakan kepada beliau

sehingga mampu menyatukan kepada dan hati seluruh bangsa Arab yang amat degil-degil itu sehingga

menjadi satu bangsa yang kuat, sama seperti yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW,

zaman Khulafa RA dan tabiin RH. Sebab itulah Nabi SAW sangat berbangga dengan keramat Imam

Mahdi yang satu ini, karena baginda SAW sudah amat arif akan hal ehwal bangsa Arab pada akhir

zaman ini. Pada masa itu, seluruh bangsa Arab yang mendiami seluruh Asia Tengah termasuk utara

Afrika akan bersatu hati dan pemikiran serta matlamat, setelah sekian lama berpecah-pecah dan

mengikut kepala masing-masing saja. Jadilah mereka sebagai bangsa yang kuat, namun zaman ini

bukan lagi zaman untuk mereka memegang kuasa dunia. Pemegang kuasa dunia Islam kali ini sudah

dipegang oleh bangsa Melayu yang mula-mula mempelopori kebangkitan Islam buat kali yang kedua

ini.

24. Imam Mahdi Memerangi Eropah

A. Kata tabiin RH,

“Allah akan membangkitkan seorang lelaki yang akan memerangi Romawi dan akan diberi

sepuluh keistimewaan.”

Imam Mahdi adalah pemimpin umat Islam yang Allah SWT berikannya sepuluh

keistimewaan. Tiada siapa yang mengetahui apakah keistimewaan itu melainkan Allah SWT,

Rasulullah SAW, sebahagian Sahabat RA, sebahagian tabiin RH, Pemuda Bani Tamim dan Imam

Mahdi sendiri. Orang lain tidak diberikan pengetahuan apa-apa pun tentang keistimewaan Imam

Mahdi itu. Dan penulis sebenarnya tidak bercadang memanjangkan bicara tentang sepuluh

keistimewaan Imam Mahdi itu.

25. Imam Mahdi Menakluk Eropah Melalui Turki

A. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi mengibarkan panji-panjinya ke negara (yang pernah ditakluk oleh) Turki dan

menundukkan penduduknya. Dia mengambil (semua) harta yang ada di wilayah-wilayah itu lalu

bergerak menuju ke Syam dan menundukkan penduduknya (juga). Kemudian dia membebaskan

setiap hamba dan membayarkan harga tebusan bagi setiap hamba itu.”

Disebutkan bahwa Imam Mahdi akan mendatangi Eropah melalui Turki. Sebenarnya Turki

ini hanyalah salah satu jalan yang digunakan oleh Imam Mahdi untuk memerangi Eropah. Ini

dikarenakan Imam Mahdi memasuki Eropah sebanyak dua kali. Sekali lagi ialah dengan menggunakan

jalan laut, yang diseberanginya dari utara Maghribi hingga ke Eropah dan terus masuk ke Eropah

Barat.

Yang melalui Turki ini adalah penaklukannya terhadap kawasan di Eropah Timur, iaitu

negara-negara Eropah yang kebanyakannya adalah negara-negara bekas jajahan Kerajaan Turki

Osmaniah dahulu. Setelah itu Imam Mahdi memerangi negara-negara di Eropah Timur itu lalu

membebaskan penduduknya daripada hutang-hutang dan kesempitan hidup yang amat menggigit

yang sedang mereka alami pada masa itu. Harta-harta rampasan perang yang diperoleh itu dibahagibahagikan

kepada seluruh penduduknya sehingga mereka tidak lagi menanggung apa-apa hutang pun

sepanjang hidup mereka selepas itu.

26. Nama Panglima/Khalifah Imam Mahdi di Eropah

A. Kata Kaab al-Akhbar RH,

“Setelah al-Mahdi (mendapat kuasa), ada (wakil) khalifah yang bernama al-Qahtani. Dia

memerintah sepertimana yang diperbuat oleh al-Mahdi. Dialah yang akan menundukkan bandarbandar

Romawi dan akan merampas ghanimah-ghanimahnya.”

Kata-kata tabiin ini adalah umum dan dapat ditafsirkan dengan beberapa maksud. Namun di

sini, yang dimaksudkan itu adalah seorang pemimpin dari kalangan bangsa Melayu juga, yang dilantik

sebagai wakil khalifah di benua Eropah. Siapa orangnya itu? Jika berdasarkan nama yang diberi, iaitu

Al-Qahtani, adalah merujuk kepada nama pusat pemerintahan Imam Mahdi di Malaysia. Maknanya,

pemimpin perang Imam Mahdi ke Eropah itu adalah dari kalangan yang berbangsa Melayu. Dan

pastilah pemimpin perang yang dilantik itu adalah orang yang benar-benar terpilih dari kalangan yang

amat terpilih. Marilah kita berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha keras agar kita dimasukkan ke

dalam golongan yang benar-benar terpilih itu. Mana tahu suatu masa nanti kita yang akan terpilih

untuk merealisasikan kehendak hadits-hadits Nabi SAW dan ucapan para tabiin RH itu. Alangkah

bertuahnya kita jika kita terpilih menjadi salah seorang anggota pasukan perangnya dan langkah pula

bertuahnya juga jika diangkat sebagai pemimpin perang Imam Mahdi.

27. Siapa al-Qahtani itu?

A. Kata Kaab al-Akhbar RH,

“Makhzumi (dilantik) menjadi pemimpin, tetapi kemudian (dia) mengundur diri. Lalu ada susuk

seorang manusia yang tangkas, berbadan tinggi dan berbahu lebar. Dia membunuh setiap orang

yang berselisih jalan dengannya, sehinggalah dia sampai ke Baitulmaqdis lalu dia mati di sana

(sebaik saja masuk). Dia ini amat zalim dan aniaya. Setelah itu ada seorang (pemimpin) yang

berbuat baik, kemudian al-Qahtani menjadi pemimpin. Dia berakhlak seperti akhlak

saudaranya, iaitu al-Mahdi.”

Yang dimaksudkan di sini adalah pemimpin di suatu kawasan, iaitu sebagai wakil khalifah

bagi Imam Mahdi. Orangnya tidak disebutkan dengan jelas, hanya disebutkan gelarnya iaitu Al-

Makhzumi. Pemimpin ini kemudian berundur karena masalah yang tidak dapat dielakkan, dan

pengundurannya diterima oleh Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. Pengundurannya itu

menyebabkan berlaku sedikit kegemparan sehingga ada yang tidak dapat menerima pengunduran itu

dan marah-marah, sambil memukul setiap orang yang ditemuinya. Perbuatannya ini menyebabkan

Imam Mahdi marah kepadanya lalu tempat pemimpin yang berundur itu digantikan oleh seorang

lelaki lain yang lebih adil dan baik (soleh). Selepas itu barulah Al-Qahtani menjadi pemimpin di

tempat itu, sebagai wakil khalifah kepada Imam Mahdi. Al-Qahtani itu sebenarnya bukan adikberadik

kepada Imam Mahdi seperti yang selalu difahami oleh kita berdasarkan istilah ikhwan yang

digunakan.

Maksudnya yang sebenar, Al-Qahtani itu adalah salah seorang anggota Ikhwan Imam Mahdi,

yang uraian mengenai golongan Ikhwan itu sudah diberikan pada bahagian sebelum ini. Ternyata

pula bahwa Ikhwan yang diberi tugas besar ini mampu melakukannya dengan baik sehingga

dikatakan akhlaknya hampir menyamai dengan akhlak Imam Mahdi sendiri. Itulah dia pemimpin

sejati, yang mampu mendidik pengikutnya sehingga benar-benar menjadi celupan kepada peribadi

sebenar pemimpinnya.

28. Siapa Pula al-Makhzumi Itu?

A. Kata Az-Zubair RA,

“Al-Makhzumi akan dibaiat setelah al-Mahdi (dibaiat). Dia akan memimpin (menjadi wakil

khalifah untuk Imam Mahdi) dalam waktu yang lama. Kemudian ada suara dari langit yang

bukan merupakan suara manusia ataupun jin (kafir) yang menyebutkan, “Baiatlah si fulan.

Janganlah kamu semua kembali kepada kekufuran setelah berhijrah.” Tetapi mereka tidak tahu

kepada siapa yang akan mereka baiat. Kemudian suara tadi menyeru (lagi) sampai tiga kali.

Lantas al-Mansur dibaiat. Kemudian al-Mansur menyerang al-Makhzumi tetapi Allah

membantu al-Makhzumi. Maka al-Makhzumi berjaya membunuh al-Mansur dan bala

tentaranya.”

Al-Makhzumi dalam ungkapan ini adalah pembantu kanan kepada Al-Qahtani. Beliau diberi

kekuasaan yang luas untuk ditadbir, dan beliau mentadbirnya dengan baik dalam tempoh yang lama.

Peribadi yang disebut sebagai Al-Mansur dalam asar ini bukanlah Al-Mansur Pemuda Bani Tamim

itu. Al-Mansur ini adalah pemimpin kanan kepada Al-Makhzumi. Al-Makhzumi adalah seorang

pemimpin yang adil dan taat kepada perintah Imam Mahdi manakala Al-Mansur pula mempunyai niat

yang lain iaitu untuk kepentingan dirinya sendiri. Karena niat yang salah itulah akhirnya dia kalah

kepada Al-Makhzumi. Akhirnya ternyata bahwa Al-Makhzumi tetap menjadi pemimpin di kawasan

itu, iaitu sebagai wakil khalifah kepada Imam Mahdi. Setelah itu, dunia kembali menjadi aman damai

dan tiada lagi sebarang persengketaan antara dua manusia pun.

29. Putera Imam Mahdi Turut Menjadi Pemerintah

A. Kata Kaab al-Akhbar RH,

“Setelah al-Mahdi (mendapat kekuasaan), ada seorang lelaki dari keturunannya sendiri yang

menjadi (wakil) khalifah, yang mana kelemahannya lebih banyak daripada kebaikannya. Dia

membawa perpecahan setelah adanya persatuan dan ukhuwah. Dia tidak lama memerintah

karena dibunuh oleh seorang lelaki dari keturunan al-Mahdi juga.”

B. Kata Arto’ah bin Zufar (seorang tabiit tabiin pada zaman Abdul Malik bin Marwan),

“Al-Mahdi akan singgah di Baitulmaqdis. Setelah itu ada khalifah dari keturunannya yang

memimpin dalam waktu yang panjang. Para pemimpin ini memerintah umat manusia sehingga

mereka bersembahyang di belakang Bani Abbas.”

Imam Mahdi memecahkan dunia ini kepada beberapa bahagian dan pada setiap bahagian itu

dilantiknya wakil khalifah untuk membantunya mentadbir dunia yang luas dan berpenduduk ramai

ini. Salah seorang wakil khalifahnya adalah dari anak cucunya sendiri, mengenangkan keutamaan

keturunan Nabi Muhammad SAW. Namun, beliau tidak berapa layak memerintah lalu diturunkan

oleh seseorang dari keturunan Imam Mahdi juga, dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya

perpecahan kepada umat Islam yang telah bersatu itu, dan untuk menyelamatkannya dari terus jatuh

ke lembah kebinasaan akibat kelemahannya. Dengan itu, selamatlah maruahnya dan maruah seluruh

keluarga Nabi Muhammad SAW daripada dimalukan oleh keturunan Imam Mahdi yang seorang ini.

30. Berlaku Perang Dunia Ketiga

A. Sabda Nabi SAW,

“Seandainya umur dunia ini cuma tinggal sehari saja lagi, nescaya Allah akan memanjangkan

hari itu, sehingga (Allah) mengangkat seorang amir daripada keturunanku, yang mana perang

besar (Al-Malhamatul ‘Uzma) akan terjadi dalam masa pemerintahannya. Dan Islamlah yang

akan menang. Sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya dan amat cepat (pula)

hisabnya.” (Imam Ahmad, at-Tarmizi & Abu Daud)

Rasulullah SAW sendiri sudah menyebutkan bahwa peperangan antara tentara Islam dengan

tentara Kristian adalah perang yang sangat besar, yang menelan korban yang amat besar pula. Itulah

dia Perang Salib terakhir atau Perang Dunia Ketiga atau Perang Penentu karena jika Kristian kalah,

maka seluruh agama Kristian akan punah ranah dan hanya tinggal sejarah. Jika Kristian menang,

mereka akan terus kekal di atas muka bumi ini walaupun pengaruh mereka sudah amat merosot.

Dan sesungguhnya umat Islamlah yang akan menang ke atas Kristian dan seterusnya

menakluk seluruh Eropah lalu mengislamkan penduduknya yang masih hidup. Mulai saat itu, agama

Kristian tinggal sejarah karena penganutnya kini amat kecil sekali, hanya kekal dianut oleh beberapa

ribu orang saja, dan dalam kelompok yang amat minoriti pula. Yang lain telah memeluk agama

Islam dan menjadi penganutnya yang soleh-soleh pula.

Perang ini amat dahsyat, melangkaui masa dua puluh tiga tahun bagi Eropah. Semasa

peperangan ini, Eropah mengalami penderitaan yang hebat-hebat seperti kemarau panjang yang

mengeringkan terus sungai-sungai yang selama ini tidak pernah kering, hujan yang tidak turun-turun

walaupun setitik selama tiga tahun, kekurangan bahan makanan dan haiwan-haiwan ternakan yang

habis mati kepanasan. Kebuluran brmaharaja lela di mana-mana saja di seluruh Eropah. Pendek

cerita, Eropah mengalami kekalahan besar dan penderitaan yang amat dahsyat.

Anehnya, pada masa yang sama umat Islam pula sedang menikmati hidup yang sangat aman

damai, bahagia dan berkat. Hidup mereka tidak pernah kurang satu apapun, air mudah didapati,

tanaman berkembang subur dan haiwan-haiwan kembang biak. Harta benda pula melimpah ruah.

Itulah keberkatan yang Allah turunkan kepada Imam Mahdi dan negara-negara yang berada di bawah

kekuasaannya.

31. Imam Mahdi Menakluk Eropah

A. Dari Hasan bin Atiyyah, dia berkata,

“Mak-hul dan Ibnu Abi Zakaria cenderung kepada Khalid bin Ma’dan, sedangkan aku pula

lebih cenderung kepada mereka berdua.” Lalu dia memberitahu kepada kami dari Jubair bin

Nufair RA, dia berkata, “Marilah pergi bersama-sama kami menuju ke Zu Mikhmar,” pada

hal Jubair adalah salah seorang sahabat Nabi SAW. Lalu aku pergi bersama-sama

mereka, maka dia bertanya kepada Jubair tentang perjanjian damai. Jawabnya, “Saya

mendengar Nabi SAW bersabda, “Orang Rom (pada akhir zaman nanti) akan mengadakan

suatu perjanjian damai yang membawa keamanan kepada kamu semua. Kemudian kamu akan

saling bermusuhan, kamu dan mereka, saling menganggap sebagai musuh. Lalu kamu diberikan

kemenangan, memperoleh harta rampasan dan selamat, kemudian kamu kembali, (dalam

perjalanan pulang dari Eropah itu) sehingga kamu tiba dan singgah di suatu padang (gembala

binatang yang luas) yang berpasir. Lalu ada seorang lelaki dari pengikut Salib (Kristian),

mengangkat salibnuya sambil berteriak, “Salib menang!” maka datang seorang lelaki dari

kalangan (tentara) kaum Muslimin, dengan marah, kepada lelaki Salib (Kristian itu) lalu

memukulnya (dengan senjata sampai mati). Maka pada ketika itulah orang-orang Rom

berkhianat (terhadap perjanjian damai dan gencatan senjata) dan mereka berkumpul di padang

pertempuran itu.”

Dari Hasan bin Atiyah, dengan isnad sama seperti di atas, tetapi ada tambahan lagi di

hujungnya, “Mereka berkumpul di padang pertempuran, lalu datang pada waktu itu (tentara

Salib) di bawah lapan puluh bendera. Di bawah setiap bendera ada dua belas ribu orang (tentara

Kristian).” (Ibnu Majah)

B. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi adalah daripada anakku, dia berusia empat puluh tahun. Wajahnya bagaikan

bintang yang bergemerlapan, pipi kanannya ada tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah

dia adalah keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan

kota-kota maksiat.” (Abu Nuaim)

Kedua-dua buah hadits ini menjelaskan bahwa Imam Mahdi akan menakluk Eropah.

Sebelum Eropah ditakluk, Imam Mahdi mengadakan perjanjian damai dengan pihak Nato yang

menyebabkan umat Islam berasa begitu aman dan bahagia. Kedua-dua belah pihak saling membantu

termasuk kerjasama erat ketika mereka menyerang Rusia Putih, iaitu negara Rusia yang besar itu.

Semasa peperangan inilah mereka mula berbalah apabila seorang dari pihak tentara Kristian

menyatakan iktikadnya bahwa yang memberi kemenangan kepada mereka adalah salib. Hal ini

menyebabkan salah seorang tentara Islam berasa marah karena bercanggah dengan iktikad umat

Islam yang meyakini bahwa Allah sajalah yang mampu memberi bekas. Ketegangan mula berlaku

dan akhirnya tentara Islam ini secara tidak sengaja (dalam keadaan marah) memukul tentara Kristian

tadi lalu mati. Melihatkan rakan mereka mati, maka tentara Kristian Eropah itu mencabul perjanjian

damai yang telah dimeterai sejak sekian lama itu dan menyatakan permusuhan secara terang-terangan

kepada Islam dan pemimpinnya.

Maka mereka pun mengumpulkan seluruh kekuatan mereka yang ada, dengan askarnya yang

berjumlah hampir sejuta orang, di bawah pimpinan lapan puluh orang jeneral besar dari beberapa

buah negara, diketuai oleh Perancis, Britain, Itali, Jerman dan Sweden. Semasa menghadapi tentara

Kristian ini, umat Islam membawa jumlah tentara yang besar pula, kira-kira sejuta orang yang

didatangkan melalui jalan darat melalui Turki (dipimpin sendiri oleh Imam Mahdi) dan melalui jalan

laut (dipimpin oleh Syuaib bin Saleh) lalu memasuki Eropah. Melihatkan keadaan ini, Amerika

Syarikat turut membantu Eropah dengan menghantar pasukan tentara marinnya yang terkenal mahir

itu, tetapi pasukan ini berjaya ditenggelamkan ke dasar laut oleh pasukan At-Tamimi.

Pertempuran yang hebat ini menjadi semakin besar, apabila umat Islam dari utara Afrika

turut membantu. Begitu juga pasukan dari negara-negara Arab turut menghantar pasukan tentara.

Dalam peperangan inilah begitu ramai korban yang ditanggung oleh kedua-dua belah pihak. Lebih

satu pertiga daripada penduduk Eropah mati dibunuh, kebanyakannya oleh pasukan mereka sendiri

yang tidak sanggup melihat anak cucu mereka memeluk agama Islam dan lebih rela membunuh

mereka sehingga ramailah yang mati.

32. Kostantinopel Ditakluk Melalui Keramat Imam Mahdi

A. Kata tabiin RH,

“Ketika (mahu) menundukkan Kostantinopel, al-Mahdi memacakkan benderanya untuk

mengambil wuduk dan mengerjakan sembahyang subuh. Ketika itu, di hadapan al-Mahdi

terbentang laut yang luas. Dia lalu mencari jalan (pintas) untuk menyeberangi laut itu. Akhirnya

dia menemuinya di sekitar kawasan itu juga. Dia lalu memacakkan benderanya, kemudian ada

suara yang berseru, “Wahai umat manusia, melintaslah! Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla

akan membelahkan laut ini sebagaimana Dia telah membelahkan laut untuk Bani Israel.”

Lantas mereka pun menyeberanginya hingga sampai di hadapan Kostantinopel. Mereka pun

bertakbir, dan seketika (kemudian) runtuhlah sebelah pertahanan Kostantinopel. Mereka

bertakbir lagi, maka runtuhlah lagi (sebahagian tembok pertahanan), dan bertakbir lagi, maka

runtuh lagi (hingga runtuhlah semua sekali) sekitar dua belas tembok pertahanan (mereka).”

Selama kira-kira lima tahun Imam Mahdi memerangi Eropah. Satu persatu kawasan di

Eropah berjaya ditakluknya dan diletakkan di bawah kekuasaan Islam. pada tahun keenam seluruh

Eropah berjaya ditakluk dan harta rampasan perang sudah tidak terkirakan lagi banyaknya,

menimbun-nimbun sehingga diletakkan begitu saja di atas jalan-jalan raya dan di padang-padang.

Beratus-ratus buah kapal digunakan untuk mengangkut segala harta benda itu ke Baitulmaqdis dan

Malaysia untuk diagih-agihkan kepada seluruh umat Islam di serata dunia, terutamanya golongan yang

baru memeluk Islam, yang jumlahnya begitu ramai pada masa itu.

Semua ini dapat dilakukan karena pemimpin mereka, Imam Mahdi, adalah orang yang amat

kuat dan gagah, selain sangat bertakwa kepada Allah SWT sehingga Allah membantunya dengan

menurut bantuan-bantuan berbentuk keramat yang menyebabkan seluruh angkatan perang Eropah

tewas satu demi satu. Kemenangan tentara Islam ini disambut dengan penuh kegembiraan sehingga

mereka bertakbir dan dengan suara yang sehabis-habis kuat, menyebabkan mereka berjaya

meruntuhkan kota-kota dan benteng-benteng pertahanan Eropah.

33. Umat Islam Memerangi Eropah dan Mereka Mencabul Perjanjian

Damai

A. Sabda Rasulullah SAW,

“Akan terjadi antara kamu semua dengan orang putih (Banil Asfar) suatu perjanjian damai.

Kemudian mereka akan mengkhianati (memungkiri janji) kamu semua. Kemudian mereka

berangkat menuju ke arah kamu membawa lapan puluh bendera. Setiap bendera (ada) dua belas

ribu orang tentara (Kristian).” (Ibnu Majah)

B. Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah tempat perlindungan orang-orang Muslim yang paling

rendah ialah di Baula’ (atau tempat mengintai musuh).” Kemudian Nabi menyambung lagi, “Hai

Ali, hai Ali, hai Ali!” (Sayidina) Ali menyahut, “Demi ayah dan ibuku, saya wahai

Rasulullah!” Baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan memerangi (menyerang) Banil

Asfar dan juga orang-orang sesudah kamu akan menyerang mereka sehingga orang-orang Islam

yang terpilih akan keluar menuju mereka iaitu (kebanyakannya) dari penduduk Hijaz. Mereka

itu tidak merasa khuatir, karena Allah, akan cercaan orang yang mencela. Kemudian mereka

akan menundukkan Kostantinopel (Eropah) dengan tasbih dan takbir. Mereka mendapatkan

ghanimah yang belum pernah mereka dapatkan bandingannya (karena tersangat banyak), sehingga

mereka membahagi-bahagikan ghanimah itu dengan (menimbangnya menggunakan) perisai

(saja). (Pada ketika itulah) ada orang yang datang (membawa khabar fitnah yang) berkata,

“Sesungguhnya al-Masih Dajjal pasti keluar dari negeri kamu (di Timur).” Ketahuilah negeri

kamu itu dusta. Maka orang yang memegangnya adalah menyesal sedangkan orang yang

meninggalkannya, juga akan turut menyesal.”

(Ibnu Majah)

Sebahagian keterangan mengenai hal ini sudah dijelaskan dalam bahagian terdahulu. Dan

semasa umat Islam sedang menentang Eropah, iaitu pada tahun kelima, datang berita fitnah yang

menyatakan Dajjal sudah keluar. Tujuan mereka berkata demikian adalah untuk menakut-nakutkan

umat Islam karena Eropah sudah benar-benar di ambang kejatuhan. Orang yang meninggalkan harta

itu rugi dan yang mengambilnya juga rugi sebab berjaya ditipu oleh berita palsu yang mahu

melemahkan semangat juang tentara Islam itu.

34. Kemenangannya

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan menundukkan Kostantinopel dan Jabal ad-Dailam.”

(Abu Nuaim)

Maksud Kostantinopel itu ialah Eropah timur manakala Jabal Dailam itu adalah lambang

Eropah Barat. Ertinya Imam Mahdi akan menundukkan keseluruhan Eropah, sama Eropah Barat

mahupun Eropah Timur. Kemenangan ke atas Eropah ini amatlah bererti karena sebelum ini, kuasa

Eropah itulah yang menjajah negara-negara Islam di Afrika dan Asia suatu masa dahulu. Kebinasaan

dan kehancuran yang diakibatkan oleh penjajahan mereka itu amatlah besar dan kesannya masih kuat

terasa hingga ke hari ini. Eropah Timur pula hanya sebahagian saja yang dapat ditawan dan dikuasai

oleh Kerajaan Turki Osmaniah dahulu. Mereka gagal menawan baki beberapa buah negara Eropah

Timur karena mereka sedang berada di ambang kelemahan dan kejatuhannya.

Imam Mahdi akan membalas kekejaman tentara Eropah yang menjajah dunia pada suatu

masa dahulu ke atas Afrika dan Asia. Imam Mahdi jugalah yang akan merealisasikan hajat Kerajaan

Osmaniah yang mahu menawan seluruh Eropah timur, yang tidak dapat dicapai semasa mereka

memerintah dahulu. Itulah maksud Imam Mahdi yang menyempurnakan seluruh hajat umat Islam.

selepas penawanan Eropah itu, masjid-masjid akan dibina di sana dan syiar Islam menjadi sebesarbesar

syiar kepada manusia. Yang masih tinggal dalam agama Kristian amatlah sedikit dan boleh

dikira dengan jari saja.

35. Seluruh India Ditawan Oleh Imam Mahdi

A. Kata tabiin RH,

“Amir Baitulmaqdis, iaitu al-Mahdi mengirimkan tentaranya ke India. Mereka berjaya

menundukkannya dan mengambil harta simpanannya. Harta-benda ini kemudian digunakan

untuk menghiasi Baitulmaqdis. Raja India ini menghadapinya dengan bermati-matian tetapi

dengan (begitu) mudah pula dikalahkan. Akhirnya al-Mahdi menguasai (seluruh) kawasan di

sepanjang Barat dan Timur.”

Penganut agama Hindu adalah antara golongan yang tidak mahu tunduk kepada

pemerintahan Imam Mahdi lalu cuba bermain api dengan Imam Mahdi. Dengan segera pula Imam

Mahdi menghantar pasukan tentaranya dan ini menyebabkan kerajaan India itu terkejut karena pada

sangkanya, Imam Mahdi tidak berani menghantar pasukan tentara ke negara mereka. Karena itu

mereka menentangnya dengan penuh kesungguhan tetapi tidak mampu bertahan lama karena dengan

mudah saja mereka dapat dikalahkan. Hampir keseluruhan askarnya mati dibunuh, iaitu dibunuh

dalam jumlah yang sebanyak-banyaknya.

Akhirnya raja India itu berjaya dibunuh dan negara itu ditawan sepenuhnya oleh Imam

Mahdi. Seluruh harta bendanya yang memang diketahui sangat banyak itu diambil oleh Imam Mahdi.

Negara India yang sebelum ini pernah diperintah oleh pemerintahan Islam Kerajaan Moghul suatu

masa dahulu, kembali jatuh ke bawah kekuasaan Islam, dan kali ini pemimpinnya jauh lebih hebat lagi

daripada raja-raja Moghul itu. Dengan penaklukan India ini, Imam Mahdi berjaya menguasai seluruh

kawasan dari Eropah hingga ke China dan kawasan-kawasan sekitarnya.

36. Orang Islam Menakluk Bangsa Monggol dan Negara China

A. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum (di China dan

Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan tidak akan terjadi kiamat

sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet.”

(Ibnu Majah)

B. Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda,

“Hari kiamat tidak akan berlaku sebelum kamu memerangi suatu kaum yang seolah-olah muka

mereka adalah perisai yang dipalu.”

(At-Tarmizi)

C. Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet

dan hidungnya pesek, yang wajah mereka bagaikan perisai yang dilapisi kulit. Dan tidak akan

berlaku kiamat sebelum kamu semua memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat daripada

(kulit binatang dan) bulu.” (Ibnu Majah)

D. Dari Amru bin Taghlib RA, dia berkata,

“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya termasuk alamat kiamat adalah

apabila kamu semua memerangi suatu kaum yang wajahnya lebar. Wajah mereka bagaikan

perisai yang dilapisi kulit. Dan sesungguhnya termasuk alamat kiamat ialah apabila kamu semua

memerangi suatu kaum yang memakai kasut daripada bulu.”

(Ibnu Majah)

E. Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet

dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka bagaikan perisai yang

dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat perisai dari kulit dan

mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma.”

(Ibnu Majah)

Sebahagian ulama menafsirkan bangsa ini dengan bangsa Turki. Namun setelah mengamatiamati

maksud sebenar yang dikehendaki oleh hadits ini, penulis meyakini benar-benar bahwa yang

dimaksudkan itu adalah dari golongan berbangsa Cina di negara China dan Mongolia. Termasuk

dalam erti hadits ini ialah bangsa Korea dan Jepun. Juga negara Taiwan dan Hong Kong serta

Vietnam. Penaklukan Imam Mahdi terhadap negara China dan wilayah-wilayah di sekitarnya tidak

mustahil karena memang kawasan ini pernah dimasuki oleh pendakwah Islam sejak zaman

pemerintahan Sayidina Osman bin Affan RA lagi. Mereka menggunakan jalan laut (melalui Lautan

Hindi, Selat Melaka dan Laut China Selatan) dan jalan darat (melalui Laluan Sutera).

Sehingga kini, masih ramai penduduk di negara China yang beragama Islam, malah jika

dikirakan jumlah yang beragama Islamnya saja, jumlah mereka adalah lebih ramai daripada jumlah

keseluruhan penduduk Malaysia pada hari ini. Namun mereka ini terasing karena sebelum ini negara

China mengamalkan dasar tutup pintu kepada negara-negara luar dan ini menyebabkan negara itu

terasing daripada pengetahuan dunia luar.

Penaklukan terhadap kawasan ini oleh Imam Mahdi melengkapkan lagi kegemilangan umat

Islam yang sudah pun tiba ke kemuncaknya. Penguasaan mereka sudah benar-benar meliputi seluruh

Timur dan Barat, tanpa ada lagi yang terkecuali. Dari atas, Rusia sudah dikuasai; ke selatan, Australia

dan New Zealand sudah jatuh ke tangan Islam; di Timur, Jepun dan seluruh China sudah ditawan; di

Barat, seluruh Eropah turut tertakluk dan di seberang sana, seluruh Amerika Utara dan Amerika

Selatan sudah lama diletakkan di bawah pemerintahan Islam sepenuhnya.

37. Imam Mahdi Dibantu oleh Orang Timur

A. Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda,

“Apabila berlaku pembantaian (Al-Malhamatul Kubra) di padang pertempuran, maka Allah

akan mengirimkan satu rombongan (tentara tambahan) dari puak Mawali. Mereka adalah

bangsa (bukan) Arab yang sangat dimuliakan, mahir menunggang kuda dan cekap bermain

senjata. Agama Islam akan ditolong oleh Allah melalui pertolongan mereka.”

(Ibnu Majah)

Hadits ini menceritakan mengenai kelebihan bangsa Timur, iaitu puak Mawali yang Allah

SWT muliakan mereka pada akhir zaman ini. Melalui merekalah Allah SWT muliakan agama ini.

Maknanya, apabila Allah muliakan agama Islam melalui mereka, maka bangsa itu perlulah terlebih

dahulu mulia karena hanya orang-orang yang mulia saja yang akan dapat memuliakan agama Allah

ini. Orang atau bangsa yang hina tidak akan dapat menjadikan agama ini mulia. Hanya bangsa yang

mulia saja yang akan dapat menjadikan sesuatu yang mulia itu mulia. Hal ini pernah berlaku kepada

bangsa-bangsa terdahulu seperti orang-orang Israel pada zaman Nabi Musa AS dan orang-orang Arab

pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, bangsa-bangsa lain perlulah memandang bangsa Mawali ini sebagai bangsa

yang mulia, sesuai dengan taraf kemuliaan mereka dan juga karena Allah SWT sendiri yang telah

memuliakan mereka. Maka patutlah pula kita memuliakan bangsa Timur yang disebutkan itu, jika kita

mahu kita turut dimuliakan, karena mereka adalah bangsa yang dimuliakan oleh Allah SWT.

38. Imam Mahdi Dibantu Oleh Ashabul Kahfi

A. Dari Ibnu Abbas RA berkata, bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Ashabul Kahfi itu adalah para pembantu al-Mahdi.”

Hal ini sudah juga diterangkan dalam bahagian-bahagian sebelum ini. Silalah lihat semula

pada bahagian-bahagian berkenaan untuk mendapatkan keterangan selanjutnya.

39. Imam Mahdi Menakluk Dunia

A. Dari Nafik bin Utbah bin Abu Waqqas RA, dari Nabi SAW bersabda,

“Kamu semua akan menyerang Jazirah Arab (dengan bantuan pasukan tentara dari arah Timur

dan Khurasan), maka Allah akan memenangkan (kamu). Kemudian kamu semua akan

menyerang Rom (Eropah pada akhir zaman), maka Allah akan memenangkan (kamu).

Kemudian kamu semua akan menyerang Dajjal, maka Allah akan memenangkan (kamu).”

Kata Jabir, “Maka Dajjal tidak akan keluar, sebelum Rom (Eropah) dikalahkan.”

(Ibnu Majah)

Pasukan yang menyerang Jazirah Arab itu ialah pasukan Panji-panji Hitam yang dipimpin

oleh At-Tamimi yang berlaki semasa mereka mencari Imam Mahdi. Pasukan yang diserang oleh At-

Tamimi itu ialah As-Sufyani dan pasukan ini berjaya dikalahkan oleh At-Tamimi. Kemudian mereka

menyerang Eropah pula. Kali ini dipimpin sendiri oleh Imam Mahdi, dengan diketuai oleh panglima

yang bergelar Tahir bin Asmak. Jatuhnya seluruh Eropah dan Amerika Syarikat ke tangan pasukan

Islam adalah tanda bahwa Dajjal yang sebenar, yang bertubuh besar itu akan muncul tidak lama lagi.

40. Umat Islam Menakluk Eropah Dengan Mudah

A. Sabda Nabi SAW,

“… Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum ada sebuah kota yang diserbu oleh 70 ribu orang

(tentara) yang terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan di laut dan satu kumpulan lagi

berada di darat. Mereka ini adalah keturunan Nabi Ishak (atau dalam riwayat lain, mereka

berketurunan Nabi Ismail AS). Tetapi setibanya mereka di bandar tersebut, mereka tidak jadi

berperang. Sebab ketika mereka mengucapkan LAILAHA ILLALLAH WALLAHU

AKBAR, maka sebahagian (tentara) yang berada di laut sudah sampai di muka pintu kota. Dan

ketika mengucapkan LAILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR sekali lagi, maka

sebahagian (tentara) yang berada di darat sudah sampai ke muka pintu kota juga. Lalu ketika

mereka mengucapkannya sekali lagi, maka pintu gerbang kota itu pun terbuka (dengan

sendirinya) dan mereka terus memasukinya lalu bermukim di sana. Ketika mereka sedang

membahagi-bahagikan harta ghanimah itu, tiba-tiba ada yang meneriakkan, “Sesungguhnya

Dajjal telah pun keluar!” Lalu mereka (segera) meninggalkan seluruh ghanimah tadi dan terus

kembali ke rumah masing-masing.”

Kejadian yang amat hebat seperti ini hanya dapat dilakukan melalui keramat Imam Mahdi,

sambil dibantu oleh keramat wali-wali Allah yang lain, dan ditambah lagi dengan mukjizat Nabi Ilyas

AS, seterusnya ditambah lagi dengan kekuatan malaikat yang ditugaskan menunaikan segala perintah

Imam Mahdi. Dengan bercantumnya mukjizat rasul, keramat wali-wali dan kekuatan malaikat,

kejadian yang amat pelik dan sangat dahsyat ini dapat dilakukan dan benar-benar terjadi di depan

mata mereka. Karena kemenangan ini, seluruh umat Islam di serata dunia bertakbir, bertasbih,

bertahmid dan bertahlil dengan suara yang amat kuat sepanjang-panjang malam tanpa tidur-tidur.

Itulah cara sebenar dalam Islam apabila menyambut sesuatu kegembiraan yang bersangatan.

Kemenangan ke atas pasukan Eropah dan Amerika Syarikat itu disambut dengan penuh kegembiraan.

Terlalu banyak sebab seluruh umat Islam bergembira terhadap kemenangan ini. Ada dua sebab paling

utama yang menyebabkan mereka begitu gembira iaitu dengan ini hapuslah kuasa kuffar dari atas

muka bumi ini buat selama-lamanya dan yang tinggal kini hanyalah kuasa dan pemerintahan Islam

saja. Sebab kedua ialah kemenangan ini menandakan bahwa segala sistem jahiliyah Barat itu

berkubur dan umat Islam tidak perlu berasa takut terhadap apa-apa pun di atas muka bumi ini. Kini

umat Islam dapatlah hidup dengan penuh aman, bahagia dan sentosa walau di mana saja di atas

muka bumi ini. Kalimah Allah ditinggikan di serata pelosok dunia ini. Keempat-empat penjuru dunia

kini ditadbir sepenuhnya menurut sistem pemerintahan Islam yang adil dan diredhai.

41. Nama Ketua Tentara ke Romawi

A. Sabda Nabi SAW,

“Tahir bin Asmak menyerang Bani Israel, kemudian dia mengalahkannya dan merampas segala

perhiasan yang ada di Baitulmaqdis. Sebahagian harta-benda itu dibakar hingga hangus dan yang

selebihnya diangkut dengan 1,700 buah kapal untuk dibawa ke Romawi.”

Tahir bin Asmak itu bukanlah nama sebenarnya, tetapi merupakan nama yang diberikan oleh

Rasulullah SAW dan namanya di atas langit. Namanya di bumi ini tidaklah demikian. Tahir itu

maksudnya dia adalah seorang yang suci hatinya, iaitu seorang yang bertaraf wali yang mahfuz sejak

kecil lagi hinggalah ke besarnya. Dia juga adalah seorang lelaki yang tulen iaitu berani, gagah dan

cekap berperang. Karena kesucian hatinya kepada Allah SWT, peperangan terbesar yang dipimpinnya

itu berjaya mengalahkan sebuah demi sebuah negara-negara di Eropah, baik yang di Eropah Timur

mahupun yang di Eropah Barat sehingga akhirnya seluruh Eropah berjaya ditawannya, manakala

pemimpin Perancis berjaya ditangkap, ditawan, dibawa ke Malaysia dan seterusnya dihukum bunuh.

Seluruh harta rampasan perang dari Eropah yang tidak terkira banyaknya itu akan diangkut

keluar dari Eropah menggunakan kapal-kapal besar yang jumlahnya hampir dua ribu buah.

42. Rom Dikalahkan dengan Takbir

A. Dari Huzaifah RA, sabda Nabi SAW,

“Bahwa mereka (tentara Islam) akan merobohkan benteng (kota) Romawi dengan mengucapkan

takbir (saja).”

Rasulullah SAW tidak pernah berbohong terhadap apa yang diucapkannya. Baginda SAW

adalah seorang rasul yang bertaraf Ulul Azmi dan merupakan Sodiqul Masduq, mustahil cakapnya

tidak benar. Logik atau tidak logik adalah soal lain. Apabila Rasulullah SAW sendiri yang

menyebutkannya, maka perkara itu kenalah dilogikkan juga, walau dengan apa cara pun karena

baginda SAW hanya menyebutkan apa yang Allah SWT beritahu kepada baginda SAW. Semua ini

bukanlah dengan nafsu baginda SAW sendiri atau baginda memandai-mandai sendiri.

Apa yang dipertikaikan oleh beberapa orang pemikir zaman ini adalah suatu yang sudah

melampau. Mereka mendakwa keupayaan tentara Islam mengalahkan Rom dengan takbir saja

sebagai suatu cerita dongeng. Apakah mereka ini berfikir bahwa Rasulullah SAW diutus untuk

membawa cerita-cerita dongeng? Bacalah Surah Yasin, akan kita temui penyataan Allah SWT sendiri

yang menyatakan bahwa baginda SAW bukanlah seorang tukang syair atau tukang cerita dongeng

seperti yang didakwa.

43. Rom Kalah dengan Empat Takbir

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan menundukkan Romawi dengan meneriakkan empat kali takbir, lalu

membunuh 600,000 nyawa. Dia akan mengeluarkan apa saja yang ada di Baitulmaqdis, Peti

Tabut, maidah Bani Israel, Kalam Radhad, Halah Adam, tongkat Nabi Musa AS, mimbar

Nabi Sulaiman AS, alat penyukat daripada Manna (wa Salwa) yang dijadikan dari tanah dan

berwarna amat putih, yang Allah turunkan untuk Bani Israel dahulu. Al-Mahdi kemudian akan

memasuki kota Qatik yang berukuran panjang 1,000 batu dan 500 batu (lebarnya), memiliki

360 pintu, yang mana setiap pintunya dijaga oleh 1,000 orang askar. Kemudian mereka

meneriakkan empat kali takbir, maka runtuhlah benteng kota Qatik itu. (Mereka memasukinya)

lalu merampas seluruh harta yang ada di dalamnya. Mereka kemudian tinggal di sana selama

tujuh tahun. Semua harta yang ada di kota Qatik itu dipindahkan ke Baitulmaqdis. Kemudian

ada berita yang menyatakan bahwa Dajjal telah keluar di tengah-tengah kaum Yahudi

Asbihan.”

Hadits ini menjelaskan keadaan negara yang akan ditakluk oleh Imam Mahdi itu iaitu negara

yang pada hari ini dikenali sebagai Amerika Syarikat. Negara itu memang sebuah negara yang amat

luas, tinggi tamadunnya, lengkap persenjataannya, kuat pertahanan negaranya dan ramai jumlah

askarnya. Mereka juga sangat menjaga sebarang kemasukan pasukan tentara ke dalam negaranya dan

tinggi pula kelengkapan ketentaraan mereka. Dengan demikian mereka berasa bahwa tidak akan ada

suatu kuasa pun yang dapat mengalahkan mereka. Dalam keadaan seperti itulah mereka dikalahkan

dengan amat mudah oleh Imam Mahdi dan pasukan tentaranya.

Selepas kekalahan Amerika Syarikat ini, seluruh benua Amerika Utara yang meliputi Kanada

juga turut takluk di bawah penguasaan Imam Mahdi dan tentara Islam. selepas penaklukan ke atas

Amerika Syarikat ini, Imam Mahdi menumpukan pula perhatiannya ke Amerika Selatan, dan berjaya

mengalahkan benua yang penuh sesak dengan penduduknya itu dalam masa yang singkat.

Perlawanan-perlawanan yang diberikan tidak bererti apa-apa lagi karena mereka tidak mendapat

bantuan daripada kuasa Kristian Eropah, yang pada masa itu sedang sibuk berperang dengan tentara

Islam. Akhirnya mereka hanya melihat saja kekalahan benua Amerika Selatan, iaitu pusat penganut

Kristian terbesar di dunia itu ke tangan tentara Islam tanpa dapat berbuat apa-apa lagi. Itulah

kekecewaan yang sangat besar, paling memilukan dan pukulan terhebat bagi kuasa Kristian di

Eropah.

44. Seluruh Eropah Bakal Kalah dan Memeluk Islam

A. Kata sahabat RA,

“Seluruh pertahanan Romawi dan bandar-bandarnya akan ditakluki oleh al-Mahdi dengan

(hanya) meneriakkan tahlil dan takbir.”

Hal ini sudah dijelaskan dalam beberapa keterangan yang telah diberikan dalam bahagianbahagian

yang telah lalu sebutannya. Maka tidaklah perlu diperpanjangkan lagi di sini.

45. Seluruh Eropah Akan Diislamkan

A. Sabda Nabi SAW,

“Sesungguhnya mereka akan menundukkan Kostantinopel dan Romawi dengan membunuh

40,000 orang. Mereka lalu merampas emas dan mutiara yang amat banyak. Mereka akan tinggal

di sana selama setahun dan juga mendirikan masjid-masjid. Mereka akan menghantar sebahagian

dari harta tersebut ke bandar-bandar lain. Ketika mereka sedang sibuk membahagi-bahagikan

harta rampasan perang itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita keluarnya Dajjal yang

pada ketika (berita) itu sampai, telahpun mengalahkan keluarga-keluarga mereka di Syam.

Kemudian mereka pun kembali semula ke Syam.”

Hadits inilah yang paling menakutkan pihak Eropah selama ini. Mereka sentiasa menanti

masa saja siapakah dia Muhammad Kedua yang akan bangkit semula menawan Eropah. Selagi

Muhammad Kedua itu belum bangkit lagi ke dunia ini, mereka tetap mengatur persenjataan,

kelengkapan dan strategi peperangan untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan nanti.

Karena itulah kita lihat pada hari ini, Nato sentiasa mengemaskinikan pasukan tentaranya di manamana

saja, meletakkan mereka di semua kedudukan yang dirasakan strategik, melengkapkan mereka

dengan senjata yang paling canggih, membarisinya dengan peralatan perang paling kuat yang mampu

mereka sediakan dan sentiasa mengatur strategi peperangan yang dirasakan paling berkesan. Mereka

juga melatih askar-askarnya menjadi askar-askar elit yang tahan lasak dan cekap dalam banyak bidang.

Namun mereka lupa bahwa apa yang telah ditakdirkan oleh Allah tetap akan berlaku.

Eropah tetap akan ditawan oleh tentara Islam, biar berapa kebal sekalipun pasukan tentara Nato itu,

dan sekalipun mereka bersatu dalam menentang kemaraan tentara Islam itu nanti. Kekuatan

persenjataan dan logistik tidak akan mampu melawan kekuatan keramat pemimpin-pemimpin Islam

itu dan kemahuan untuk syahid tidak dapat dilawan oleh kekuatan mental askar Nato berkenaan.

46. Imam Mahdi Turut Berperang di Eropah

A. Huzaifah RA berkata,

“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Al-Mahdi akan mengambil dan mengembalikan

semua harta tadi ke Baitulmaqdis. Kemudian dia dan orang-orang yang bersama-samanya berjalan

hingga melalui Romawi, iaitu sebuah kota yang berukuran 100 suq, yang mana setiap suq

berukuran 100,000 kaki lalu bandar ini dikalahkan. Kemudian mereka melalui kota al-Qatik

yang berada di Laut Akhdar yang diliputi harta-benda, yang ukuran panjangnya (kota tersebut)

1,000 batu dan lebar 500 batu serta mempunyai 3,000 buah pintu.” (Abu Nuaim)

Untuk memberi semangat kepada pasukan tentara Islam, Imam Mahdi sendiri akan

memimpin pasukan tentara Islam semasa mereka menawan Eropah. Kedatangan Imam Mahdi ini

adalah dengan memakai serban yang berwarna biru, dan apabila mereka mendengar nama Imam

Mahdi saja, takut mereka kepadanya sudah hampir sampai ke ulu hati mereka, hanya tidak

dinyatakan keluar saja.

47. Kekuasaan Imam Mahdi Meliputi Seluruh Dunia

A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan menguasai seluruh dunia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zulkarnain

dan Nabi Sulaiman AS.”

Allah SWT memuliakan seluruh umat Islam ini dengan memberikan mereka nikmat yang

pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya. Salah satu nikmat yang diberikan itu ialah

kekuasaan ke atas seluruh dunia ini. Kali ini nikmat ini benar-benar dirasai oleh sekalian umat Islam

dan pemerintahan Imam Mahdi itu benar-benar meliputi seluruh dunia, dari kutub ke kutub, dari

Timur ke Barat dan dari hujung ke hujung. Maknanya, seluruh empat penjuru dunia habis dikuasai

oleh Imam Mahdi, dan pemerintahannya pula amat adil sungguhpun wilayah tabdirannya amat luas

dan jauh. Inilah satu lagi kelebihan Imam Mahdi yang tidak diberikan-Nya kepada sesiapa pun

sebelumnya.

48. Lama Pemerintahan Imam Mahdi Sebelum Dajjal Muncul

A. Kata sahabat RA,

“Al-Mahdi akan memerintah selama tiga puluh atau empat puluh tahun.”

Tempoh tiga puluh tahun yang dimaksudkan itu adalah tempoh sejak Imam Mahdi mulamula

mengambil tampuk pemerintahan dunia ini. Tempoh empat puluh tahun yang disebutkan itu

adalah tempoh keseluruhan pemerintahan Imam Mahdi ke atas seluruh dunia ini. Karena itulah para

sahabat RA menyebutkan dua angka yang berlainan sebagai menunjukkan perbedaan pengiraan. Dan

hal ini hanya benar-benar dapat difahami dan dimengertikan oleh orang yang telah diberikan hidayah

oleh Allah SWT ke dalam hatinya.

49. Imam Mahdi dan Ikhwan

A. Muhammad bin Ali al-Hanafiah RH berkata,

“Kami sedang bersama-sama dengan Sayidina Ali KMW apabila seorang lelaki bertanya tentang

Al-Mahdi. Imam Ali KMW berkata, “Begini.” Lalu ditemukannya jari-jarinya sambil dikira

sampai tujuh dan berkata, “Dia akan muncul pada akhir zaman ketika orang-orang (munafik)

berkata bahwa Allah telah mati. Kemudian melaluinya (Al-Mahdi) Allah mendatangkan untuk

mereka awan mendung yang menutupi langit lalu Allah mempertautkan antara hati mereka

sehingga mereka tidak berasa keseorangan lagi malah akan lebih gembira jika ada orang lain yang

menyertainya. Bilangan mereka adalah seperti pasukan Badar. Sama ada mereka itu pada

permulaannya yang mendapatinya atau yang kemudian lalu menyertainya. Bilangan mereka tetap

(sama) seperti bilangan tentara Talmut yang berjaya menyeberangi sungai dengannya (Talut).”

B. Sesungguhnya pada suatu hari Rasulullah SAW bertanya kepada para Sahabatnya,

“Orang mukmin yang manakah yang paling dikagumi akan iman mereka?” Para Sahabat RA

menjawab, “Para malaikat.” Jawab Nabi SAW, “Bagaimana tidak para malaikat itu

beriman karena mereka berada di sisi Tuhan mereka.” Para Sahabat RA menjawab, “(Kalau

begitu) para nabi.” Jawab Nabi SAW, “Bagaimana mereka itu tidak beriman sedangkan wahyu

Allah diturunkan kepada mereka.” Jawab Sahabat RA, “(Kalau begitu) maka kamilah.”

Jawab Nabi SAW, “Bagaimana kamu semua tidak beriman sebab aku dizahirkan berada di

tengah-tengah kamu. Sesungguhnya orang mukmin yang dikagumi imannya adalah orang-orang

yang datang selepas kamu, mereka hanya membaca lembaran-lembaran saja lalu mereka

beriman dengan isi-isi lembaran itu.” (Al-Bukhari)

Ikhwan ini berjumlah 314 orang, dan sebahagian daripadanya adalah wanita. Mereka ini

adalah penolong-penolong kanan Imam Mahdi dan dididik oleh Pemuda Bani Tamim sehingga

menjadi golongan yang bertakwa dan kasihkan Tuhan sepenuh hati. Mereka ini dipilih melalui dua

peringkat seperti yang dijelaskan iaitu sama ada mereka adalah golongan menganggotainya sejak awal

lagi atau masuk kemudian lalu menyertainya. Golongan yang awal menyertainya ada dua golongan

pula, iaitu yang benar-benar ikhlas berjuang dan sabar menempuh ujian berat atau golongan yang

tercicir daripada perjuangan lalu terkeluar. Golongan yang tertapis ini adalah hati yang benar-benar

berhati pejuang. Golongan kedua adalah mereka yang mendapat hidayah Allah SWT lalu dipilih-Nya

mereka untuk memasuki dan mengikuti perjuangan ini lalu menjadi ahli baru, menggantikan

sebahagian besar ahli lama yang telah tercicir tadi.

Mereka ini adalah salah satu golongan yang iman mereka sangat dikagumi oleh Allah SWT

dan Rasulullah SAW seperti yang tersebut di dalam hadits di atas. Mereka lahir jauh daripada zaman

kenabian tetapi iman mereka amat tinggi seolah-olah mereka pernah melihat Rasulullah SAW dan

hidup sezaman dengannya.

50. At-Talakan

A. Kata Sayidina Ali KMW,

“Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada perbendaharaan-Nya, bukan

emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang mengenali Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka

akan membantu Al-Mahdi pada akhir zaman.”

Mereka ini adalah golongan yang amat istimewa, pembantu-pembantu kanan Imam Mahdi

dan juga wakil-wakil Imam Mahdi untuk memerintah seluruh dunia ini. Dengan keberadaan mereka,

Allah SWT menurunkan ilmu dan kefahaman kepada setiap manusia secara yang amat merata, tidak

lagi terkumpul hanya di universiti-universiti atau institusi-institusi pengajian tinggi semata-mata. Ilmu

Allah adalah milik setiap umat Islam, bukan milik segolongan manusia saja, sepatutnya disebarkan

oleh para ulama kepada sekalian manusia, tidak terhad kepada yang masuk universiti semata-mata.

Penerangan mengenai golongan ini sudah diberikan dalam bahagian-bahagian yang

terdahulu, dengan uraian yang agak ringkas tetapi dirasakan memadailah untuk kali ini.

51. Ar-Rufaqak dan Wali Abdal

A. Sayidina Ali KMW berkata,

“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan

para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, seperti bertemunya awan-awan pada musim

luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah, dan Wali Abdal

yang datang daripada penduduk Syam.”

Mereka ini adalah sebahagian daripada golongan Ikhwan yang diisyaratkan oleh Rasulullah

SAW dan para Sahabat RA dalam beberapa keterangan dan telah disebutkan dalam bahagianbahagian

terdahulu. Mereka ini adalah juga penolong-penolong kanan Imam Mahdi dalam setiap

urusan yang memerlukan pertolongan mereka. Mereka juga adalah golongan yang amat bertakwa

kepada Allah SWT setiap masa dan dimuliakan oleh sekalian manusia seperti yang selayaknya mereka

terima.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: