TANDA-TANDA KEMUNCULANNYA 2

21. Datang Pasukan dari Iraq ke Madinah

A. Sabda Nabi SAW,

“Pasukan (tentara) dari Iraq keluar mencari seorang lelaki dari Madinah iaitu al-Mahdi.

Kemudian Allah menyelamatkan al-Mahdi daripada kejaran pasukan ini. Ketika mereka

melintasi suatu padang di Zul Hulaifah (dalam perjalanan ke Makkah untuk mengejar al-

Mahdi), maka mereka ditelan bumi (semuanya), sehingga yang di atas sampai hari kiamat.”

B. Kata Anas RA,

“Ketika Nabi SAW sedang tidur di rumah Ummu Salamah RA, baginda bangun lalu bersabda,

“Tiada daya upaya melainkan dari Allah.” Ummu Salamah RA bertanya, “Kenapa

Rasulullah menyebutkan demikian?” Baginda menjawab, “Satu pasukan tentara datang dari

arah Iraq untuk memerangi seorang lelaki dari Madinah yang dilindungi oleh Allah. Apabila

mereka tiba di padang pasir dekat Zul Hulaifah, mereka pun ditelan bumi. Yang di atasnya

tidak sampai ke bawahnya dan yang di bawahnya tidak sampai ke atasnya sampailah ke hari

pengadilan. Tujuan mereka adalah berbeda-beda.” Ummu Salamah RA bertanya, “Wahai

Rasulullah SAW, bagaimanakah mereka boleh ditelan bumi sedangkan niat mereka berbedabeda?”

Baginda SAW menjawab, “Sebab ada di antara mereka yang dipaksa mengikuti.”

(Ibnu Majah, Al-Busiri & Al-Bazar)

Iraq yang dimaksudkan bukanlah Iraq yang kita kenali pada hari ini, yang terletak di utara

Hijaz itu. Iraq pada zaman dahulu adalah negara yang bukan negara Islam, yang merupakan kuasa

besar dunia pada masa ini. Dalam kes ini, maksudnya adalah Eropah/Amerika Syarikat atau Iran.

Tentara yang besar yang dimaksudkan itu adalah kuasa besar Eropah/Amerika Syarikat yang amat

takutkan kebangkitan semula Islam bagi kali yang kedua dan cuba sedaya upaya membendungnya,

walaupun terpaksa menggunakan kekuatan tentara. Mereka juga bersatu dalam menentang

kebangkitan Imam Mahdi.

Hadits ini membawa erti bahwa kuasa Eropah/Amerika Syarikat yang bukan beragama Islam

akan menjejakkan kaki ke bumi Hijaz dan ini telah terbukti dengan masuknya pasukan tentara

Amerika Syarikat ke Arab Saudi yang dikuasai oleh keluarga Saud itu semasa Perang Teluk dahulu.

Kekuatan ketentaraan Amerika Syarikat itu masih lagi berada di bumi Arab Saudi karena menjaga

keamanan rantau Teluk itu daripada diserang oleh Iraq. Apabila tentara kafir ini cuba masuk ke

Tanah Haram Makkah dan Madinah, mereka akan ditelan oleh bumi karena orang bukan Islam tidak

boleh masuk ke Tanah Haram itu, apatah lagi setelah mereka melakukan kezaliman di kota suci

Madinah. Dan dengan itu terselamatlah Imam Mahdi daripada dibinasakan oleh kuasa kafir itu.

Maksud kedua adalah tentara Iran. Pasukan Iran ini akan menyerang Imam Mahdi karena

marahkan golongan Ahlus Sunnah. Puak Syiah juga mempunyai Imam Mahdi, tetapi ternyata Imam

Mahdi mereka tidak bangun-bangun sedangkan Imam Mahdi Ahlus Sunnah sudahpun bangun dan

muncul untuk memerintah dunia. Maka tidak ada jalan lain bagi mereka lagi melainkan terpaksa

memerangi juga golongan Ahlus Sunnah dengan Imam Mahdinya. Apabila Imam Mahdi Ahlus

Sunnah muncul, maka terbukalah tembelang Syiah selama ini dan tahulah oleh seluruh manusia

bahwa puak Syiah itu penipu besar selama ini karena mendakwa orang yang telah mati sebagai Imam

Mahdi. Maka apabila pasukan ini tiba di antara Makkah dengan Madinah, maka mereka akan ditelan

bumi sebagai suatu keramat bagi Imam Mahdi, dan sekali gus merupakan bantuan terus dari Allah.

Dan boleh jadi juga kedua-dua pasukan ini akan bergabung untuk menyerang Imam Mahdi

di Makkah, cuma niat saja yang berbeda-beda. Pasukan dari Eropah/Amerika Syarikat berhasrat

menggagalkan kemunculan Imam Mahdi yang bakal membawa Islam kembali ke mercu kejayaan dan

kegemilangan. Pasukan Syiah pula mahu membunuh Imam Mahdi supaya Imam Mahdi Ahlus

Sunnah itu tidak muncul, dan dengan itu menyelamatkan maruah mazhab Syiah daripada tercalar

teruk. Dan kedua-dua pasukan yang bergabung ini akan ditelan oleh bumi di antara Makkah dengan

Madinah dan yang tinggal hanyalah dua orang saja, dan kedua-dua yang terselamat itu adalah dari

kalangan tentara Syiah. Semua tentara kafir itu habis semuanya mati terbenam. Imam Mahdi pun

terselamat daripada cubaan menghapuskannya.

22. As-Sufyani dan Bala Tentaranya Menyerang Imam Mahdi

A. Sabda Nabi SAW,

“Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentara)

berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentara) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa

saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini,

100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu

Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang

benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-

Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan

membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tentaranya (pergi menyerang)

Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika

mereka sampai di al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya

dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi

sehingga tidak berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa

tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan

dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan

Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu dihantar pasukan

tentara yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu

gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang

mengingkari dirinya, bahwa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu

gerbang di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia,

sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan

sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad

SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-

Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”

Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami

dapat mengenalinya?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya

seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana

bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun.

Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib

dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas

(setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya

dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang

buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di

mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta

karun (melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-

Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”

B. Sabda Nabi SAW,

“Seorang lelaki bernama As-Sufyani akan datang dari tengah kota Damsyik. Kebanyakan

tentaranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga memperkosa

wanita dan membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais lalu membunuh

mereka semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli keluargaku di Al-Hirrah dan

berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera menghantar pasukan tentaranya tetapi menderita

kekalahan (teruk). As-Sufyani bangun memimpin sendiri pasukan tentaranya sehingga mereka

sampai di kawasan gurun lalu ditelan oleh bumi.”

Hadits tersebut menyatakan bahwa sebelum Imam Mahdi muncul, as-Sufyani akan muncul

dan berkuasa terlebih dahulu. Tempatnya disebutkan sebagai tengah kota Damsyik, mempunyai

angkatan tentara yang besar dan kuat. As-Sufyani yang dimaksudkan itu adalah Amerika Syarikat,

manakala Kalb (bapa saudara as-Sufyani) yang dimaksudkan adalah Nato iaitu kuasa pakatan tentara

Eropah Barat. Kekuatan tentara Kalb dan as-Sufyani digambarkan sebagai memiliki tiga ratus enam

puluh pasukan berkuda. Jumlah itu sebenarnya adalah gambaran saja, untuk menunjukkan betapa

kuat dan besarnya angkatan tentara berkenaan.

Pasukan berkuda yang dikatakan itu adalah kelengkapan ketentaraan yang terbaik dan

tercanggih yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Nato. Pada zaman dahulu, memiliki pasukan

berkuda adalah kelengkapan ketentaraan yang terbaik, dan pada masa ini, kelengkapan berkuda itu

digantikan oleh jet-jet pejuang, kereta kebal, kapal perang terbesar, kapal selam, peluru berpandu jarak

jauh, persenjataan termoden dan seterusnya. Itulah kias bagi tentara berkuda yang dimaksudkan oleh

hadits berkenaan.

Pasukan tentara as-Sufyani ini menyerang Iraq, menyebabkan seramai seratus ribu orang

terbunuh, kebanyakannya orang awam. Hadits ini tidak menyebutkan tentara yang mati. Angka seratus

ribu orang itu hanyalah kiasan saja untuk menunjukkan jumlah yang sangat ramai, bukannya mesti

tepat-tepat seratus ribu orang. Selain itu, dalam serangan ke atas Iraq ini, as-Sufyani dibantu dan

dipimpin oleh Kalb yang menghantar sejumlah tiga puluh ribu orang tentara. Hadits ini telah benarbenar

terjadi karena memang Iraq telah benar-benar diserang oleh Amerika Syarikat dan dibantu oleh

sekutu Eropahnya.

Setelah itu mereka menyerang Kufah pula iaitu negara-negara di Asia Tenggara. Kali ini

serangan mereka bukan lagi menggunakan tentara tetapi menggunakan kekuatan ekonomi. Maka pada

ketika itulah Pemuda Bani Tamim muncul dan mendapat kuasa di Timur yang baru diserang itu. Hal

ini sangatlah mengejutkan Amerika Syarikat itu sendiri dan juga Eropah, terutamanya Britain dan

Perancis. Britain dan Perancis adalah dua buah negara yang paling kuat menentang kebangkitan

semula Islam serta paling takutkan kekuasaan Islam berkembang di dunia ini. Kedua-duanya paling

banyak melaburkan kewangan untuk mengkaji, merisik kekuatan, mengintai dan mencari jalan

melemahkan terus umat Islam. Mereka juga berusaha keras agar kebenaran hadits-hadits mengenai

kejadian akhir zaman ini tidak berlaku.

Apabila Pemuda Bani Tamim muncul, maka muncul jugalah ketika itu as-Sufyani kedua atau

as-Sufyani kecil iaitu pemimpin puak Syiah. Mereka ini menentang Pemuda Bani Tamim karena

mereka juga mempunyai Imam Mahdi mereka sendiri, selain mempunyai hadits yang menceritakan

kebangkitan Panji-panji Hitam. Oleh karena yang bangkit itu adalah Panji-panji Hitam milik puak

Ahlus Sunnah, mereka menentangnya karena nyata bukan dari kalangan mazhab mereka yang Syiah

itu. Mustahil pemilik Panji-panji Hitam yang Ahlus Sunnah itu akan menyerahkan panji-panji keramat

itu kepada Imam Mahdi Syiah yang sudah pasti tidak akan muncul.

Mereka inilah yang akan mengetuai sendiri pasukan tentara yang berkelengkapan besar itu

untuk menyerang kota suci Madinah. Tentara Syiah ini akan mendapat bantuan daripada tentara

Eropah, bergabung menjadi satu pasukan yang lebih besar lagi. Pasukan ini akan menghancurkan

kota suci Madinah dalam masa tiga hari saja sehingga menjadi rata dan yang tinggal hanyalah bekasbekas

bangunan yang runtuh. Masjid Nabawi yang amat mulia itu juga turut hancur dan tinggal

sejarah saja. Itulah uraian bagi maksud dua buah hadits yang amat bertentangan sekali lafaz

zahirnya. Dan tidak dinafikan, karena pertentangan maksud zahir inilah, maka dengan mudah saja

salah satu atau kedua-dua buah hadits ini terus saja dihukumkan maudhuk atau amat dhaif oleh

beberapa ramai ulama dan pengkaji yang tidak begitu teliti dalam kajian mereka.

Semasa itu juga akan terdengar suara dari langit yang memberitahu tentang kemunculan

Imam Mahdi di Makkah. Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat

difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan

terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga

mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang

dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di

Indonesia mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.

Hadits ini juga memberitahu tentang golongan pembantu Imam Mahdi. Hal ini rasanya tidak

perlulah disebutkan panjang lebar dalam bahagian ini karena akan disentuh dalam bab yang khusus

untuk itu dalam bahagian yang akan datang. Oleh itu, untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang

hal itu, lihatlah bahagian-bahagian seterusnya dalam bab yang akan datang.

23. Pemuda Bani Tamim Melawan As-Sufyani

A. Kata Huzaifah RA,

“Apabila orang-orang berkulit gelap mendatangi bangsa Arab, mereka akan dikalahkan dan

dicampak ke tempat yang paling bawah di bumi ini. Apabila hal ini berlaku, As-Sufyani akan

muncul dengan 360 tentara berkuda sehingga mereka sampai ke Damsyik. Selepas sebulan,

mereka akan diikuti oleh tiga puluh ribu orang dari Bani Kalb. Maka dihantarnya tentara ke

Iraq dan membunuh seratus ribu orang di Az-Zaurak. Kemudian mereka pergi ke Kufah dan

menawannya. Apabila ini berlaku, sebuah bendera akan muncul dari arah Timur yang diketuai

oleh seorang lelaki dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dialah yang mengawal

apa yang di bawah kekuasaannya daripada penduduk Kufah dan dia akan membunuhnya (As-

Sufyani dan tentaranya). Kemudian, sebuah pasukan As-Sufyani yang lain akan mendatangi

Madinah dan merosakkannya selama tiga hari tiga malam, dan selepas itu berangkat menuju ke

Makkah sehingga mereka tiba di suatu kawasan gurun. Maka Allah mengutuskan Jibril dan

berfirman kepadanya, “Hapuskan mereka!” Maka dia pun menghentakkan sebelah kakinya ke

atas mereka lalu Allah membenamkan mereka karenanya. Tiada yang tinggal melainkan dua

orang yang menghantar berita duka kepada As-Sufyani, tetapi itu masih tidak menakutkannya.

Beberapa orang dari kaum Quraisy akan melarikan diri ke Konstantinopel lalu As-Sufyani

menghantar pemimpinnya ke Rom meminta diserahkan semula mereka kepadanya untuk

dihukum pancung bersama-sama pengikutnya.

Pada ketika itulah kedengaran suatu suara berseru, “Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah

memusnahkan pemerintah yang zalim, dan para pengikutnya untuk kamu. Diserahkan-Nya

kepimpinan umat ini kepada sebaik-baik umat Muhammad. Maka sertailah dia di Makkah,

iaitu Al-Mahdi.” Kemudian Huzaifah bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah

dapat kami mengenalinya?” Baginda menjawab, “Dia adalah dari anak keturunanku, dia

kelihatan seperti orang-orang Israel, dia memakai dua lapis jubah putih Qutwani. Wajahnya

bersinar-sinar bagaikan bintang, pada pipinya ada tahi lalat dan dia berusia empat puluh tahun.

Wali Abdal akan keluar mendatanginya dari Syam, Wali Nujabak akan keluar mendatanginya

dari penduduk Mesir dan Asoib dari Timur serta para pengikutnya, mereka berkumpul di

Makkah dan membaiatnya di antara Rukun dan Maqam.

Kemudian dia berangkat ke Syam, malaikat Jibril di hadapannya dan Mikail di belakangnya,

seluruh penduduk langit dan bumi meredhai pemerintahannya. Air mudah didapati di negeri-negeri

yang dikuasainya, sungai-sungai bercambah dan harta benda melimpah ruah. Apabila sampai di

Syam, dia akan membunuh As-Sufyani di bawah pokok yang cabang-cabangnya menjulur ke arah

Tasik Tabariyah dan dia (juga) akan membunuh Kalb. Orang yang paling rugi pada hari

pembunuhan Kalb itu adalah orang yang gagal membantu walaupun cuma mengikatkan talinya.”

Huzaifah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah mereka harus dibunuh sedangkan

mereka masih mengakui Tuhan yang Maha Esa?” Rasulullah SAW menjawab, “Wahai

Huzaifah, mereka pada masa itu amat derhaka, mereka mengatakan arak itu halal dan

meninggalkan sembahyang.”

(Abu Nuaim, At-Tabrani & Amru Ad-Dani)

Hadits ini sebenarnya adalah lanjutan daripada hadits yang terdahulu, dengan sedikit perbedaan

matan. Orang-orang yang berkulit gelap adalah orang yang bukan dari bangsa Arab, yang menguasai

dunia ketika itu. Mereka akan mengalahkan bangsa Arab dan menjadikan bangsa Arab itu hina pada

pandangan umum manusia. Hal ini sebenarnya telah pun terjadi pada hari ini. Bangsa Arab pada hari

ini adalah bangsa yang dipandang rendah, tidak dipercayai, tidak maju, berfikiran kolot, kasar, suka

bergaduh, jahat dan sebagainya. Mereka seolah-olah lupa bahwa bangsa Arablah yang suatu ketika

dahulu bersungguh-sungguh memajukan dunia ini dengan berlandaskan ajaran wahyu, sedangkan

manusia ketika itu umumnya sangat bodoh dan tahayul. Jasa mereka kepada seluruh dunia amatlah

besar dan kesan dari jasa mereka itulah kita menikmati apa yang kita sedang nikmati pada hari ini.

Namun umum bangsa Arab pada hari ini patut juga menerima penghinaan itu karena mereka

sendiri sudah tiada langsung roh jihad dalam diri mereka. Mereka sudah tidak kenal siapa musuh zahir

mereka sebenarnya sehingga sanggup membuat perjanjian damai dengan Israel. Kalau musuh zahir

pun sudah tidak kenal, musuh batin lebih-lebih lagilah tidak dikenal. Kalau musuh pun sudah tidak

dikenali, pastilah cara-cara menghadapinya juga tidak mereka ketahui lagi. Mereka hanya ada ilmu

tetapi tidak boleh digunakan lagi sebab terlalu tumpul. Mereka tidak lagi boleh diharap untuk

memperjuangkan Islam atau untuk mengembalikan semula Islam ke puncak kegemilangan seperti

yang pernah mereka lakukan suatu masa dahulu. Takwa dan khusyuk usah ditanya lagi. Mereka juga

tidak boleh diajak berjuang untuk menegakkan semula Islam, karena zaman ini bukan lagi zaman

mereka, walaupun hanya sebagai salah seorang anggota pejuang. Peranan mereka hari ini hanyalah

sebagai pengekor saja, tidak boleh lebih dari itu.

24. As-Sufyani Dikalahkan Oleh Tentara at-Tamimi

A. Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,

“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentara berkudanya ke

Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentara yang lain seramai 15,000

orang juga, yang berkenderaan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi

dan para pengikutnya. Maka pasukan tentara yang pertama tadi sampai ke Kufah, berjaya

menawan kota itu, lalu memusnahkan apa saja, daripada kaum perempuan dan kanakkanaknya,

di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu

pulang semula (kepada as-Sufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang

gagah berani (sihat)dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari

(keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang

menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan kanak-kanak tadi) lalu

(segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentara yang kedua pula, sampai ke kota Madinah

Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari, maka datang kepada (hati)

mereka pertolongan daripada memusnahkan terus seluruh penduduk dan anak-anak (penghuni

Madinah). Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah,

untuk memerangi al-Mahdi dan orang-orangnya. Apabila sampai di al-Baidak, semuanya

dihapuskan oleh Allah. Maka itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Kalau kamu

melihat ketika mereka terkejut, maka tidak akan luput (dari ingatan), lalu diambil (nyawa)

mereka dari tempat yang dekat (dengan Makkah).” (Surah Sabak, ayat 51)

Seperti hadits-hadits sebelumnya, hadits ini melanjutkan cerita tentang perkara yang sama.

Walaupun terdapat beberapa perbedaan fakta di dalamnya, semua itu tidak bererti hadits ini maudhuk

atau syaz. Sebabnya, perbedaan jumlah yang dikatakan itu, atau perbedaan nama, atau perbedaan

keterangan yang diberikan sebenarnya menunjukkan bahwa angka itu boleh berubah-ubah menurut

ketentuan Ilahi, tempat yang dimaksudkan itu juga boleh berubah dan maklumat-maklumat lain yang

berkaitan juga boleh banyak atau sedikit. Semuanya adalah menurut ketentuan Allah belaka dan hanya

Dia yang Maha Mengetahui hakikat segala yang diciptakan-Nya.

Sebab itulah perbedaan keterangan dan jumlah yang berlaku dalam riwayat yang pelbagai,

tidak perlu diambil kira sangat. Jumlah yang disebutkan itu tidak penting karena yang penting ialah

bahwa peristiwa yang dimaksudkan itu benar-benar berlaku, dan ada tempat berlakunya, sesuai

menurut tafsiran kita pada zaman ini, bukannya menurut tafsiran pada zaman dahulu. Oleh itu, ada

perkara yang perlu diperhatikan sangat-sangat dan ada perkara yang hanya perlu diperhatikan secara

sepintas lalu saja.

Dan, kebiasaannya dalam menafsirkan hadits-hadits seperti inilah yang banyak memeningkan

kepala para sarjana dan cendekiawan yang mengkajinya, karena pengetahuan mereka tidak tercapai

selok-belok hadits yang amat dalam, berkelok-kelok dan penuh rahsia itu. Jika hanya maksud zahir

saja yang diambil dan diperhatikan, maka hadits-hadits seperti ini dengan begitu mudah akan

dicampakkan ke dalam tong sampah maudhuk saja. Dan sebagai akibatnya, tidak hairanlah kalau

hadits-hadits seperti ini sentiasa terabai daripada perhatian mereka, karena mereka menilainya sebagai

sesuatu yang tidak perlu diperhatikan, membuang masa saja dan sering kali dengan mudah pula

mereka memaudhukkannya. Itulah penilaian yang terbaik pada pandangan mereka.

Pasukan tentara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya ternyata amat besar, berjumlah tiga

puluh ribu orang dan lengkap pula dengan segala persenjataan tercanggih yang dibawa khusus untuk

tujuan itu, disertakan lagi dengan pakar-pakar strategi yang terbaik, di samping mendapat pula

bantuan daripada puak Syiah yang katanya mereka lebih layak terhadap Imam Mahdi. Memang puak

Syiah amat berhasrat untuk menghapuskan sama sekali golongan Ahlus Sunnah supaya mereka dapat

berkuasa pula ke atas seluruh dunia dan umat Islam. Pasukan tentara ini dibahagi kepada dua

kumpulan iaitu yang akan menyerang Kufah, yakni Iraq dan yang satu kumpulan lagi akan menyerang

Hijaz.

Maka dunia akan menyaksikan sekali lagi negara-negara di Teluk Parsi bermandi darah. Kali

ini adalah lebih besar dan dahsyat. Tiada siapa pun dari kalangan umat Islam yang mampu berbuat

apa-apa untuk menentang perbuatan biadab musuh-musuh Allah itu. Maka pada ketika itulah Syuaib

bin Saleh at-Tamimi akan mendapat kuasa di Timur lalu mendaulatkan Islam ke tempatnya yang

tinggi. Beliau dan pasukan tentaranya yang amat terpilih itu amatlah handal karena mereka dibantu

dengan keramat-keramat yang amat nyata. Selain itu, roh-roh sekalian syuhada sejak zaman sahabat

RA juga turut datang membantu.

Hanya dengan bantuan keramat sajalah seluruh askar dan segala peralatan ketentaraan

Amerika Syarikat yang canggih-manggih itu dapat ditundukkan, karena keramat tidak akan dapat

dikalahkan oleh sesiapa pun buat selama-lamanya. Keramat adalah bantuan terus dari Allah,

didatangkan melalui tangan para wali-Nya. Maka mustahillah bantuan Allah dapat dikalahkan oleh

sesiapa pun. Siapa lagi yang mampu mengalahkan Amerika Syarikat dan segala senjata canggihnya itu

kalau bukan dengan berkat keramat para wali Allah? Cuba fikir dan sebutkan negara mana atau

pemimpin mana yang dapat berbuat demikian pada hari ini.

Semasa kedua-dua pasukan tentara itu sedang bermaharaja lela di Tanah Arab itu, maka

datanglah suatu kaum yang sihat (gagah berani) memerangi Amerika Syarikat dan Syiah itu. Hanya

kaum ini sajalah yang mampu dan berani melawan kekuatan kecanggihan ketentaraan Amerika

Syarikat dan sekutu-sekutunya yang besar dan kuat itu. Jumlah mereka ini tidak disebutkan jumlahnya

karena mereka yang dimaksudkan itu ternyata adalah amat kecil jika dibandingkan jumlahnya dengan

jumlah kedua-dua angkatan tentara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Namun, Allah tidak

melihat kepada berapa besar jumlah pasukan yang dilawan itu karena setiap seorang daripada anggota

pasukan itu bersamaan kekuatannya dengan kekuatan dan keberanian seratus orang tentara musuh.

Mereka adalah pasukan yang datang dari Timur dan tidak lain dan tidak bukan ialah pasukan

Asoib, yang di dalamnya terdapat sebahagian besar golongan Ikhwan. Selain itu, disebutkan pula

bahwa pemimpin kaum yang sihat itu dipanggil dengan gelaran Amir Min Umarak (Raja Bagi

Segala Raja), suatu gelaran yang amat tinggi dan amat besar maknanya kepada beliau. Juga amat besar

ertinya kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Disebutkan juga bahwa Amir Min Umarak itu

bergelar Syuaib bin Saleh. Jelaslah berdasarkan hadits ini, Syuaib bin Saleh itu adalah gelarannya dan

bukan namanya. Hal ini samalah dengan khalifah pada akhir zaman yang bergelar Imam Mahdi.

Imam Mahdi itu adalah gelarnya saja sedangkan namanya adalah Muhammad bin Abdullah.

Sihat yang dimaksudkan itu adalah sihat akidahnya. Ketika umat manusia sedang rosak

akidah karena telah dipengaruhi oleh pelbagai akidah yang menyesatkan, mereka tidak tergugat akidah

mereka. Maka di antara segala yang sedang sakit akidah itu, merekalah saja yang sihat akidahnya.

Maka dikatakanlah bahwa mereka itu sihat. Mereka juga sihat agamanya. Ketika orang lain sedang

sakit malah nazak agamanya, mereka tampil dengan amalan agama yang benar dan menegakkan Islam

secara keseluruhan seperti pada zaman Rasulullah SAW dahulu. Maka sesiapa yang mampu

menegakkan agama ketika agama sedang rebah, maka dikatakan bahwa mereka itulah golongan yang

sihat iaitu sihat agamanya.

Mereka sihat dari segi jihad kepada Allah. Ketika ini umat Islam sudah mati semangat

jihadnya. Jika ada yang berjihad pun, tidak benar-benar berjihad menurut apa yang diperintahkan oleh

syarak. Maka pada ketika orang lain sedang mati jihadnya, mereka mampu membangunkan jihad

seperti yang dikehendaki oleh syarak, maka itulah golongan yang sihat, iaitu sihat jihadnya. Juga sihat

daripada pengaruh keduniaan yang sedang amat nyanyuk. Ketika umat manusia sedang turut sama

nyanyuk seperti dunia yang mereka gilai itu, mereka berjaya mengelakkan diri daripada turut nyanyuk.

Mereka juga membangunkan dunia tetapi menjadikannya sebagai amalan untuk akhirat, bukan untuk

dunia semata-mata. Maka dikatakanlah bahwa mereka itu sihat, karena tidak turut nyanyuk ketika

orang lain telah lama dibuai nyanyuk dunia. Juga sihat dari segi kerohanian karena dengan kerohanian

yang kuat yang mereka miliki itulah yang membolehkan mereka mengalahkan musuh dan

membangunkan semula Islam seperti yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dahulu.

Mereka juga sihat dari segi kekuatan zahir. Mereka sihat karena dianggap singa pada waktu siang.

Singa amat ditakuti oleh setiap manusia, walaupun singa itu hanya seekor saja pada sesuatu tempat.

Apatah lagilah jika mereka berkumpulan dan beramai-ramai.

Orang-orang, sama ada dari kalangan ulama atau sarjana Islam, yang menganggap Pemuda

Bani Tamim itu bernama Syuaib bin Saleh, sudah melakukan sesuatu kesilapan yang amat besar

karena tidak habis kajiannya dan tidak tepat ilmunya dengan kebenaran yang hakiki. Pernah suatu

ketika dahulu iaitu sekitar tahun-tahun 1993 dan 1994, ketika isu Imam Mahdi hangat diperkatakan,

beberapa orang ulama dan sarjana menjelaskan kepada orang ramai bahwa Pemuda Bani Tamim itu

bernama Syuaib bin Saleh karena itulah nama yang disebutkan oleh hadits. Mereka tidak sedar

bahwa ada hadits lain yang menjelaskan sebaliknya. Oleh itu, sebelum memperkatakan sesuatu yang

kita tidak berapa jelas atau tidak khatam mengajinya lagi, eloklah kita memperbanyakkan mutalaah

dan bersembahyang istikharah untuk mendapatkan kepastian hakiki. Jangan sampai nanti

diketawakan oleh orang-orang kemudian.

25. As-Sufyani dan Kufah

A. Sabda Nabi SAW,

“Apabila As-Sufyani tiba di Kufah, dia lalu membunuh pengikut-pengikut keluarga Nabi

Muhammad SAW, maka Al-Mahdi akan datang dan pembawa Panji-panjinya adalah Syuaib

bin Saleh.”

As-Sufyani yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah dari kalangan pengikut Wahabi dan

pemerintah yang menggunakan sistem ala-Wahabi dalam pemerintahan mereka. Mereka ini pernah

pada suatu masa dahulu membunuh, memburu dan menghalau kalangan Ahlulbait yang masih berada

di Hijaz. Akibatnya, sehingga kini, hampir tiada lagi keturunan Ahlulbait di kawasan sekitar Hijaz.

Semuanya sudah habis terbunuh atau sekurang-kurangnya pun lari menyelamatkan diri dari Hijaz. Jika

ada yang tinggal pun di sana pada masa ini, adalah dari kalangan Ahlulbait yang sanggup mengikut

telunjuk puak Wahabi itu.

Di kalangan mereka itu, pada hari ini, ada yang benar-benar menjadi sebahagian daripada

puak musuh yang pernah cuba menghapuskan golongan mereka suatu masa dahulu. Mereka ini

bukan saja sudah lupa apa yang pernah musuh mereka itu lakukan dahulu, malah mereka sanggup

menjadi sebahagian daripada musuh itu untuk membantai umat Islam yang lain yang tidak sehaluan

lagi dengan mereka. Ada pula yang terpaksa berbuat demikian demi mahu menyelamatkan diri dan

keluarga daripada dihapuskan oleh puak musuh itu. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa sekalian

Ahlulbait itu dan merahmati mereka.

Perkara ini sudahpun benar-benar berlaku. Apabila hal ini benar-benar berlaku, maka hadits

ini menjadi sahih dengan sendirinya. Tidak perlu lagi diselidik benar atau tidaknya hadits ini, siqah atau

tidak rawinya, terang atau tidak sanadnya, apa hukum yang dijatuhkan oleh ulama hadits dahulu

terhadap hadits ini dan sebagainya lagi seperti yang termaktub di dalam disiplin ilmu mustalah hadits.

Hadits ini sudah menjadi sahih dan muktamad apabila benar-benar berlaku apa yang dikatakan. Inilah

kaedah yang digunakan oleh para sahabat RA pada zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa ur-

Rasyidin dahulu. Dan kaedah itu jugalah yang akan diguna pakai oleh umat Islam pada akhir zaman

ini. Maka kitalah yang harus memulakan penggunaan kaedah yang pernah digunakan oleh para

sahabat RA itu.

Dalam keadaan demikianlah, Imam Mahdi akan datang iaitu datang ke Makkah untuk tampil

menjadi khalifah atau pemerintah manusia. Sebelum mendapat kuasa pemerintahan itu, terlebih

dahulu akan dimunculkan Pemuda Bani Tamim. Beliaulah pembawa Panji-panji Hitam yang masyhur

itu dan menyerahkannya kepada Imam Mahdi. Kedua-dua mereka ini mestilah muncul menurut

urutan, iaitu Pemuda Bani Tamim akan muncul dahulu, kemudian barulah diikuti oleh kemunculan

Imam Mahdi. Tidak boleh berlaku Imam Mahdi muncul dahulu daripada Pemuda Bani Tamim atau

kemunculan Imam Mahdi itu berseorangan saja, tanpa ada Pemuda Bani Tamimnya. Ini

dikarenakan kemunculan kedua-dua mereka sudah dinyatakan oleh hadits-hadits secara yang amat

nyata.

Begitu juga Pemuda Bani Tamim tidak boleh muncul seorang diri saja tanpa diikuti oleh

kemunculan Imam Mahdi. Maknanya, tidak lama selepas kemunculan Pemuda Bani Tamim yang

mendapat kuasa di Timur itu, Imam Mahdi akan segera muncul pula. Setelah kedua-dua tokoh besar

ini muncul, maka sahihlah kedua-duanya benar dan wajib diikuti oleh sekalian umat Islam, walau di

mana saja mereka berada. Yang dikatakan Imam Mahdi palsu ialah munculnya tanpa didahului oleh

Pemuda Bani Tamim, atau Pemuda Bani Tamim itu langsung tidak tersenarai di dalam nama-nama

pemimpin kanannya.

Hal-hal lain yang berkaitan sudah pun dinyatakan dalam bahagian-bahagian terdahulu. Rasarasanya

tidak perlulah diulang-ulang sebutannya dalam bahagian ini.

26. Bab (Pintu Gerbang) Istakhr

A. Sayidina Ali KMW berkata,

“Kuda-kuda As-Sufyani bergerak menuju ke Kufah, dan dia menghantar pasukan tentaranya

menentang penduduk Khurasan. (Ketika itulah) penduduk Khurasan mencari-cari Al-Mahdi. Dia

akan bertemu dengan Al-Hasyimi yang membawa Penji-panji Hitam, yang di hadapannya ialah

Syuaib bin Saleh yang akan memerangi As-Sufyani di depan Gerbang Istakhr, berlakulah

pertempuran yang hebat dan pasukan Panji-panji Hitam akan menang, manakala kuda-kuda

As-Sufyani bertempiaran lari.”

Kejadian ini berlaku di sekitar Khurasan. Kuda-kuda yang dimaksudkan adalah kelengkapan

perang yang paling canggih yang dimiliki oleh pasukan As-Sufyani, terdiri daripada askar-askar

terhandal mereka, senjata-senjata automatik, kereta-kereta kebal, kenderaan-kenderaan tentara yang

pelbagai jenis dan peluru-peluru yang berkuasa tinggi. Tidak ketinggalan adalah kapal-kapal laut dan

jet-jet pejuang pelbagai jenis dan kelengkapan termajunya. Pasukan ini akan menuju ke Khurasan dan

Kufah, sedangkan pada waktu itu penduduk Khurasan sudahpun bersatu dengan pemimpin besar

mereka iaitu Syuaib bin Saleh at-Tamimi, yang dibantu oleh Al-Haris Harras.

Pada masa ini, Pemuda Bani Tamim akan bertemu dengan dua orang pembantu kanannya

iaitu Al-Haris Harras dan Pemuda Bani Hasyim. Kedua-dua pasukan Islam dan kuffar ini akan

bertembung di sekitar Khurasan itu juga dan peperangan tidak dapat dielakkan lagi karena memang

pasukan As-Sufyani berazam benar mahukan juga peperangan, tidak mahukan sebarang perdamaian.

Dan ternyata, kekuatan dan kelengkapan lahiriah selama-lamanya tidak akan mampu mengalahkan

kekuatan rohaniah tentara Islam yang amat hebat itu.

Bantuan Allah kepada tentara Islam nampak nyata, tidak lagi terselindung-selindung sehingga

dengan mudah pula taktik dan gempuran pasukan As-Sufyani dapat dipatahkan. Akhirnya kalahlah

pasukan As-Sufyani, askarnya berundur dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan kekalahan yang lebih

besar dan memalukan. Askar-askarnya hilang entah ke mana dan kelengkapan perangnya ditinggalkan

begitu saja, tidak dikutip lagi. Kerugian yang terpaksa ditanggungnya juga sudah tidak terkirakan

lagi banyaknya. Setelah itu, pasukan At-Tamimi meneruskan lagi perjalanan mereka menuju ke

Makkah sambil menziarahi kota Madinah yang telah hancur rata itu.

27. Tentara as-Sufyani Dikalahkan Oleh Tentara al-Hasyimi

A. Kata Sayidina Ali KMW,

“Sebelum munculnya al-Mahdi, pasukan berkuda as-Sufyani akan menyerang Kufah. Penduduk

Khurasan pula (sibuk) keluar mencari al-Mahdi. Kemudian penduduk Khurasan itu bertemu

dengan pasukan al-Hasyimi (yang berada) di tengah-tengah Panji-panji Hitam, di bawah

pimpinan Syuaib bin Saleh. Penduduk Khurasan (yang dipimpin oleh at-Tamimi dan al-Hasyimi)

bertembung dengan pasukan as-Sufyani di kawasan yang berbatu dan terus terjadi pertempuran

yang sengit. Dalam pertempuran itu, yang unggul adalah pasukan yang membawa Panji-panji

Hitam, manakala pasukan as-Sufyani melarikan diri. Ketika itulah umat manusia (sangatsangat)

berharap agar dapat menemui al-Mahdi, dan mereka terus mencarinya.”

Ucapan Sayidina Ali KMW ini adalah ulangan daripada ucapan yang sebelumnya. Lazimnya,

apabila sesuatu perkara itu diulang-ulang sebut, sama ada oleh orang yang sama atau oleh orang lain,

ini menunjukkan bahwa perkara yang disebutkan itu adalah perkara yang besar dan perlu diberi

perhatian yang lebih oleh sekalian umat Islam. Ini ditambah lagi dengan hakikat bahwa yang

menyebutkannya adalah Sayidina AliKMW sendiri, salah seorang sahabat yang terkemuka, sepupu

kepada Rasulullah SAW dan sekali gus menantu kepada Rasulullah SAW. Biar pun riwayatnya

berlain-lain lafaznya daripada yang sebelum ini, tidaklah bererti salah satunya dusta karena boleh jadi

ucapan-ucapan ini disebutkan pada masa yang berlainan, di tempat yang berlainan dan kepada orang

yang berlainan pula.

28. Lagi Keterangan Mengenai As-Sufyani

A. Disebutkan oleh Abul Husain Ahmad bin Jaafar bin Al-Munadi di dalam Kitabul Malahim,

“Adalah (pemimpin) yang terbenam tentaranya itu, katanya, namanya ialah Utbah bin Hind,

iaitu salah seorang penduduk Damsyik. Dia berkata, “Wahai penduduk Damsyik! Aku adalah

salah seorang daripada kamu dan kamu adalah pasti datang dari datukmu Muawiyah bin Abu

Sufian, pemimpin kamu yang terdahulu. Berbuat baiklah kamu, semoga kamu akan dibalas baik

(juga).” Disebutkannya dengan syarahan yang panjang sehingga disebutkannya nasabnya hingga

kepada Al-Jurhumi, iaitu yang mengiringinya dari arah Syam. Maka datang seorang Al-Burqi

yang berjalan dengan pantas, dan barang yang dilindungi olehnya, yang (berasal) dari Barat.

Maka katanya, Telah datang seorang Jurhum yang membaiatnya, namanya ‘Uqail bin ‘Uqqal

(Akal Pendek anak Si Akal Pintar). Kemudian datang seorang al-Burqi, namanya Hamam bin

al-Wardi. Kemudian disebutkannya perjalanannya ke Mesir dan dibunuhnya rajanya, iaitu

pembunuhan di Qantarah al-Farma atau sekitarnya selama tujuh hari. Penduduk Mesir turut

membantunya sehingga mereka membunuh (sama) para cerdik pandainya seramai tujuh puluh ribu

orang, sehingga amanlah negeri Mesir, lalu orang ramai pun membaiatnya.

Setelah itu dia pun balik semula ke Syam. Kemudian tersebut pula raja-raja yang terutama (lebih

diutamakan) dari keturunan Arab di Hadramaut, dan seorang lelaki dari suku Khuzaah,

seorang lelaki dari suku Abbas, dan seorang lelaki dari suku Saklabah. Dan disebutkan

kejadian pelik (tentang) pasukan tentara yang terbenam iaitu terbenam mereka ke dalam tanah

sehingga paras leher saja, tinggal kepala saja yang keluar. Tinggallah saja kuda-kuda

mereka (yang tidak terbenam), harta benda mereka, beban-beban mereka, khazanah-khazanah

mereka, alat-alat peperangan dan alat-alat pemusnah mereka yang tinggal terbiar, sehinggalah

sampai keluar beritanya ke Makkah, (dibawa oleh seorang yang) bernama Muhammad bin Ali,

dari anak cucu Hasan bin Ali. Maka dilipatkan baginya bumi ini sehingga sampai mereka di

Al-Bidak pada hari (keempat) itu. Maka pasukan itu tenggelam badan mereka ke dalam tanah,

hanya tinggal kepala saja yang keluar, sedangkan mereka itu (masih lagi) hidup. Mereka, iaitu

sahabat al-Mahdi bersyukur kepada Allah, dan bertambahlah cinta mereka akan Makkah.

Kemudian mereka berdoa kepada Allah, mensucikan-Nya dan memuji-Nya karena baik balasan

yang diberi kepada mereka. Mereka juga meminta agar disempurnakan nikmat dan kesejahteraan

ke atas mereka. Maka ditunjukkan bumi (yang terbenam itu) pada masa itu yakni pasukan

tentara As-Sufyani. Jadilah mereka itu sebaik-baik askar hal keadaan mereka terbiar dan

dimusnahkan apa yang mereka biarkan. Dan disebutkan banyak lagi perkaranya… Allahlah

yang lebih tahu akan kebenarannya.

Selain para sahabat RA dan para tabiin RH, para ulama salaf tidak ketinggalan

memperkatakan tentang Imam Mahdi menurut ilmu kasyaf yang sampai kepada mereka. Setelah itu,

mereka menurunkannya kepada anak-anak murid mereka akan berita-berita ghaib yang mereka

peroleh itu, untuk tatapan dan pengetahuan mereka dan generasi yang akan datang. Bukanlah

maknanya mereka boleh mengetahui perkara yang ghaib seperti tahunya Allah SWT akan perkaraperkara

yang ghaib. Mereka hanya mengetahui perkara-perkara yang ghaib setelah diberitahu oleh

Allah sama ada melalui para malaikat, ilham, nabi-nabi, wali-wali lain (yang telah mati atau yang masih

hidup) atau secara terus dari Allah SWT, tanpa sebarang perantaraan.

Perkhabaran di atas adalah termasuk dalam kategori kasyaf yang Allah singkapkan kepada

beliau untuk diketahui dan disampaikan kepada para pengikutnya. Ilmu Allah SWT itu amatlah luas

dan dalam, penuh pula dengan rahsia yang tidak terketahui oleh akal kita yang pendek dan pelupa ini.

Mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada setiap individu untuk menentukannya. Antara yang

disebutkan adalah tentang penggunaan kenderaan-kenderaan yang boleh bergerak pantas sehingga

sebuah angkatan tentara boleh sampai ke tempat yang jauh hanya dalam jarak masa yang singkat. Dan

pada hari ini, jarak yang sejauh itu tidak mustahil dapat dicapai oleh orang awam, yakni dengan

menggunakan kenderaan yang boleh bergerak pantas.

Pada bahagian akhir petikan ini disebutkan bahwa Allah sajalah yang Maha Mengetahui

akan kebenaran apa yang disampaikannya itu. Hal ini amatlah disedari dan diakui sepenuhnya oleh

sesiapa saja yang telah sampai kepadanya keupayaan menyelam ke dalam lautan ilmu Allah, sama

ada yang berbentuk laduni atau kasyaf. Oleh karena ilmu Allah itu amatlah luasnya, pemahaman yang

amat tepat semasa menghuraikannya amatlah perlu. Tidak jarang terjadi, lain pemahaman yang

diperolehnya itu, lain pula maksud tulisannya daripada apa yang difahamnya tadi. Dan lazimnya

tulisan dari apa-apa ilmu yang difahamnya itu tersalah secara yang amat tidak sengaja, bergantung

penuh kepada kebergantungan hatinya kepada Allah SWT dan kekuatan imannya pada ketika itu.

29. Suara Dari Langit Menyokong Imam Mahdi

Kata tabiin RH,

“Ketika al-Mahdi dan as-Sufyani bertempur dalam medan peperangan, akan kedengaran suara

dari langit, “Ketahuilah, bahwa wali-wali Allah adalah kawan-kawan al-Mahdi.”

Ungkapan ini menyatakan bahwa Imam Mahdi itu selain dibantu oleh pasukan dari Timur,

juga mendapat bantuan daripada para malaikat dan wali-wali Allah. Maksudnya, Imam Mahdi sentiasa

dibantu oleh malaikat, sama ada yang dapat dilihat atau tidak dapat dilihat oleh manusia, sama ada

yang berada di atas muka bumi ini atau yang berada di atas langit sana. Ketua malaikat yang

membantu Imam Mahdi adalah malaikat Jibril dan Mikail AS. Malaikat-malaikat lain yang membantu

Imam Mahdi berjumlah empat ribu. Sebahagiannya dapat dilihat oleh manusia biasa, dalam bentuk

bayangan atau bentuk manusia biasa. Ada yang hanya dapat didengar suaranya saja dan ada pula

yang memukul setiap orang yang tidak mahu mengikut perintah Imam Mahdi.

Adapun para wali itu adalah golongan yang akan muncul semula ke dunia ini setelah sekian

lama ghaib dari khalayak manusia biasa. Sebab itu tidak hairanlah kalau ada orang Islam sendiri pada

hari ini yang berpendapat bahwa para wali sudah tiada lagi di atas dunia ini. Ini dikarenakan mereka

tidak pernah melihat sesiapa pun di kalangan mereka seorang yang mencapai taraf wali, malah

semuanya sama saja dengan mereka. Sebab lain hal ini berlaku ialah karena golongan muqarrabin

seperti para wali sudah tidak lagi dihormati oleh orang ramai karena mereka telah terlalu dipengaruhi

oleh sistem Yahudi dan Nasrani yang menekankan tidak perlunya kita menghormati sesiapa pun,

temasuk pemimpin kita sendiri, para ulama, para guru, ibu bapa, para wali dan sebagainya. Semua

mereka ini ada salah dan silap, kata mereka. Oleh itu, sepanjang hidup mereka, mereka tidak pernah

bertemu bayang pun dengan mana-mana wali dan mereka juga tidak pernah meminta agar dapat

dipertemukan dengan mana-mana wali, walaupun hanya sekali saja sepanjang hayat mereka.

Karena itu, apabila Imam Mahdi sedang berperang melawan As-Sufyani dan angkatan

tentaranya yang canggih itu sedangkan kelengkapan pasukan Imam Mahdi itu amatlah minimum

sehingga tidak kelihatan seperti sebuah angkatan perang. Mereka sebenarnya lebih kelihatan seperti

sebuah kumpulan dakwah daripada sebuah pasukan perang. Namun mereka tetap tidak menolak

apabila terpaksa menghadapi pasukan As-Sufyani yang lengkap dari segala segi itu. Dan ternyata

semasa perang baru meletus, para wali yang selama ini berada di mana-mana penjuru dunia akan

segera mendatangi Imam Mahdi lalu menggabungkan diri ke dalam pasukan itu.

Bagaimana mereka boleh tahu bahwa Imam Mahdi memerlukan bantuan mereka? Hal ini

sebenarnya amat mudah bagi Allah untuk melakukannya. Sebenarnya para wali itu ada dibekalkan

oleh Allah dengan suatu rasa hati yang kuat untuk melakukan sesuatu apabila keadaan memerlukan

mereka. Tanpa perlu disuruh-suruh oleh sesiapa atau tanpa diberitahu oleh sesiapa pun, gerak hati

mereka kuat mahukan mereka pergi ke sesuatu tempat dengan kadar yang cukup pantas. Ada yang

datang dengan cara terbang di udara, ada yang datang menaiki tikar terbang mereka, ada yang datang

menaiki pelepah pinang yang berjalan di atas air, ada yang berjalan kaki di atas air seperti orang

berjalan di atas tanah saja, ada yang berjalan beberapa langkah sudahpun sampai ke tempat yang

hendak dituju, ada yang tahu-tahu saja sudah pun berada di sesuatu tempat, ada yang datang

dengan dibawa oleh malaikat dan ada yang datang dengan dibawa oleh jin-jin khadamnya.

Lagipun apabila Imam Mahdi sudah menjadi pemimpin, maka wajiblah para wali ini

membantu pemimpin mereka, terutama semasa memerangi musuh-musuh Allah. Bukan wali

namanya kalau tidak turun membantu pemimpin mereka memerangi musuh. Dan dengan bantuan

para wali Allah inilah Imam Mahdi dan pasukannya itu berjaya mengalahkan pasukan As-Sufyani.

Ternyata bahwa kelengkapan perang yang cukup canggih itu tidak mampu mengalahkan kekuatan

rohani tentara Imam Mahdi dan keramat para wali yang berada di kalangan mereka itu. Maka dengan

mudah saja pasukan tentara As-Sufyani ini dapat dikalahkan oleh mereka menyebabkan pasukan

As-Sufyani itu terpaksa berundur dan menanggung malu yang amat sangat.

Maksud lainnya ialah apabila orang ramai heboh memperkatakan tentang diri Imam Mahdi

dan disebut secara terbuka pula, sama ada dalam bentuk pro atau kontra, maka itulah tandanya

bahwa Imam Mahdi itu sudah tidak lama lagi akan keluar dan yang keluar kali ini benar-benar Imam

Mahdi, bukan lagi sekadar dakwaan-dakwaan kosong.

30. Pasukan Tentara yang Ditelan Oleh Bumi di al-Baidak

A. Kata sahabat RA,

“Tanda-tanda (amat hampir) munculnya al-Mahdi ialah berlaku (peristiwa) sekumpulan askar

yang ditelan oleh bumi di al-Baidak.”

B. Kata sahabat RA,

“Penguasa Madinah (Hijaz) mengirimkan tentara kepada al-Hasyimi (untuk melawannya) di

Makkah. Tentara ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh

khalifah di Syam iaitu as-Sufyani daripada keturunan Abu Sufyan bin Harb. Seterusnya as-

Sufyani mengirimkan pasukan (tentara) ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka singgah di al-

Baidak yang pada ketika itu kebetulan bulan purnama sedang mengambang. Kemudian ada

seorang penyeru yang memerhatikan keadaan pasukan tersebut, lalu berkata, “Aduh! Celakalah

kamu semua wahai penduduk Makkah karena telah didatangi oleh pasukan (tentara) ini.” Dia

terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Namun, setelah datang, dia tidak melihat lagi pasukan

tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah! Mereka telah berangkat sebentar tadi” Lantas dia

meneruskan perjalanannya. (Dalam perjalanannya) di sana dia menemui pasukan tentara tadi

dalam keadaan terbenam separuh badan (ke dalam tanah). Dia berhasrat untuk menolong, tetapi

tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia mengetahui bahwa pasukan itu (sebenarnya) telah

ditelan oleh bumi. Dia pun bergegas pulang ke Makkah untuk menyampaikan khabar tersebut.

Mendengarkan berita ini, penduduk Makkah mengucapkan Alhamdulillah, kemudian mereka

berkata, “Inilah dia tanda-tanda yang sangat-sangat kami tunggu (selama ini).” Lantas mereka

segera pergi ke Syam.”

C. Kata tabiin RH,

“Al-Mahdi tidak akan muncul sehingga ada pasukan perang yang ditelan oleh bumi di kawasan

Ghautah, yang bernama Bandar Jirista.”

D. Abdullah bin Amru RA berkata,

“Apabila sepasukan tentara ditelan bumi di kawasan gurun, itulah tandanya akan muncul Al-

Mahdi.”

E. Sabda Nabi SAW,

“Satu pasukan tentara akan menyerang Rumah Allah ini untuk memerangi pendudukpenduduknya.

Apabila mereka sampai di kawasan yang lapang, seluruh bahagian tengah pasukan

tentara ini akan tenggelam. Anggota yang di hadapan akan memanggil tentara di belakangnya,

tetapi semuanya turut tenggelam sehingga tiada yang tinggal melainkan beberapa orang yang pergi

menghantar berita (duka) kepada As-Sufyani.”

Semua hadits dan asar di atas telahpun dihuraikan dengan ringkas pada bahagian-bahagian

sebelum ini. Dan semua riwayat di atas menceritakan beberapa peristiwa besar dan salah satunya

adalah mengenai pasukan tentara yang akan ditelan oleh bumi, sebanyak dua kali. Yang pertama

berlaku di kawasan Ghautah, di bandar Jirista. Di sini, pasukan yang ditelan oleh bumi adalah

pasukan yang dipimpin oleh Kalb. Sebelum itu, pasukan ini akan mendatangi Madinah lalu

merosakkannya sehingga hancur rata dengan tanah, sambil membunuh seramai mungkin umat Islam

yang sedang berlindung di dalam kedua-dua kota suci umat Islam itu.

Yang kedua berlaku di al-Baidak, suatu kawasan gurun di Zul Hulaifah yang terletak di antara

kota suci Makkah dengan Madinah. Pasukan tentara as-Sufyani yang tenggelam di Ghautah

membunuh semua pasukan tentara tersebut melainkan seorang askar saja. Dialah yang akan pulang

memberitahu khabar duka ini kepada as-Sufyani. Pasukan tentara yang tenggelam di Zul Hulaifah

pula membunuh semua askar yang ada melainkan dua orang, seorang yang di hadapan sekali dan

seorang lagi yang di belakang sekali. Askar yang di hadapan sekali ini takut untuk berpatah balik ke

belakang lalu meneruskan perjalanannya sehingga sampai kepada Imam Mahdi dan menyampaikan

berita gembira ini kepada Imam Mahdi.

Yang seorang lagi, iaitu yang di belakang sekali takut untuk meneruskan perjalanannya ke

hadapan, lalu berpatah semula kepada as-Sufyani dan menyampaikan berita duka ini kepada as-

Sufyani.

31. As-Sufyani Menyerang Kufah

A. Kata tabiin RH,

“As-Sakhra (maksudnya as-Sufyani) memasuki Kufah (dan menawannya), lalu ada berita yang

sampai kepadanya mengenai kedatangan al-Mahdi. Dia lantas mengerahkan askarnya untuk

menyerang al-Mahdi. Mereka kemudian ditelan bumi sehingga tidak ada yang terselamat

melainkan seorang (yang di hadapan sekali) yang akan menyampaikan khabar (gembira) kepada

al-Mahdi dan seorang lagi (yang paling belakang) yang akan meyampaikan berita (duka) buat as-

Sufyani. Al-Mahdi kemudian meninggalkan Makkah dan as-Sufyani juga bertolak dari Kufah

untuk sama-sama menuju ke Syam. Kedua-dua pemimpin ini saling berlumba untuk sampai lebih

dahulu ke Syam tetapi as-Sufyanilah yang sampai lebih dahulu. Lantas al-Mahdi mengirimkan

tentaranya untuk menyerang as-Sufyani. Kemudian as-Sufyani (tewas dan mengaku kalah lalu)

berbaiat kepada al-Mahdi dan al-Mahdi terus pergi ke Baitulmaqdis lalu menetap di sana selama

tiga tahun. Pada ketika itu juga Kalb bersama-sama askarnya keluar untuk membantu as-

Sufyani, lalu bergerak dengan dibantu oleh pasukan-pasukan yang lain lagi sehingga mereka

beristirahat di Yasan. Al-Mahdi dengan segera menyerang pasukan gabungan ini, dengan

membawa bendera yang paling besar. Kalb dan isteri-isterinya melarikan diri, sehingga anak-anak

gadisnya ditangkap dan dijual dengan harga (semurah) 8 dirham. Ketika itu juga as-Sufyani

ditangkap dan disembelih seperti kambing yang disembelih, di atas batu besar yang membujur di

atas tanah dekat gereja yang berada di lembah jurang, di hujung jalan bukit al-Qantarah di

sebelah kanan.”

As-Sufyani itu dikatakan sebagai seorang yang kepala batu (As-Sakhra) karena

keengganannya tunduk kepada kekuasaan Islam. As-Sufyani yang dimaksudkan ini adalah pemimpin

puak Syiah yang enggan mengakui kebenaran yang telah terang nyata di pihak Ahlus Sunnah. Dialah

yang menakluk Kufah dan menawannya dengan tujuan dapat menghalang kebangkitan kuasa Islam

yang dipimpin oleh Ahlus Sunnah itu. Akibatnya, pasukan tentara yang mahu menyerang Makkah

ditelan oleh bumi. Yang terselamat hanyalah dua orang saja iaitu seorang yang di hadapan sekali

dan seorang lagi adalah yang di belakang sekali. Salah seorang daripadanya meneruskan perjalanan

menemui Imam Mahdi dan menyampaikan berita gembira ini dan seorang lagi berpatah balik lalu

menyampaikan berita duka ini kepada pemimpin Syiah itu.

As-Sufyani ini akan diperangi oleh Imam Mahdi ketika dia mendahului sampai ke Damsyik.

Setelah kalah dalam peperangan ini, As-Sufyani mengakui kepemimpinan Imam Mahdi, namun atas

bantuan dan hasutan orang-orang kafir Eropah (Kalb) yang durjana itu, As-Sufyani cuba berpaling

tadah. Imam Mahdi terpaksa memerangi puak-puak kafir Eropah yang bergabung tenaga itu di Yasan

(Sepanyol). Dengan taktik peperangan yang hebat, pasukan Imam Mahdi berjaya memukul habis

pasukan gabungan itu menyebabkan pasukan kafir tersebut punah ranah, segala harta bendanya

berterabur ditinggalkan begitu saja, malah perempuan-perempuan yang dibawanya juga tidak

sempat dibawa lari, tertawan lalu menjadi hamba abdi orang-orang Islam. Oleh karena jumlah

tawanan itu terlalu ramai, mereka dijual dengan harga yang semurah-murahnya.

Maksud perempuan (isteri dan anak gadis as-Sufyani) itu ada beberapa golongan. Antaranya

ialah para penyanyi, peragawati (model) dan pelakon wanita yang digunakan untuk memerangkap

kaum mukminin yang bakal memerangi mereka. Mereka ini tidak mampu menembus iman pasukan

tentara yang amat mantap itu, malah mereka pula yang ditawan oleh pasukan Islam itu. Maksud

kedua ialah negara-negara yang kaya dengan minyak dan sumber alam untuk membiayai perbelanjaan

perang pasukan Eropah itu. Mereka ini turut gagal karena setiap yang mereka belanjakan itu tidak

memadai untuk menampung perbelanjaan perang pasukan Eropah yang menelan belanja yang amat

besar itu.

Selepas peristiwa itu, Imam Mahdi terus mencari dan menangkap pemimpin puak Syiah itu

karena berpaling tadah setelah berbaiat sebelumnya. Kemudian pemimpin-pemimpin Syiah itu

ditangkap beramai-ramai lalu dihukum bunuh di tebing Tasik Tibriyah dengan disaksikan oleh

sekalian umat Islam di seluruh dunia. Itulah hukuman dalam Islam terhadap orang yang berpaling

tadah kepada pemimpin mereka setelah mereka berbaiat sebelumnya kepada pemimpin tersebut.

Kaedah ini tidak dipakai lagi oleh mana-mana parti politik yang katanya mereka memperjuangkan

Islam pada hari ini.

32. Madinah al-Munawarah Hancur Rata

A. Kata sahabat RA,

“Sebelum al-Mahdi (keluar), di Madinah terjadi pertempuran yang mengakibatkan hancurnya

kota Madinah itu. Darah yang mengalir darinya sampai ke kawasan Ahjarul Zait dan Maal

Hirrah. Letak bandar itu lebih kurang 44 batu daripada Madinah. Kemudian al-Mahdi dibaiat

(di luar Makkah).”

B. Kata Abu Hurairah RA,

“Akan berlaku pertempuran di Madinah yang menyebabkan batu-batunya dilitupi (darah),

sehingga Al-Hirrah kelihatan kecil, bagaikan sebuah kampung terpencil. Kemudian penduduk

Madinah keluar sejauh dua batu dari Madinah dan membaiat Al-Mahdi.”

C. Kata Abu Hurairah RA,

“Datang satu pasukan daripada Syam, mereka menyerang Madinah, membunuh seramairamainya,

membelah perut perempuan (yang sedang hamil) dan berkata, “Dalam kandungan

kamu ini, anak kamu (patut) dibunuh karena ia anak yang jahat.” Semasa mereka sampai di

Al-Baidak di Zulhulaifah, semuanya terbenam, tidak tertinggal yang di atas akan di bawahnya

dan yang bawahnya akan atasnya (semua sekali askarnya terbenam).” Kata Abul Muhazam,

“Semasa datang pasukan tentara Ibnu Daljah (menyerang Makkah), kami menyangkakannya

dia (tentara yang dimaksudkan).” Jawabnya, “Bukan mereka.”

Musim haji berdarah itu rupa-rupanya bukan saja berlaku di kota suci Makkah, malah

merebak dengan pantas ke kota suci Madinah. Sebelum Imam Mahdi muncul di Makkah, kota suci

Madinah akan diserang oleh pasukan tentara di bawah pimpinan As-Sufyani. Penyerangan ini

dilakukan selama tiga hari tiga malam, mereka membunuh, merampas dan bermaharaja lela sepanjang

tempoh itu menyebabkan kota suci itu hancur rata dengan tanah dan jumlah kematian melebihi tiga

perempat daripada jumlah keseluruhan penduduk dan jemaah haji yang sedang melakukan ziarah.

Tidak lama selepas pembunuhan besar-besaran itu, Imam Mahdi tiba dari Makkah ke

Madinah, yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Baitulmaqdis. Apabila penduduk

Madinah yang masih tinggal itu mengetahui bahwa Imam Mahdi sedang melalui kota suci Madinah

itu, mereka menyambutnya dengan meriah dan terus membaiat Imam Mahdi sebagai khalifah mereka.

Kesan-kesan darah yang masih merah itu dapat dilihat di sana-sini di kota Madinah itu. Jalan-jalan

dan dinding-dinding bangunannya terlihat kesan-kesan tompokan darah sedangkan pada ketika itu

kota Madinah kelihatan hampir sunyi dan menjadi kota yang separuh mati. Tidak ada yang

mendiaminya lagi, melainkan sedikit saja.

33. Pemimpin Syam dan Mesir Mati Terbunuh

A. Kata tabiin RH,

“Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa

Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat

mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan

dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

Apabila mana-mana pemimpin Eropah mati terbunuh, diikuti oleh pemimpin dari Afrika

yang turut mati terbunuh dalam selang masa yang tidak berapa jauh, maka itulah tandanya Imam

Mahdi sudah amat hampir keluar memunculkan dirinya di Makkah. Dan sebelum Imam Mahdi

muncul, sudah pastilah seorang lelaki akan mendapat kuasa di Timur lalu mencari dan menyerahkan

kekuasaan seluruh umat Islam ini kepada Imam Mahdi. Dan orang itu tidak syak lagi adalah Syuaib

bin Saleh at-Tamimi.

34. Musim Haji Berdarah di Mina

A. Sabda Nabi SAW,

“Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah

yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji

di Mina.”

Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia yang sedang mengerjakan haji

dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka.

Kumpulan orang yang membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah karena

hanya orang-orang Islam saja yang dibenarkan masuk ke dalam kota suci Makkah. Disebutkan

dalam hadits ini ada kabilah yang merampas menunjukkan bahwa mereka itu adalah orang-orang

Islam juga, masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan haji, kemudian semasa di

Mina mereka membunuh sebanyak mungkin jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga

cuba untuk merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan sekali gus

menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar, yang kemunculannya sudah amat pasti itu.

Perbuatan mereka yang amat zalim ini diketahui oleh Imam Mahdi yang pada ketika itu

sedang berada di dalam rumahnya di Safa. Imam Mahdi menangisi apa yang sedang terjadi itu, dan

beliau sangat-sangat bersedih hati karena kejadian itu. Beliau sentiasa berulang alik antara rumahnya

dengan Masjidil Haram. Di Masjidil Haram itu beliau selalu menyandarkan wajahnya ke dinding

Kaabah sambil menangis. Itulah yang selalu beliau lakukan setiap hari sehinggalah ke saat beliau

dibaiat sebagai Imam Mahdi, yang memerintah seluruh umat Islam dan dunia Islam.

35. Tanda yang Keluar Itu Benar-benar Imam Mahdi

A. Kata sahabat RA,

“Tanda-tanda kemunculan al-Mahdi (yang sebenar) adalah apabila harta pusaka melimpahlimpah,

penguasa/pemimpin yang mengumpul harta telah mati (dalam kehinaan), setelah itu dia

digantikan oleh seorang lelaki yang lemah, yang kemudiannya dipecat setelah dua tahun diangkat

menjadi pemimpin, ada sekumpulan askar yang ditelan bumi di barat Damsyik, munculnya tiga

belas tokoh di Syam dan keluarnya penduduk Maghribi (Afrika) ke Mesir.”

Apabila Syuaib bin Saleh at-Tamimi mendapat kuasa di sebelah Timur, maka beberapa tanda

baru akan muncul. Yang paling ketara ialah keluarnya harta benda di sekitar pusat pemerintahan

beliau, yang menyebabkan seluruh penduduk di kawasan itu menjadi kaya raya dan tidak tergugat

ekonomi mereka walaupun cuba disekat oleh negara-negara kafir yang lain. Tanda kedua yang

disebutkan itu sudahpun berlaku, iaitu berlakunya terlebih dahulu dari kemunculan Pemuda Bani

Tamim. Orang yang dimaksudkan itu adalah Presiden Indonesia iaitu Soeharto yang dikatakan mati,

kemudian digantikan oleh seorang lelaki yang lemah (mempunyai kecacatan zahir dan kelemahan

dalam kepemimpinan) lalu dipecat setelah hampir dua tahun memerintah. Pemimpin yang

dimaksudkannya itu adalah Gus Dur atau nama sebenarnya Abdurrahman Wahid. Ini juga sudah

benar-benar berlaku.

Selain itu, disebutkan juga peristiwa pasukan tentara yang tenggelam di Damsyik. Ini

menunjukkan akan berlaku dua peristiwa pasukan tentara yang tenggelam ke dalam bumi. Tanda lain

yang disebutkan adalah kemunculan tiga belas orang pemimpin umat pada akhir zaman, yang juga

merupakan orang paling kanan bagi Imam Mahdi. Mereka ini akan diketahui setelah At-Tamimi

mendapat kuasa di Timur. Disebutkan juga apabila At-Tamimi mendapat kuasa di Timur, penduduk

Islam Afrika yang masih kukuh mengamalkan tarekat dan amalan sufi akan meninggalkan negara

mereka dan berpindah ke Mesir atau Timur Tengah untuk bergabung dengan Al-Hasyimi. Mereka ini

seterusnya akan menjadi sebahagian daripada anggota pasukan tentara Al-Hasyimi. Pada waktu itu,

Al-Hasyimi sedang bersiap-siap menuju ke Khurasan untuk bergabung dengan pasukan Khurasan

dan Asoib dari Timur.

36. Pembunuhan Jemaah Haji

A. Kata sahabat RA,

“Orang ramai pergi menunaikan haji. Mereka lalu berwukuf di Arafah tanpa seorang imam pun (yang memimpin mereka bersembahyang). Semasa di Mina, berlaku satu pemberontakan dan mereka (yang sedang berhaji) dibunuh di sana sehingga darahnya mengalir daripada (Jamratul) Aqabah. Mereka lalu meminta pertolongan daripada seorang yang dihormati. Mereka mendatanginya, yang ketika itu dia sedang menyandarkan mukanya di Kaabah sambil menangis.

Mereka berkata kepadanya, “Ke marilah supaya kami (dapat) berbaiat kepadamu.” Dia menjawab, “Celaka kamu semua ini, berapa banyak perjanjian yang telah kamu cabuli dan berapa banyak darah (umat Islam) yang telah kamu alirkan?” Kemudian dengan terpaksa dia dibaiat. Jika kamu semua menemuinya, maka berbaiatlah kepadanya. Sesungguhnya dia adalah

Al-Mahdi di bumi dan Al-Mahdi di langit.”

Asar ini adalah uraian sokongan atau pengulangan terhadap hadits-hadits dan asar-asar yang lain. Jelasnya, apabila berlaku pembunuhan jemaah haji di Mina dan mereka berwukuf di Arafah tanpa imam, maka itulah dua tanda akhir bahwa Imam Mahdi sudah amat hampir untuk dibaiat. Dan sepanjang sejarah umat Islam yang kita ketahui, kedua-dua peristiwa ini belum pernah terjadi lagi secara serentak. Apabila berlaku nanti, itulah dia saat Imam Mahdi akan muncul di kalangan kita.

Maka perhatikanlah kedua-dua peristiwa besar itu. Mengenangkan betapa ramainya jemaah haji yang akan mati itulah, pernah pada suatu masa dahulu, Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad, mengarahkan para pengikutnya agar tidak pergi menunaikan ibadat haji pada tahun 1980-an untuk mengelakkan daripada termasuk ke dalam orangorang yang akan dibunuh secara besar-besaran. Walaupun ramalan beliau tidak berlaku pada tahun itu, ini menunjukkan ketinggian kefahaman beliau terhadap hadits-hadits yang berkaitan dengan peristiwa akhir zaman, sedangkan pada ketika itu, tidak ada seorang pun ahli hadits atau sarjana yang ambil peduli terhadap kemungkinan kejadian yang tidak kita ingini itu daripada berlaku, terutama kepada ahli keluarga kita atau pengikut-pengikut kita yang kita sayangi.

37. Berlaku Perbedaan Pendapat

A. Kata tabiin RH,

“Di dunia ini akan timbul (sikap) berpuak-puak dan (juga) perbedaan pendapat, sehingga (akhirnya) muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah bahwa pemimpin kamu semua adalah si fulan (maksudnya ialah Imam Mahdi).”

Kejadian ini sudahpun lama berlaku di kalangan umat Islam. Sikap berpuak-puak dan saling menyalahkan antara satu dengan yang lain seakan-akan sudah mendarah daging di kalangan sekalian umat Islam. Jika tidak perkara-perkara kecil yang diperselisihkan, perkara-perkara besar akan turut diperselisihkan sama. Semua ini akan menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan lemah dan terbiar karena mereka putus daripada rahmat dan pertolongan Allah akibat daripada perselisihan yang berlaku dan sikap berpuak-puak yang diamalkan.

Sebenarnya, sikap berpuak-puak di kalangan umat Islam pada zaman ini disuburkan oleh orang-orang Yahudi. Umat Islam ditanamkan dengan perasaan memandang rendah terhadap golongan lain yang tidak sehaluan dengan kita walaupun mereka itu seagama dengan kita. Bermula dari perasaan memandang rendah terhadap umat Islam lain itulah yang menimbulkan sikap berpuakpuak pula, iaitu puak aku lebih baik daripada puak dia, Islam puak aku lebih baik daripada Islam puak dia dan begitulah seterusnya. Apa yang berlaku pada hari ini adalah merupakan satu kejayaan yang amat besar, gilang-gemilang dan tidak terhingga bagi orang-orang Yahudi dan jaringan gerakan Zionis mereka. Hanya Allah sajalah yang mampu menyelamatkan kita daripada semua bentuk tipuan orang-orang Yahudi itu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: